Skip to main content

Posts

Showing posts from June 21, 2015
MAKLUM BALAS DARIPADA 1MDB 1.   Dikatakan segala kritikan saya mengenai 1MDB adalah salah, tetapi tiada bukti diberikan. Jawapannya diberikan adalah ia rahsia Kerajaan. 2.   Saya tahu mengenai keengganan TIA membenarkan produk masa hadapan mereka iaitu telaga minyak negeri Terengganu digunakan sebagai cagaran melalui perbualan saya dengan pihak yang terbabit dalam TIA. Kerajaan Persekutuan menjadi penjamin untuk pinjaman berjumlah RM5 bilion kerana negeri Terengganu telah menolak idea yang tidak masuk akal itu. Kenapakah negeri Terenggnu menarik diri daripada cadangan Kerajaan Persekutuan yang ingin mencagarkan telaga minyak baharu negeri Terengganu. 3.   Tiada dokumen Kabinet dibentangkan untuk pinjaman berjumlah RM5 bilion. Tunjukkan dokumen tersebut untuk paparan umum. Sudah tentu anda akan berkata dokumen Kabinet adalah rahsia. 4.   Jika pinjaman tersebut bukan off budget maka tunjukkan ia terdapat dalam peruntukan belanjawan tahunan Kerajaan untu...
LEBIH BANYAK PELABURAN OLEH 1MDB 1.   1MDB membuat usahasama dengan Petro Saudi. Ia bukan syarikat milik Kerajaan Saudi. 1MDB telah membayar ASD 1 bilion untuk 40% saham usahasama. Sehingga kini, dapat dipastikan Petro Saudi tidak membayar satu sen pun. 2.   Kemudian, Petro Saudi dikatakan telah membeli aset milik Petro Saudi International yang tidak dimiliki oleh Petro Saudi. Usahasama di antara 1MDB dengan Petro Saudi meminta 1MDB membayar ASD 700 juta untuk membayar hutang daripada Petro Saudi International kepada Petro Saudi. 3.   Hak pemilikan telaga minyak di Argentina dan Kazakhstan (atau di Turkmenistan) serta hak pemilikan kapal pengorek juga tidak begitu jelas. 4.   Tiba-tiba pembayaran sebanyak ASD 300 juta oleh 1MDB ditukar kepada pinjaman Murabaha. Kelihatan seolah-olah ASD 300 juta telah bertukar tangan dengan sepantas kilat. Kita benar-benar tidak tahu di manakah wang itu berada. Dan, 1MDB juga tidak akan memberitahu kepada kita. 5...