Wednesday, 1 June 2016

DEKLARASI RAKYAT

1.   Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem Monarki Perlembagaan dan Demokrasi Parlimen.

2.   Negara ini mempunyai perlembagaan bertulis dan undang-undang bertulis untuk melindungi rakyat daripada perbuatan jenayah dan salah guna kuasa oleh Kerajaan.

3.   Malangnya, kita lihat Perlembagaan dan undang-undang negara tidak dipedulikan dan disalah guna. Peruntukan dalam perlembagaan untuk pembetulan contohnya laporan polis dan undi tidak percaya untuk menyingkirkan pemimpin tidak boleh digunakan lagi.
4.   Pembahagian kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman tidak lagi dihormati. Perdana Menteri memegang ketiga-tiga kuasa ini. Akibatnya, beliau berada di atas undang-undang.
5.   Beliau memulakan dana kekayaan negara dengan menggunakan wang pinjaman.

6.   Kini, Kerajaan berhutang sebanyak RM50 bilion.

7.   1MDB tidak mampu membayar faedah sebanyak dua bilion dolar untuk pinjaman yang dibuat.

8.   1MDB tidak bayar hutang lain. 1MDB melabur satu bilion dolar dalam JV dengan PetroSaudi kononnya untuk konsesi eksplorasi gas dan minyak di Argentina dan Turkmenistan.

9.   JV dimansuhkan keran tidak ada gas dan minyak untuk dikeluarkan.

10.  Saham ASD 1 bilion dan JV telah dipinjamkan atau dijual kepada PetroSaudi dengan harga 1.2 bilion.

11.   Lebih banyak wang dipinjamkan kepada PetroSaudi.

12.  Ke manakah wang itu hilang tidak diketahui.

13.  Lebih daripada ASD 2 bilion dilaburkan di Kepulauan Cayman.

14.  Wang tersebut dikatakan telah dibawa pulang dan disimpan di bank Singapura.

15.  Bank Singapura menafikan 1MDB memasukkan wang ke dalam banknya.

16.  Kemudian 1MDB menyatakan ia bukannya wang tetapi unit. Unit apa?

17.  Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai ASD 681 juta (bersamaan RM 2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di AmBank.

18.  Beliau mendakwa ia ialah wang derma tetapi tidak kemukakan dokumen untuk membuktikan kenyataanya.

19.  Beliau telah membelanjakan separuh daripada wang dalam akaun tersebut untuk dirinya.

20.  Tidak ada rekod yang menunjukkan beliau telah membelanjakannya untuk UMNO semasa Pilihanraya Umum ke-13 seperti yang didakwanya.

21.  Laporan daripada Bank Negara mengenai akaunnya telah ditolak ke tepi oleh Peguam Negara baharu.

22.  Terdapat banyak lagi perkara yang dilakukan oleh Najib yang memerlukan penyiasatan oleh pihak polis dan agensi Kerajaan mengikut undang-undang.

23.  Kesemua penyiasatan tidak dapat dilakukan kerana Najib menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri telah memberhentikannya.

24.  Malah semua jalan untuk pembetulan telah tertutup bagi rakyat Malaysia.

25.  Ini ialah perkara yang hebat yang memerlukan pembetulan yang menggunakan jalan yang hebat.

26.  Maka, Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dan rayuan kepada Pemerintah untuk campurtangan.

27.  Walaupun, tidak terdapat peruntukan bagi Pemerintah campurtangan namun terdapat cara bagi Pemerintah menyelamatkan negara daripada salah guna kuasa oleh Perdana Menteri Najib.

28.  Rakyat memerlukan Pemerintah untuk menyelamatkan Malaysia.

29.  Saya pasti Pemerintah tidak akan mengecewakan mereka.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 1hb Jun 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenisu@gmail.com