Skip to main content

Posts

Showing posts from September 26, 2015
NAJIB 1.   Saya telah bekerja keras untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. 2.   Sekarang, saya mahu beliau disingkirkan daripada menjadi Perdana Menteri. 3.   Ini bukan bersifat peribadi. 4.   Ini kerana beliau telah gagal sebagai Perdana Menteri. 5.   Sejak mula lagi, saya perasan kesalahan yang beliau lakukan. 6.   Kita telah merdeka sejak tahun 1957. Kita mampu memimpin sendiri negara kita dan berjaya melakukannya selama beberapa dekad sebelum Najib. 7.   Akan tetapi, Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya. 8.   Najib telah melantik ramai perunding luar untuk menasihati beliau cara-cara mentadbir negara. 9.   Kos melantik perunding luar mencecah berbilion Ringgit tetapi nasihat mereka ini tidak sesuai untuk negara kita. Mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai politik, ekonomi dan sensitiviti rakyat Malaysia. Akibatnya, pembangunan negara telah menurun dan berlaku pertelagahan kaum. 10.  Kerajaan Najib menj