KUNJUNGAN NAJIB KE NEGARA CHINA 1. Presiden MCA sedang cuba menjadikan sebarang kritikan terhadap perjanjian Najib dengan Negara China sebagai isu perkauman. Ini bertujuan mengalihkan perhatian daripada kesan kewangan akibat daripada perjanjian tersebut. Perjanjian tersebut terutama sekali mengenai projek Landasan Perairan Timur akan meningkatkan hutang Kerajaan. 2. Sama ada pinjaman dengan Negara China atau dengan mana-mana negera lain, rakyat Malaysia harus protes akan pinjaman tinggi oleh Kerajaan kerana akhirnya rakyat serta generasi akan datang yang akan menanggung bebannya. 3. Pertama sekali, 55 bilion Ringgit untuk membina 600km akan dipinjam dari China. Ini bermakna kontrak akan diberikan kepada kontraktor China. Akan tetapi, Malaysia mempunyai banyak syarikat yang mampu membina landasan elektrik. 4. Memberikan kontrak kepada syarikat asing bermakna pengaliran keluar wang tunai. Ini tidak sihat untuk mana-mana negara. 5. Me...