Thursday, 29 October 2015




PAYUNG KEPERCAYAAN

Seni bina Masjid Negara yang avant-garde ini sebenarnya mengikut reka bentuk payung biasa

Sekumpulan kanak-kanak yang dalam lawatan sambil belajar ke Muzium Kesenian Islam Malaysia mengelilingi sebuah bahan pameran dalam bekas kaca dan melihat model Masjid Negara. Guru mereka meminta para pelajar untuk mengenal pasti kelainan pada bangunan tersebut. Tidak lama kemudian, salah seorang pelajar menjawab bahawa bumbung masjid tersebut tidak berbentuk kubah. 

Pada masa yang sama, tiada sesiapa pun yang perasan kehadiran seorang lelaki yang sedang memerhati mereka. Beliau memakai jaket hitam dan bersongkok memberikan senyuman lembut dan mempamerkan aura rendah diri beliau dan kelihatan seolah-olah keberatan untuk memperkenalkan diri bahawa beliau ialah Datuk Dr Baharuddin Abu Kassim, arkitek yang menganggotai kumpulan yang bertanggungjawab mereka dan menyelia pembinaan masjid ikonik ini.


Genap 50 tahun Masjid Negara dibuka secara rasmi pada 27 Ogos 1965. Satu pameran bertajuk National Mosque's Golden Jubilee Pictorial Exhibition diadakan di muzium ini. Sebuah monograf (kajian bertulis secara terperinci mengenai subjek atau mengenai aspek tertentu) bertajuk 50 Years National Mosque 1965-2015 telah diterbitkan bagi tujuan pameran ini. Penerbitan monograf dan pameran ini menyediakan kompilasi dan lakaran yang tidak ternilai mengenai rumah ibadah ini.

Pengarang monograf , Azim A.Aziz menyatakan sering kali ketika kami cuba memahami rational di sebalik elemen rekabentuk tertentu pada bangunan dalam era tertentu, kami terpaksa bergantung kepada tekaan dan khabar angin kerana pihak yang terbabit dalam pembinaan bangunan tersebut mungkin tiada lagi.


 "Beliau (Baharuddin) salah seorang dalam generasi tersebut yang dapat menceritakan secara tepat apa yang berlaku," kata Azim, ketua pegawai eksekutif Atsa Architects.

Ternyata apabila Bahruddin mula menceritakan kisahnya, aspek sebenar reka bentuk yang beliau reka mula terungkai.

GARIS LURUS

"Saya tidak menyangka masjid ini akan menjadi bangunan yang sangat, sangat penting," katanya. Walaupun beliau berasa terkejut apabila menerima arahan daripada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1959, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain menurutnya".

Sejak dari mula lagi, Baharuddin bertekad untuk tidak memasukkan satu elemen dalam rekaannya iaitu kubah.

"Eeee," beliau rasa geli-geleman. "Saya benci kubah." Beliau juga bertekad untuk tidak menggunakan kubah berbentuk bawang dan reka bentuk Mughal yang terkenal di era pemerintahan Kolonial, Baharuddin memilih untuk mengambil inspirasi daripada apa yang beliau lihat di sekeliling beliau dan daripada sejarahnya.

Artitek yang berusia 86 tahun ini dilahirkan pada tahun 1929 di sebuah kampung tepi pantai bernama Jeram, Selangor. Penduduk di kampung ini kebanyakkannya berbangsa Melayu dan mungkin terdapat dua buah keluarga Cina. 

Beliau merupakan anak sulung daripada sembilan adik-beradik dan bercerita mengenai perkara menarik mengenai zaman kanak-kanak beliau yang membesar di rumah kampung. Taman permainan beliau ialah ladang pokok getah dan ladang pokok kelapa yang berhampiran.

"Anda tahu, kesemua pokok tersebut ditanam dengan lurus," beliau berkata.

Sewaktu beliau berusia 10 tahun, beliau tinggal di asrama Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau menamatkan sekolah menengah beliau pada tahun 1951 kerana pendidikan beliau terhenti selama empat tahun disebabkan oleh Perang Dunia Kedua. Beliau yang bercita-cita ingin menjadi doktor gigi atau doktor merasa terkejut apabila memperoleh biasiswa untuk meneruskan pendidikan dalam bidang arkitek di University of Manchester. Beliau kembali semula ke Malaya setelah berjaya mendapat Diploma in Town Planning dan memulakan latihan beliau.

"Saya benar-benar tidak suka kubah," Baharuddin mengulang. "Ia tidak mempunyai perwatakan. Ia umpama anda gulung sesuatu dan meletakkannya di atas meja kemudian ia menjadi 'pop' dan di atasnya ada menara dan di atasnya pula ada bintang!.

BERBENTUK PAYUNG

Reka bentuk yang beliau hasilkan adalah reka bentuk yang berdasarkan garis lurus iaitu sekaki payung atau lebih tepat ialah sekaki payung kertas.

Beliau mengambil kira payung adalah simbol diraja dan ia alasan kukuh untuk mengambilnya sebagai inspirasi. Kubah sememangnya tidak sesuai dengan negara beriklim tropika seperti Malaysia. Rational beliau? Apabila hujan, air mengalir dengan pantas dan dengan adanya kubah, air hujan mudah bertakung di bahagian bawah yang berbentuk lengkung. Apakah akan berlaku jika berlaku kebocoran di kubah? Air tersebut akan mengalir terus ke dalam masjid. Menggunakan garis lurus seperti dalam pembuatan payung, kesemua masalah ini dapat dielakkan kerana air akan mengalir terus daripada masjid.

Sebagai tambahan, beliau juga mengambil inspirasi daripada tudung saji tradisi. Sekali lagi, dengan memberi tekanan kepada garis lurus, beliau berkata tudung saji ini melindungi apa sahaja yang berada di dalamnya. 

Baharuddin kemudian membandingkan tudung saji dengan penutup kepala petani yang digunakan ketika bekerja di bendang sawah padi. Penutup kepala yang bersaiz besar ini mampu melindungi si pemakai dariapda cahaya matahir dan hujan. Beliau mahu menggabungkan elemen ini ke dalam rekaan beliau. Maka, setiap panel di bumbung Masjid Negara ini bersaiz besar serta panjang untuk melindungi para jemaah yang berada di dalam masjid.

Bagaimanapun, terdapat halangan untuk menjayakan rekaan beliau. Apabila beliau menunjukkan model masjid kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Baharuddin tidak menyangka tindak balas berikut : "Apa ini? Masjid begini rupa? Mana kubah? Tak seronoklah".


"Masalahnya," Baharuddin manambah, "apabila Tunku berkata demikian, saya tidak tahu sama ada beliau bergurau atau serius. Saya tahu saya harus amat berhati-hati".

BERDIRI TEGUH

Pada ketika ini, Azim menjelaskan bagaimanakah Baharuddin berdiri teguh dengan rekaan beliau dan berjaya memperoleh kelulusan daripada Perdana Menteri untuk menggunakan rekaan beliau. Baharuddin amat dihormati dan dipandang sebagai orang yang berintegriti. Azim menambah lagi, disebabkan oleh kejayaan Baharuddin, beliau dapat mencipta kejayaan beliau sendiri. Beliau ialah arkitek yang mereka Masjid Cyberjaya kerana masjid ini merupakan masjid pertama di Malaysia dan mungkin pertama di dunia yang diiktiraf dalam urutan Platinum dalam indek Bangunan Hijau. 

"Datuk penyabar orangnya," Azim menerangkan, "serta mampu menerangkan rekaan beliau dengan cekap. Ini bukan satu perkara mudah apabila anda berhadapan dengan pelbagai pemegang taruh. Ia memerlukan tahap diplomasi yang tinggi. Pada masa yang sama, beliau tidak akan meninggalkan idea beliau. Akhirnya, apabila anda melhat rekaan beliau, anda akan menyedari idea beliau akan berjaya. Ini yang berlaku dengan Masjid Negara".


Dalam rekaan akhir masjid ini, kubah utama menyerupai payung yang dibuka separuh dengan 18 plat yang dilipat dan terdapat menara setinggi 73m umpama payung dilipat. Bagi memastikan terdapat peredaran udara yang maksimum, masjid ini mempunyai sebanyak mungkin tingkap dan ia umpama rumah kampung yang strukturnya ditinggikan, ruang solat Masjid Negara ini terletak di tingkat pertama.

PEMBUATAN MOSAIC


Apabila masjid ini siap dibina, ia kekal sebagai struktur biasa selama suku abad sebelum Baharuddin sekali lagi diminta oleh Perdana Menteri yang baharu untuk menambah baik.

"Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) meminta saya menghiasnya, kata Baharuddin, Dan, beliau cenderung untuk menggunakan mosaic. Beliau mengembara ke merata negera sehingga ke Ahambra di Sepanyol dan Turki untuk mempelajari seni pembuatan mosaic. Ahirnya, beliau menyedari tiada sesiapa pun di Malaysia yang boleh membekalkan mosaic untuk digunakan di Masjid Negara. Maka, beliau mengambil keputusan untuk membuka kilang untuk pembuatan mosaic. Acuannya diperbuat daripada kayu dan daripada acuan itu ribuan mosaic bersaiz kecil dibuat untuk memenuhi keperluan beliau.



Beliau mengeluh sambil melihat sekumpulan kanak-kanak yang mengakhiri lawatan sambil belajar mereka. Beliau tersenyum lebar dan berkata, "Tugas ini (mereka Masjid Negara) amat mencabar. Saya tidak pernah bercita-cita tinggi. Akan tetapi, saya percaya Allah memberikannya kepada saya dan saya amat bersyukur".



Sumber ; New Straits Times - Plush Living

Tarikh : 20hb September 2015
Ditulis oleh : Aneeta Sundararaj
Link : www.nst.com.my/news/2015/10/umbrella-faith
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com