Skip to main content

Posts

Showing posts from February 6, 2016
MEMALUKAN MALAYSIA 1.   Tidak lama dahulu Malaysia dipuji kerana berjaya membangun daripada negara dunia ketiga yang mundur kepada negara perindustrian. Tiada siapa meragui perancangan kita ingin menjadi negara maju pada 2020 akan tercapai. 2.   Akan tetapi, kini apabila kita berkunjung ke luar negara, kita akan ditanya, "Hei, apa yang telah berlaku pada negara kamu." Ada mengatakan mengenai 1MDB dan kerajaan yang penuh rasuah telah merugikan berbilion dolar. Ramai memberi komen mengenai kehidupan mewah Perdana Menteri. 3.   Mereka menanyakan soalan-soalan ini kerana surat khabar luar negara yang berpengaruh menyiarkan berita mengenai 1MDB, mengenai Perdana Menteri telah mengumpul berbilion dolar, mengenai jumlah wang yang banyak terdapat di dalam akaun peribadinya, mengenai kehidupan mewahnya. Tidak pernah Perdana Menteri Malaysia terdahulu mengadakan perkahwinnan mewah yang telah beliau adakan untuk anak perempuannya. 4.   Walaupun rakyat Malaysia hanya mem