Tuesday, 20 January 2015

KEADILAN BARAT / PERKASA

1.   Saya menentang peperangan. Saya menentang membunuh orang. Saya tidak fikir itu cara Islam. Maka, saya menyertai rakyat Perancis berkabung di atas kematian 12 orang pekerja Charlie Hebdo.

2.   Saya mengutuk pembunuhan ini. Tetapi saya juga mengutuk pembunuhan rakyat Iraq, rakyat Afghan, orang Arab dan lain-lain. Mereka tidak melakukan apa-apa terhadap askar atau pada keluarga mereka. Sekurang-kurangnya bayi, kanak-kanak, orang sakit dan yang berumur, tidak melakukan apa-apa yang membolehkan mereka dibunuh. Tetapi mereka ini dibunuh. Tiada sesiapa menunjukkan rasa simpati mereka terhadap keluarga mereka di atas kehilangan anggota keluarga mereka.

3.  Adakah orang Iraq, orang Afghan dan orang Arab Palestin bukan manusia? Adakah membunuh ratusan ribu mereka ini dibolehkan tetapi tidak boleh membunuh 12 orang Perancis? Jika mereka mempunyai seorang pemimpin yang teruk, adakah rakyat negara itu harus dibunuh, memusnahkan negara mereka dan memulakan perang saudara.

4.   Saya tidak meminta keadilan daripada mereka yang hebat. Yang hebat selalunya betul. Tetapi jangan mengajar kami mengenai hak asasi manusia, mengenai hak untuk menghina orang lain, mengenai kebebasan bersuara dan kebebasan media. Teruskan membunuh orang yang kamu label sebagai pengganas bersama-sama dengan ratusan ribu orang. Itulah keadilan.

5.   Sejarah berulang kembali. Kamu membunuh jutaan penduduk tempatan kerana kamu mahukan tanah mereka. Tiada perubahan. Kamu masih membunuh mereka untuk menghapuskan pemimpin mereka supaya mereka menjadi demokratik. Itu adalah misi hebat. Rakyat harus faham dan menghargainya. Anda benar-benar membantu.

6.   Terdapat 1.4 billion Muslim di dunia. Kebanyakan daripada mereka menerima nasib mereka. Tetapi dua orang Muslim membunuh penyeksa mereka kerana memburukkan nabi mereka. Ini tidak boleh tolak ansur. Bunuh mereka. Kemudian, cari yang lain. Keadilan (cara barat) akan terlaksana.

PERKASA

7.   Dalam perkara lain, terdapat laporan menyatakan bahawa saya telah "berpisah" dengan Perkasa kerana saya "kurang selesa dengan arah tuju kumpulan tersebut".

8.   Saya perlu nyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya menjauhkan diri daripada Perkasa. Sebagai permulaan, saya tidak bersama dengan mereka secara rasmi.

9.   Bagaimana pun, saya mengaku bahawa saya menyokong pendapat mereka. Terutama sekali, apabila memberi reaksi kepada pendapat pihak pelampau bukan Melayu.

10.  Semasa saya menjadi Perdana Menteri, kumpulan seperti ini tidak wujud. Perkasa tidak akan wujud jikalau tidak berlaku peningkatan pendapat pihak pelampau dalam kalangan bukan Melayu, mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu, pada masa sama, orang Melayu tidak mempersoalkan hak atau menafikan keistimewaan bukan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

11.  Mungkin saya pernah berkongsi idea dan pendapat saya dengan Perkasa yang secara kebetulan bersamaan dengan pendapat mereka.


Sumber : Chedet blog
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 19hb. Januari 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com