Saturday, 3 September 2016

EGGPLANT

Once a upon a time, there was an old ruler who had many lands as his personal territories. One day, he left his palace to hunt on his lands. His private cooks and the guards accompanied him. In addition, he took his jester with whom he could have fun. All day long they looked for game. Nevertheless they could catch nothing. Very hungry, they went back to the cook. "Bring me something to eat!" The ruler said, "I'm so hungry that I could swallow a big sheep in no time." The poor cook was frightened and said, "Your Excellency! Unfortunately, we have nothing but eggplant here." 

The ruler paused for a moment and murmured, "That's all right. Just be quick."

The meal was made ready quickly and the ruler began to hungrily eat the eggplant. He then said, "What an unbelievably nice food eggplant can be!" His jester began to talk about the advantages of eggplant as he kept on looking at the ruler. Feeling bloated, the ruler became angry and threw the dishes away, "What an awfully unpleasant food eggplant is!" He said angrily. His jester got angry too and stopped eating to talk about the disadvantages of eggplant. The ruler got then surprised and said, "Hey you the doomed fellow! Wasn't it you who praised eggplant so much?" The jester then smiled and said, "Of course my sir!" You are right. I am right too. I am but your own jester. I have to say something to please you not eggplant!"

The ruler was pleased and granted him enough.

TERUNG

Pada suatu masa, terdapat seorang raja yang telah berusia. Baginda memiliki banyak tanah di dalam negerinya.  Satu hari, baginda meninggalkan istana untuk memburu di dalam negerinya. Menemani baginda ialah tukang masak, para pengawal serta badut untuk menghiburkan baginda. Sepanjang hari mereka memburu tanpa sebarang cabaran dan sebarang hasil. Kesemua mereka merasa sangat lapar dan pulang semula dan baginda berkata kepada tukang masak, "Bawakan makanan!" Raja berkata, "Beta sangat lapar sehingga boleh makan seekor kambing biri-biri dengan pantas! Tukang masak raja merasa sangat takut dan berkata, "Tuanku, kita tidak mempunyai apa-apa makanan kecuali terung." 

Raja pun berfikir sejenak dan membisik, 'Tak apa. Masak cepat."

Tukang masak pun masak dengan pantas dan raja yang dalam kelaparan mula santap masakan terung. Raja itu berkata, " Alangkah sedapnya masakan terung ini.' Badut yang menemani raja bersantap mula bercerita mengenai kebaikan terung sambil melihat raja. Setelah raja merasa kenyang, raja merasa marah dan membuang makanannya dan bertitah, "Teruknya makanan ini!" Badut itu pun merasa marah dan berhenti makan lalu bercerita mengenai keburukan terung. Raja merasa terkejut dan berkata, " Hey kamu! Bukankah kamu baru sahaja memuji terung?" Badut itu senyum dan berkata, "Benar Tuanku, apa yang Tuanku kata benar dan apa yang saya kata pun benar. Saya badut dan milik Tuanku dan harus berkata sesuatu untuk memuaskan hati Tuanku dan bukannya terung."

Raja merasa puas hati dan memberi hadiah kepadanya.

Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel: terataigenius@gmail.com
**Jika memerlukan khidmat terjemahan, sila hubungi melalui alamat e-mel tertera di atas. Terima kasih