Skip to main content

Posts

Showing posts from September 12, 2014
HANG TUAH : BELIAU DAN MITOSNYA Pada masa dahulu, beliau pernah menjadi hero yang dihormati tetapi kini legasi Hang Tuah dicemari dengan kontroversi. Apa pendapat anda mengenai Hang Tuah? Adakah beliau wujud? Terdapat pelbagai tekaan dan analisis, dakwaan dan anggapan mengenai kewujudan hero legenda, Hang Tuah. Di kaca tv, Facebook dan di tepi-tepi jalan raya di Melaka, ramai bertanyakan soalan ini. Lebih penting lagi, apa kaitannya Hang Tuah dengan kita hari ini? Pernah suatu ketika, dalam fikiran kita Hang Tuah adalah hero yang terhebat di seluruh dunia, lebih penting bagi kita semua adalah beliau merupakan hero rakyat Malaysia. Akan tetapi, tanpa disedari, beliau telah dipadamkan daripada fikiran kita. Ditambah pula, beliau pernah terbabit dalam kancah kontroversi. Setiap aspek dalam kehidupan beliau daripada kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Sultan kepada keturunan beliau menjadi perdebatan. Malah, lebih menyedihkan, ia dipersendakan. Tidak dapat dijelask