AL-JAZEERA 1. Kerajaan Najib mendakwa bahawa Al-Jazeera sedang cuba menjatuhkan Kerajaannya dengan dokumentari berdurasi selama setengah jam mengenai pembunuhan di Malaysia. Mereka mendakwa tiada unsur kebenaran dalam laporan tersebut. 2. Jika Kerajaan fikir tiada unsur kebenaran dalam dokumentari tersebut maka sepatutnya saman sahaja Al-Jazeera atas tuduhan menfitnah. 3. Al-Jazeera ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia. Kebanyakan mereka mempercayai apa yang mereka tonton. Hanya dengan menyatakan laporan itu tidak benar mungkin akan menyakinkan sesetengah rakyat Malaysia tetapi tidak akan menyakinkan orang luar. 4. Sedangkan pada bulan Merdeka, Al-Jazeera menunjukkan dokumentari yang menarik mengenai Malaysia termasuk PM sekali. Penonton mempunyai pilihan untuk mempercayai dokumentari yang mana satu. 5. Dokumentari terbaharu ini tidak hanya memburukkan nama Najib malah nama negara sekali. Tidak menyenangkan apabila diberita...