Skip to main content

Posts

Showing posts from October 20, 2014
PRIMA akan membina pembangunan berorientasikan pengangkutan 3,196 unit rumah bertingkat tinggi di Seremban Sentral akan dijual di bawah 20% nilai pasaran _____________________________________________________________________________   Seremban: PRIMA Malaysia Corp mencadangkan pembangunan projek Seremban Sentral sama seperti KL Sentral yang akan menggabungkan perumahan dan kemudahan berulang-alik untuk penghuninya. Pengerusi PRIMA Tan Sri Dr Jamaludin Mohd Jarjis berkata, pembangunan ini adalah usaha sama antara KTM Bhd (KTMB) dan Brunsfield International Group yang akan memperlihatkan 3,196 unit rumah bertingkat tinggi dibina di bahagian belakang stesen KTM. Projek ini meliputi tanah seluas 57 ekar (23.1ha) milik KTMB dan akan menyediakan kemudahan keretapi dan perkhidmatan bas. Terdapat juga pusat membeli-belah runcit, kemudahan kesihatan dan perubatan, sebuah kampus pendidikan, tempat letak kereta dan sebuah hotel bersebelahannya. "Ia seperti KL Sentral," ...