Monday, 16 November 2015

DISOAL SIASAT OLEH POLIS

1.   Ramai wartawan sedang menunggu untuk menemuramah saya mengenai soat siasat oleh pihak polis seperti yang dijanjikan oleh KPN dan Menteri Dalam Negeri.

2.   Saya tidak pasti bagaimanakah hendak menjawab kepada para wartawan. Saya tahu polis ialah sebuah institusi berprofesional. Ia bertanggungjawab terhadap kerajaan yang dipilih dan saya tidak pasti kenapakah pihak polis, contohnya, pihak Kerajaan ingin menyoal saya. Adakah saya telah melakukan kesalahan atau adakah mereka mahukan maklumat daripada saya untuk mendakwa orang lain.

3.   Saya pernah disoal siasat oleh polis dan Peguam Negara sebelum ini. Mereka mahu saya menjadi saksi bagi pihak Kerajaan. Saya telah mendengar penjelasan mereka dan memutuskan bahawa tiada kes untuk dijawab oleh pihak tertuduh. Jadi, saya menolak untuk menjadi saksi pendakwa raya.

4.   Kali ini bukan lagi inginkan saya menjadi saksi. Mereka mahukan jawapan bagi soalan mereka. Para peguam saya menasihati saya agar tidak menjawab kebanyakan soalan yang ditanya. Jadi, saya tidak menjawab.

5.   Apabila saya imbas kembali, saya memutuskan bahawa mereka cuba menyalahkan apa yang saya lakukan atau saya ucapkan di tempat awam sebelum ini adalah satu perbuatan salah, malah, ia adalah umpama perbuatan jenayah. Walaupun, mereka tidak menyatakan saya akan didakwa namun terdapat petunjuk bahawa saya akan didakwa.

6.   Saya baca semula soalan-soalan yang ditanya oleh pihak polis kepada saya dan saya tidak dapati perbuatan saya dan ucapan saya menyalahi undang-undang.

7.   Saya menghadiri sebuah perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak polis. Terdapat lebih daripada 50,000 orang di perhimpunan tersebut. Jika saya melakukan kesalahan dengan menghadiri perhimpunan tersebut maka 50,000 hadirin turut melakukan kesalahn.

8.   Undang-undang harus digunakan dengan adil kepada semua orang. Menyalahkan saya seorang kerana menghadiri perhimpunan tersebut adalah tidak adil. Ini satu bentuk pemangsaan. Pihak Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap saya seorang sahaja kecuali Kerajaan ingin bersikap tidak adil.

9.   Satu lagi soalan ditanya adalah mengenai meminta Najib meletak jawatan. Saya telah meminta rakyat menggulingkan Najib. Saya juga telah meminta Tunku dan Abdullah Badawi meletak jawatan.

10.  Saya tidak menggalakkan keganasan. Dalam sistem demokrasi, menggulingkan Perdana Menteri atau menggulingkan kerajaan adalah perkara biasa. Baru-baru ini, PM Australia digulingkan oleh parti beliau sendiri. PM Romania telah meletak jawatan kerana sebuah kelab malam telah terbakar yang mengakibatkan kematian beberapa orang. Najib sendiri menggulingkan Abdullah yang juga PM dipilih.

11.  Menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi menerusi demonstrasi jalanan adalah perkara biasa.

12.  Jadi, apa salah saya menghadiri demonstrasi yang mendesak Najib digulingkan daripada menjadi PM. Malah, menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau juga tidak salah. Usul seperti ini tidak boleh dibuat dalam pemerintahan diktator.

13.  Apa yang dianggap salah adalah tindakan memulakan keganasan, memulakan perang saudara atau revolusi. Akan tetapi, apa yang sedang dilakukan oleh Najib adalah menyatakan desakan agar beliau meletak jawatan merupakan sesuatu yang tidak demokratik dan menyalahi undang-undang. Soalan-soalan yang ditanya oleh pihak polis menuju ke arah itu.

14.  Saya sering merujuk pada kehilangan wang 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib. Saya menyatakan secara terbuka bahawa saya tidak percaya 2.6 bilion Ringgit milik Najib adalah wang derma daripada orang Arab. Saya percaya wang tersebut bukan milik 1MDB. Apabila anda mengambil sesuata bukan milik anda, ia adalah mencuri.

15.  Ketika saya menjadi PM, saya telah dituduh dengan tuduhan rasuah, tuduhan kronisme, tuduhan autokratik dll. Saya tidak mengambil sebarang tindakan yang menjadikan tuduhan terhadap saya adalah salah. Memang lumrah tuduhan seumpama ini dibuat. Jika rakyat mempercayai segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya, rakyat boleh menggulingkan saya. Walaupun terdapat percubaan untuk menjatuhkan saya, rakyat telah memberi sokongan padu kepada saya dalam lima pilihanraya. Mereka tidak cuba untuk menjatuhkan saya. Ketika saya dicabar oleh Tengku Raaleigh, saya mendapat lebih banyak sokongan daripada beliau. Saya telah memulihkan UMNO dan mendapat sokongan, seterusnya memenangi pilihanraya berikut.

16.  Jika saya ditewaskan, saya akan menerima kekalahan tersebut. Itu adalah sistem demokrasi.

17.  Menyatakan bahawa Najib telah mencuri wang milik Kerajaan mungkin adalah fitnah kecuali beliau boleh membuktikan sebaliknya. Sehingga kini, beliau tidak dapat menyakinkan bahawa 2.6 bilion dalam akaun peribadinya bukan milik 1MDB seterusnya bukan milik Kerajaan. Beliau telah menghentikan penyiasatan 2.6 bilion dalam akaunnya. Ini membuktikan bahawa beliau takut penyiasatan tersebut akan membuktikan segala pertuduhan terhadap beliau adalah berasas. Melantik orang lain untuk menggantikan pegawai asal adalah campur tangan dalam kerja-kerja penyiasatan. Penggantian ini tidak membuktikan kredibiliti.

18.  Fitnah adalah fitnah apabila anda menyatakan sesuatu yang salah terhadap seseorang. Buktikan apa yang saya kata adalah salah kemudian saman saya atas tuduhan menfitnah. Ini cara betul.
19.  Ini seolah-olah dan saya mungkin silap, soalan-soalan yang diajukan kepada saya seperti meminta saya menghentikan segala tindak-tanduk saya serta menghentikan segala kenyataan saya. Jika saya berhenti, Najib akan terlepas daripada segala perbuatan salah yang telah dan akan beliau lakukan. Rakyat akan lupa.

20.  Mahkamah mungkin akan memutuskan perbuatan saya atau kenyataan saya adalah salah. Akan tetapi, sehingga saya belum didapati bersalah oleh mahkamah, saya akan terus mempercayai dan menyatakan bahawa saya tidak melakukan kesalahan dan tidak melakukan perkara yang tidak demokratik.

21.  Jadi, saya akan terus meminta Najib meletak jawatan, tidak mempercayai penjelasan beliau cara beliau memperoleh 2.6 bilion Ringgit, mengkritik pinjaman yang dibuat oleh 1MDB dan kerugian yang ditanggung.

22.  Ini adalah hak saya sebagai warganegara. Untuk menafikan hak saya adalah tidak demokratik.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 13hb November 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com