Beliau yang mengambil tanggungjawab Jarang sekali dilihat seorang pemimpin Malaysia - dalam politik atau dunia korporat - mengambil tanggungjawab apabila suatu kejadian tidak diingini berlaku. Apabila seseorang pemimpin mengambil tanggungjawab, ia menimbulkan keharuan. Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menerima pujian kerana meletak jawatan selepas kemalangan di tapak kerja yang meragut nyawa tiga orang pekerja Bangladesh. Ada juga berpendapat peletakan jawatan bersifat pentingkan diri sendiri. The Heat merungkai isu ini. Rakyat Malaysia tidak biasa dengan pemimpin meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab di atas kegagalan, maka apabila Ketua Pegawai Eksekutif MRT Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berbuat demikian, ia mengundang perdebatan. Kebiasaannya, apabila ekonomi atau demokrasi sesebuah negara telah matang, menjadi kebudayaan pemimpin negara dan korporat mengambil tanggungjawab apabila kejadia...