Skip to main content

Posts

Showing posts from December 5, 2023
    TRAGEDI DAN RAKYAT MALAYSIA  1.     Di Malaysia,, terdapat rakyat yang fikir bahawa serangan Israel ke atas Gaza adalah perkara yang melibatkan orang Islam. Ini sesuatu yang menyedihkan kerana ia tidak seharusnya dilihat seperti ini. Ini bukan perang di antara Israel dan Palestin. Ini adalah tekanan jenayah pihak berkuasa ke atas orang lemah. Ini adalah jenayah antarabangsa. 2.     Kita benci kes buli di sekolah. Akan tetapi, dalam kes buli ini dilakukan oleh sebuah negara kuat ke atas orang lemah. Ia melibatkan pembunuhan orang lelaki, orang perempuan, kanak-kanak dan bayi. Kutukan kita terhadap kes buli ini harus semakin kuat. Akan tetapi, sesetengah daripada kita tidak berbuat demikian. Kita fikir ini masalah orang Islam. Orang bukan Islam tidak patut ambil kisah. 3.     Tetapi, undang-undang masyarakat kemanusiaan yang bertamadun tidak harus membezakan bangsa atau agama. Undang-undang tertakluk kepada semua orang secara sama rata. Jika anda membunuh seseorang, anda telah melak
NASIB BAIK Bertahun-tahun seorang petani miskin berusaha untuk menukar kehidupannya. Apa sahaja yang dibuatnya tidak berhasil. Dia masih miskin dan tidak mendapat bantuan. Pada satu hari, ketika bertani, dia terfikir: "Aku telah melakukan segala-gala untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik. Kenapa aku tidak boleh tukar hidup aku? Mungkin nasib baik aku sedang tidur di hujung dunia. Lebih baik aku pergi dan kejutkan nasib baik aku. Pasti ini akan tukar hidup aku!. Dia membuat keputusan. Dia pun meninggalkan kehidupannya untuk mencari Nasib baiknya yang sedang tidur. Hari berganti malam ketika dia meneruskan perjalanannya dengan perasaan tidak sabar untuk mencari nasib baiknya. Dalam perjalanannya, dia terjumpa seekor singa yang sangat lemah. "Awak hendak pergi mana?" tanya singa itu. "Aku hendak kejutkan nasib baik aku yang sedang tidur untuk tukar nasib aku."  Lelaki itu menjawab dengan bangga. Singa itu berkata "Aku dah lama sakit. Tolong bagitau pada na