Tuesday, 4 November 2014

Nik Amlizan adalah Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) baharu
_____________________________________________________________________________

Kuala Lumpur : Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, tabung persaraan kedua terbesar negara telah melantik Nik Amlizan Mohamed sebagai ketua pegawai pelaburan (CIO) menggantikan Ahmad Norhisham Hassan yang telah meninggal dunia pada bulan Februari lalu.

Ahmad Norhisham dilantik sebagai CIO dari 1 April 2013 dan beliau memegang jawatan itu sehingga beliau meninggal dunia.

Nik Amlizan menyertai KWAP pada 2007 sebagai ketua bahagian ekuiti dan kemudian dilantik sebagai pengarah kanan bahagian ekuiti pada bulan Februari tahun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KWAP berkata tanggungjawab baharu Nik Amlizan adalah merumuskan strategi pelaburan tabung KWAP yang melibatkan semua kelas aset termasuk ekuiti, pendapatan tetap, ekuiti peribadi dan infrastruktur.

Nik Amlizan adalah ahli lembaga Prima Ekuiti (UK), milik penuh KWAP dan ahli jawatankuasa pelaburan Valuecap Sdn Bhd dan Metropolitan Uxbridge Ltd di United Kingdom.

Beliau memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan tabung industri di mana kebanyakan pelaburan digunakan dalam pasaran ekuiti.

Beliau adalah pengurus besar/ketua bahagian ekuiti (etika/syariah) di RHB Asset Management Sdn Bhd dan pengurus kanan portfolio/ketua pengkaji pelaburan di Maybank Investment Bhd sebelum menyertai KWAP.


Sumber : The Edge
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com