PROTON 1. Baru-baru ini, saya telah merasmikan pembuatan enjin baharu untuk Proton. Bukan selalu syarikat pengeluar automotif menghasilkan sebuah enjin baharu. Enjin Proton Compro berusia lebih dari 10 tahun dan tidak lagi sesuai digunakan. Jadi penghasilan enjin baharu untuk Proton amat menerujakan. 2. Akan tetapi, para wartawan tidak memahami kepentingan acara ini. Negara kita pernah mengeksport kereta Proton ke UK dalam jumlah besar tetapi dengan pengenalan standard pengeluaran asap kenderaan dan efisien minyak, kita tidak berupaya menjual kenderaan di UK. Perkembangan terbaharu pembuatan enjin baharu Proton oleh jurutera kita bekerjasama dengan RICARDO dari UK membolehkan memenuhi syarat baharu di UK dan Eropah. Kami harap dapat kembali mengeksport kenderaan ke negara-negara ini. 3. Secara kebetulan, enjin ini hanya dapat digunakan setelah melalui ujian ketat termasuk dipandu sejauh lima kilometer. Enjin ini dapat dipasang dalam kenderaan Proton pad...