Skip to main content

Posts

Showing posts from April 27, 2016
KAUM CHULIA DI PULAU PINANG Potret Tamil Muslim dipetik daripada sekeping fota dan dihasilkan semula dalam surat berita The Societe des Missions Etrangeres de Paris. Ihsan daripada Yeoh Seng Guan Kaum ini memainkan peranan penting dalam membentuk landskap budaya, ekonomi dan politik kita. Pada tahun 1970-an dan 8o-an, Clock Tower di Pulau Pinang jelas kelihatan dari dalam feri Butterworth-Penang. Tidak terasa perasaan kegembiraan apabila berkunjung ke pulau ini sebaliknya ia mengingatkan rutin mingguan yang membosankan bagi kebanyakkan kanak-kanak dari utara. Tempat pertama akan disinggah ialah di salah sebuah bank luar negara di Beach Street kerana tiada bank di tanah semenanjung utara. Kemudian, mungkin akan singgah di pengurup wang atau farmasi. Makan tengahari akan dijamah di restoran Dawood atau di kedai nasi kandar di Queen Street diikuti dengan membeli sari di Market Street . Jika masih ada wang baki, akan menjadi kemestian untuk singgah di kedai emas d