Monday, 9 May 2016

TAHNIAH ADENAN

1.   Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Adenan Satem di atas kemenangan besar parti gabungan beliau dalam pilihanraya negeri Sarawak. Beliau yang pertama kali menjadi Ketua Menteri kemenangan ini memang memuaskan. Juga tahniah kepada SUPP.

2.   Najib tidak mempunyai sebab untuk merasa gembira. Apa yang dicapai oleh Sarawak BN adalah melemahkan kuasa Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Najib. Beliau kini akan lebih bergantung kepada Sarawak daripada dahulu. Beliau telah pun berikan apa yang diperlukan oleh rakyat Sarawak. 

3.   Harus ada kesimbangan kuasa antara pusat dan negeri. Ini akan memastikan kebergantungan antara kedua-dua.

4.   Akan tetapi, setelah Pilihanraya Umum ke-13 berakhir, sokongan dari Sabah dan Sarawak menjadi sangat penting untuk Kerajaan Pusat. Ia memerlukan kehilangan (berpaling tadah) oleh 12 atau 13 Ahli Parlimen untuk Kerajaan Pusat dijatuhkan.

5.   Kekuatan Kerajaan Adenan bermakna kuasa Kerajaan Pusat telah menjadi lemah.

6.   Kini, Najib harus tunduk kepada permintaan Sarawak lagipun itulah Najib lakukan. Apa sahaja Sarawak minta, Sarawak akan dapat. Suara Sarawak untuk rakyat Sarawak menjadi semakin kuat.

7.   Keadaan ini tidak jauh berbeza di negeri lain. Negeri lain turut meminta untuk lebih kuasa autonomi. Pada masa yang sama, negeri yang miskin akan merana disebabkan dasar pilih kasih ini oleh pusat

8.   Jadi, sementara Adenan dan rakyat Sarawak meraikan kemenangan ini, Najib akan menjadi risau di atas kebergantungan beliau ke atas negeri deposit tetap beliau.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 9hb Mei 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com