Skip to main content

Posts

Showing posts from January 19, 2016
TUN RAZAK 1.   Amat sukar apabila memikirkan 40 tahun telah berlalu sejak pemergian Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke-2 yang amat dihormati dan disayang. 2.   Saya merasa sedih apabila menonton dokumentari TV mengenai kehidupan beliau. Hari-hari yang gembira. Pemimpin pada masa itu amat berdedikasi, berusaha untuk memajukan negara dan menyelesaikan masalah perbezaan dalam masyarakat. Tun Razak yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. 3.   Beliau keluar daripada telunjuk Komenwel British dan melawat Russia dan China. Angin perubahan bertiup kencang. 4.   Sangat awal beliau diambil dariapda kita, amat menyedihkan. 5.   Sudah tentu saya merasa amat sedih secara peribadi kerana saya berhutang segala-galanya kepada beliau. Saya dibuang daripada UMNO dan mereka yang dibuang sebelum saya tidak pernah kembali. Karier politik mereka menjadi merosot. 6.   Beliau tidak hanya membenarkan saya kembali semula ke UMNO malah melantik saya sebagai menteri. Saya digambarkan