Skip to main content

Posts

Showing posts from February 14, 2015
SEKATAN 1.   Dalam sebuah forum di UKM baru-baru ini, Dr Chandra Muzaffar membangkitkan isu mengenai sekatan di persada antarabangsa dan mencadangkan, agar, dengan kata lain, menyamakan sekatan dengan peperangan. Oleh hal yang demikian, sekatan harus diiktiraf sebagai jenayah dan kempen untuk mempromosikan peperangan adalah satu jenayah harus memasukkan juga sekatan. 2.   Saya benar-benar bersetuju dengan Dr Muzaffar bahawa sekatan adalah satu jenayah. 3.   Dahulu, dalam banyak peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah, salah satu senjata yang paling efektif adalah kepungan. Kepungan termasuk memutuskan sistem kominikasi sesebuah bandar dengan dunia luar dengan menempatkan askar-askar di sekeliling bandar supaya penduduk bandar tersebut mati kebuluran atau menyerah. 4.   Konsep ini telah 'ditingkatkan' supaya seluruh negara terbabit akan diputuskan sistem komunikasi dan perdagangan dengan negara-negara lain. Kesannya ialah membiarkan penduduk neg...