Semangat Maal Hijrah Banyak boleh dipelajari mengenai kedatangan Islam daripada Manuskrip Melayu _____________________________________________________ Maal Hijrah ditakrifkan dengan penghijrahan penting oleh Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Ia merupakan peristiwa penting untuk perayaan dan kegembiraan, satu perayaan melambangkan pembebasan daripada penindasan. Penghijrahan ini membuka lembaran baharu dan pada kurun seterusnya memulakan perkembangan agama Islam seluruh dunia. Terdapat fokus utama dalam mengejar pengetahuan serta mendorong kebangkitan cendekiawan dari kurun ke-9 ke ke-11. Kemunculan cendekiawan-cendekiawan seperti Ibnu Sina dan Al-Khwarizmi yang dikenali sebagai bapa Algebra menjadi bukti. Ini tidak menghairankan kerana ayat pertama yang diturunkan seperti diterangkan dalam Al-Quran adalah Iqra yang bermaksud 'baca' mendorong kita ke arah pengetahuan dalam pelbagai cara. Contohnya, alat seperti astrolab yang dicipta oleh cendekiawan Isla...