Skip to main content

Posts

Showing posts from October 19, 2016
BELANJAWAN 2017 1.   Belanjawan 2017 akan dibentangkan di Parliment pada 21hb Oktober 2016. 2.   Dijangka wang dengan jumlah besar akan diperuntukkan kepada Kementerian dan agensi Kerajaan. Parlimen akan meluluskan belanjawan ini kerana ia dibentangkan oleh parti Kerajaan yang mempunyai majoriti dalam Parlimen. 3.   Tetapi, rakyat tahu bahawa Kerajaan tidak mempunyai wang untuk membentangkan belanjawan ini. Mereka tahu kesemua Kementerian telah dimaklumkan dalam duan tahun kebelakangan ini bahawa tiada wang dan mereka harus membelanjakan kurang daripada sepatutnya. 4.   Belanjawan ini tidak bermakna kerana Kerajaan tahu ia tidak mempunyai wang. 5.   Kenapakah Kerajaan tidak mempunyai wang? Ini kerana wang Kerajaan tidak digunakan wang untuk pentadbiran tulus, tidak digunakan wang untuk pembangunan negara dan rakyatnya. 6.   Wang telah digunakan untuk memenangi kepopularan Perdana Menteri. 7.   Untuk tujuan ini, Perdana Menteri telah mewujudkan pekerjaan kepada m