Wednesday, 30 September 2015

UNDI TIDAK PERCAYA


1.   Saya ada membaca laporan bahawa Speaker Dewan Rakyat tidak akan membenarkan usul tidak percaya dibentangkan di Dewan oleh sesiapa.

2.   Beliau mendakwa hanya beliau sahaja boleh membuat keputusan sama ada usul seumpama itu boleh dibentangkan atau tidak.

3.   Beliau berkata alasannya ialah Peraturan Majlis Mesyuarat Parlimen tidak mempunyai undang-undang mengenai perkara ini. Dan, perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

4.   Benar, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Ini kerana lima Perdana Menteri terdahulu tidak pernah mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi mereka juga mereka tidak pernah terbabit dalam skandal kewangan dan tuduhan membunuh.

5.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu membubarkan institusi yang menyiasat keberasalan dan lokasi wang tersebut berada sekarang.

6.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu meminjam RM42 bilion dengan kos tinggi untuk menubuhkan dana pembangunan yang terbabit dalam perjanjian yang meragukan.

7. Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu melabur lebih daripada ASD satu bilion dalam projek usaha sama yang meragukan bersama syarikat Arab yang turut meragukan.

8.   Mereka tidak terbabit dalam membubarkan syarikat yang ditubuhkan 6 bulan terdahulu dan menukarkan modal 1MDB kepada pinjaman dengan rakan kongsi yang mereka sendiri fikir tidak sesuai.

9.   Akan tetapi, Najib terbabit dalam semua perkara di atas. Kini, selain daripada menyatakan bahawa aset 1MDB bernilai lebih daripada 42 bilion Ringgit yang dipinjam, beliau tidak dapat membuktikan di manakah wang itu berada sekarang. Aset sebenar 1MDB ialah tanah milik Kerajaan yang Najib sendiri luluskan supaya 1MDB membelinya pada harga yang amat rendah dan kemudiannya ditambah nilai sebanyak 500 kali lebih.

10.  Undi tidak percaya adalah demokratik. Parlimen mungkin tidak mempunyai peruntukan mengenainya tetapi termaktub dalam Perlembagaan, undang-undang tertinggi negara secara jelas ada menyatakan jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen, beliau harus meletak jawatan. Perkara 43 (4) dalam Perlembagaan Negara menyatakan " Jika Perdana Menteri kehilangan sokongan majoriti wakil rakyat, maka, atas permintaan beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen, dan Perdana Menteri harus meletak jawatan.

11.  Jadi, adakah Speaker tidak mengikut perlembagaan?

12.  Hari ini jika kita ke luar negara, orang luar, terutama sekali wartawan mereka akan bertanya," Hei, apakah sedang berlaku pada negara anda?, Anda akan merasa malu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Pihak yang berupaya mengambil tindakan tidak berbuat demikian malah mereka mengaku secara terang-terangan bahawa mereka menerima jutaan ringgit daripada Perdana Menteri. Ini rasuah yang sangat teruk. Mereka ini menyokong PM kerana beliau memberikan wang kepada mereka, wang yang beliau sendiri tidak dapat menerangkan keberasalannya.

13.  Patutlah Malaysia kini berada dalam 10 negara yang paling tinggi rasuah di dunia. Dan, kini penyokong Kerajaan pun tidak menghormati Perlembagaan.

14.  Undi tidak percaya tidak dapat diadakan kerana Speaker tidak membenarkannya.

Sumber : Blog Chedet
Ditlus oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 29th September 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
    

Sunday, 27 September 2015

Kedai kopi pernah menjadi sumber utama pasukan perisik

SUMBER BAIK : Penulis meneliti peranan kedai kopi sebagai pos mendengar ketika Darurat.

Kedai-kedai kopi dan gerai-gerai makan dilihat sebagai pos mendengar yang paling efektif di negara ini apabila maklumat penting untuk keselamatan, jenayah dan politik yang melibatkan hidup mati diperlukan.

Special Constable (SC)(B) Sgt Abdul Latif Salleh menyertai perkhidmatan ini pada tahun 1951 dan tidak pernah mengambil cuti pada hari minggu. Beliau memilih untuk meghabiskan masa di kedai-kedai kopi di Kuala Nerang, Kedah yang menjadi pos mendengar yang amat penting.

Selain daripada mendapatkan maklumat daripada orang kampung, Latif sentaisa berwaspada ketika berpakaian biasa. Beliau akan memasang telinga akan perbualan di kedai-kedai dan di gerai-gerai sambil menikmati secawan kopi.

"Saya bergaul dengan penduduk kampung dari Kuala Nerang dan dari sempadan Malaysia-Thai," kata beliau sambil mengimbas kembali.

"Di Kuala Nerang, ada penduduk menjadi pemberi maklumat kepada komunis sementara ada juga yang menjadi pemberi maklumat kepada kedua-dua pihak."

"Perkara ini lumrah kerana ada penduduk kampung tersepit antara ancaman komunis dengan tanggungjawab mereka membantu kerajaan."

"Semasa saya berkhidmat selama empat tahun, saya telah membantu memusnahkan beberapa kem komunis di Durian Burung, di Ahning, di Naka, di Nami dan di Padang Lembu."

Di Ahning, para pegawai SC telah menjumpai 20 kampit beras, labu air, sardin dan juga periuk belanga serta peralatan memasak di dalam sebuah pondok. Latif dan 14 SC telah berkampung selama tiga hari menunggu pengganas untuk mengambil bahan makanan dan peralatan memasak

Bagaimanapun, pengganas komunis tidak muncul-muncul dan bilik operasi di Alor Star mengarahkan mereka memusnahkan bahan makanan tersebut.

Beberapa hari kemudian, Latif menerima maklumat bahawa sebuah pondok di Nami menjadi tempat pengumpulan makanan untuk komunis.

"Bagi mengelak daripada dikesan, saya serta 14 anggota SC merentasi hutan sepanjang 1.5km untuk sampai ke tapak tersebut. Sebelum senja menjelang, saya telah menempatkan beberapa anggota SC di pelbagai lokasi di sekitar pondok tersebut untuk serbu pada waktu malam. Lebih kurang pada pukul 9 malam, 4 suspek komunis dilihat sedang menghampiri pondok tersebut.

"Seorang anggota SC yang berada di barisan hadapan melepaskan tembakan beberapa kali yang diikuti oleh beberapa anggota SC lain dengan anggapan bahawa saya telah memberikan arahan untuk menembak. Jeritan komunis boleh didengar dan mereka melarikan diri tanpa membalas tembakan.

"Pada keesokan pagi, kami menjumpai banyak kesan darah di tanah yang menunjukkan para komunis mengalami kecederaan teruk.

"Anggota SC yang melepaskan tembakan memberitahu saya bahawa dia terpaksa melepaskan tembakan kerana empat komunis berada hanya 15m daripadanya."

Anthony M. Perry dari Stonyhurst, Lancashire yang berkhidmat di British Intelligence Corps in Malaya selama tiga tahun ketika Darurat ialah orang yang boleh dipercayai, terutama sekali, apabila melibatkan rakan setugasnya yang secara tidak sengaja 'berbaik-baik' dengan pihak musuh.

Sama seperti Latif, lokasi mendengar Perry ialah di kedai-kedai kopi di Happy World di Kuala Lumpur, di Jubliee Park di Ipoh dan di Kuala Pilah.

"Saya gemar menari tarian ronggeng dan joget sambil menikmati kopi hitam yang keras di kedai-kedai kopi dalam taman sambil memerhati kehidupan seharian.

"Walaupun saya berhibur ketika berkunjung ke taman hiburan sama ada di Kuala Lumpur atau di Ipoh, saya turut menjaga pasukan tentera warga British yang berbaik-baik dengan agen yang disyaki anggota komunis atau yang bersimpati dengan mereka."

Pasukan perisikan mendapat tahu bahawa agen-agen ini sering menipu tentera untuk menyeludup masuk ganja dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur atau ke Singapura dengan meminjam kenderaan mereka untuk digunakan bagi perjalanan pada hujung minggu. Dadah ini kemudiannya dijual untuk mengumpul dana bagi perjuangan komunis.

"Sukar untuk seorang cina melepasi pusat pemeriksaan di Kuala Kangsar, di Tapah dan di Slim River manakala anggota tentera dapat melepasinya dengan mudah. Selalunya dadah tersebut akan disembunyikan di dalam tayar ganti."

Keburukan menggunakan kedai-kedai kopi sebagai pos mendengar ialah hukuman yang dikenakan oleh pihak komunis. Latif berkata pemberi maklumat yang biasa memberi maklumat kepada mereka akan hilang tanpa kesan.

Pada 15 Ogos 1951, penolong pegawai penempatan semula, Teo Boon Hoe, telah ditembak mati di kedai kopi di Permatang Tinggi New Village di Bukit Mertajam.

Pesuruhjaya Tinggi General Sir Gerald Templer menempatkan semula 66 buah kampung setelah gagal mendapat sebarang maklumat mengenai pembunuhan itu.

Pada bulan September dan November 1948, dua anggota detektif telah ditembak mati di sebuah kedai kopi yang beralamat di No. 67 Jalan Bukit Penara di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pada bulan April 1951, Neoh Chwee Leong telah ditembak mati di sebuah kedai kopi di Tanjung Bunga setelah percubaan pertama untuk membunuh beliau di sebuah kedai kopi di Vale of Tempe (kini dikenali sebagai Jalan Lembah Pantai) tiga bulan sebelum itu gagal.

Pegawai Kastam Bersara, Sudin Saad dari Kampung Bakar Kapur, Kepala Batas berkata beliau akan singgah untuk meminum kopi di salah sebuah kedai kopi di bandar setelah membayar bil utiliti beliau dan membeli-belah.

"Anda akan terkejut kerana boleh mengetahui cerita terkini yang sedang berlaku di seluruh kawasan daripada perbualan biasa di kedai kopi." 


Sumber : New Straits Times 

Tarikh : 16hb Ogos 2015
Ditulis oleh : A. Shukor Rahman
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com



Saturday, 26 September 2015

NAJIB

1.   Saya telah bekerja keras untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2.   Sekarang, saya mahu beliau disingkirkan daripada menjadi Perdana Menteri.

3.   Ini bukan bersifat peribadi.

4.   Ini kerana beliau telah gagal sebagai Perdana Menteri.

5.   Sejak mula lagi, saya perasan kesalahan yang beliau lakukan.

6.   Kita telah merdeka sejak tahun 1957. Kita mampu memimpin sendiri negara kita dan berjaya melakukannya selama beberapa dekad sebelum Najib.

7.   Akan tetapi, Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.

8.   Najib telah melantik ramai perunding luar untuk menasihati beliau cara-cara mentadbir negara.

9.   Kos melantik perunding luar mencecah berbilion Ringgit tetapi nasihat mereka ini tidak sesuai untuk negara kita. Mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai politik, ekonomi dan sensitiviti rakyat Malaysia. Akibatnya, pembangunan negara telah menurun dan berlaku pertelagahan kaum.

10.  Kerajaan Najib menjadi semakin tidak popular. Walaupun diberikan jumlah wang yang banyak, rakyat Malaysia tetap menolaknya dalam pilihanraya tahun 2013.Prestasi beliau lebih teruk daripada Abdullah yang juga ditolak oleh rakyat. Kaum Cina telah menolaknya bulat-bulat walaupun beliau mengisytiharkan beliau adalah saudara mereka.

11.  Beliau menimbulkan kemarahan pekerja awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan bukan kerajaan Pemandu dibayar dengan gaji tinggi, lebih tinggi daripada Skim Gaji Kerajaan. Mereka berasa sungguh marah sehingga beberapa kakitangan awam menyertai pembangkang setelah bersara dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

12.  Pertumbuhan ekonomi jatuh lebih teruk dari Filipina dan Indonesia.

13.  Matawang semakin susut dan harga saham jatuh teruk menimbulkan masalah kepada perniagaan, para pengimpot dan para pengeksport. Kos sara hidup meningkat tinggi setelah GST dikenakan.

14.  Kemudian timbul skandal 1MDB. Satu dana yang tidak perlu diwujudkan dengan pinjaman tinggi. Kerajaan memberikan satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit. Ia membayar faedah tinggi sebanyak 5.9% dan memberi komisen sebanyak 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam sebegini banyak atau membayar kadar faedah sebegini tinggi.

15.  1MDB membeli loji kuasa elektrik dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli hutang syarikat loji. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 1MDB mengalami kerugian teruk sehingga tidak mampu membayar faedah pinjaman.

16.  1MDB telah membeli tanah Kerajaan dengan harga 60 Ringgit satu kaki persegi ketika harga sebenar melebihi RM3000 kps. Menilai semula tanah dengan 50 kali ganda, ia mendakwa mempunyai aset melebihi hutangnya.Ini seperti menjual Approved Permit yang diperoleh secara percuma daripada Kerajaan.

17.  Kemudian, 1MDB mengadakan perniagaan meragukan dengan Petro Saudi sebagai rakan kongsi JV. Ia membayar ASD 1 bilion untuk 40% sahamnya. Enam bulan kemudian, JV ini dibubarkan tetapi ASD 1 bilion bersama-sama dengan  ASD 700 juta ditukarkan sebagai pinjaman kepada Petro Saudi. Kini, wang ini telah hilang.

18.  Aset-aset yang masih dimiliki oleh 1MDB ialah lojikuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 bilion daripada 42 bilion Ringgit tidak dikesan atau dikira.

19.  Tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai ASD 700 juta (berjumlah RM2.6 bilion pada masa itu) dalam akuan peribadinya di Bank Arab Malaysian.

20.  Tidak pernah Perdana Menteri Malaysia atau Presiden UMNO mempunyai wang sebegini besar. Selalunya, derma kepada UMNO diterima dan dimasukkan ke dalam bank oleh Bendahari UMNO. Kesemua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.

21.  Dalam sejarah UMNO tidak pernah UMNO mempunyai wang tunai lebih daripada RM250 juta. Aset-aset UMNO adalah dalam bentuk saham-saham, tanah dan bangunan-bangunan. Presiden tertakluk kepada kewajipan untuk menyerahkan kepada bendahari untuk dimasukkan ke dalam bank. Presiden tidak pernah memegang wang UMNO atau memegang wang yang didermakan kepada UMNO untuk pilihanraya di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dioperasi oleh Presiden.

22.  Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup mewah mereka. Ternyata, jutaan Ringgit telah dihabiskan untu majlis pertunangan dan beberapa majlis perkahwinan yang diadakan di Malaysia dan di Kazakhstan. Anak tiri Najib menghabiskan ratusan jutaan dolar untuk membeli hartanah di London, di New York dan di California. Dia juga membiayai penghasilan sebuah filem Hollywood bertajuk "The Wolf of Wall Street" dengan menggunakan lebih daripada ASD 100 juta.

23.   Najib sebagai Perdana Menteri tidak mempunyai jutaan dolar untuk tujuan ini. Satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh PPM bahawa wang untuk pembelian hartanah luar negara dan pembuatan filem adalah daripada wang diwarisi. Sukar untuk mempercayai bahawa Tun Razak atau Haji Noah atau ayah Rosmah mempunyai dan meninggalkan ratusan jutaan Ringgit. Mereka ini tidak dikenali sebagai jutawan. Adik-beradik Najib menyangkal dakwaan ini.

24.  Jadi, dari manakah datang wang ini? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Mengarut. Tiada sesiapa yang sanggup memberikan sejumlah wang sebegini besar. Malah, Najib sendiri tidak dapat membuktikan orang Arab yang memberikan wang tersebut.

25.  Dan, sebuah pasukan petugas yang merangkumi Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab Malaysian.

26.  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Dewan Rakyat turut menyiasat apakah yang berlaku kepada 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.

27.  Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan alasan beliau sedang sakit. Peguam Negara menafikannya. Tiada sijil sakit dikeluarkan oleh Najib untuk menyokong dakwaannya.

28.  Pada masa sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara mendiamkan diri. Kemudian, beliau menyatakan beliau takut akan ditahan.

29.  Dua daripada kakitangan Kerajaan dan PAC dilantik sebagai timbalan menteri dan dua orang lagi diberikan jawatan lain. Mereka tidak dapat meneruskan tugas mereka sebagai ahli PAC. PAC tanpa Pengerusi dan penyiasatan terhadap 1MDB telah terhenti.

30.  Dua ahli Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ditahan, dibebas dan dipindah ke Pejabat Perdana Menteri. Setelah aduan dibuat, mereka ditukarkan semula ke Suruhanjaya.

31.  Penolong Ketua Cawangan Khas ditukar. Beliau telah mengeluarkan kenyataan keras mengenai penukarannya.

32.  Sesiapa yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun Najib atau membuat laporan mengenainya akan ditangkap, paspot mereka dirampas dan diugut oleh polis dengan soal siasat. Ini seolah-olah sebarang persoalan mengenai 1MDB dan 2.6 bilion milik Najb adalah perbuatan merendahkan 

demokrasi dan ingin menjatuhkan Kerajaan yang dipilih. Mengikut undang-undang baru yang bertujuan untuk menghalang pengganas, sesiapa sahaja boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa bicara. Bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion milik Najib adalah seperti perbuatan pengganas. Najib terlupa bahawa beliau juga terbabit dalam penyingkiran orang sebelumnya yang juga dipilih secara demokrasi.

33.  Muncul pula satu kejutan besar. Al-Jazeera menyiarkan kisah pembunuhan gadis Mongolia bernama Altantuya. Jelas kelihatan daripada kisah tersebut Najib ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut.

34.  Ramai rakyat Malaysia enggan mempercayainya tetapi rakyat di seluruh dunia mempercayai kisah ini. Ia telah menjadi skandal antarabangsa. Ia telah memalukan Malaysia. Ke mana sahaja rakyat Malaysia pergi akan ditanya, "Apakah sudah terjadi pada Malaysia."

35.  1MDB, 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib dan pembunuhan Altatuya telah mencemarkan nama baik Malaysia. Tidak pernah Malaysia dipandang rendah sebegini rupa. Rakyat Malaysia tidak pernah malu dengan negara mereka sendiri.

36.  Najib bayar supaya diadakan demonstrasi jalanan menyokongnya. Demonstrasi untuk penyingkiran beliau dijadikan tidak sah.

37.  Najib harus berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk matawang dan ekonomi pulih kembali. Rakyat Malaysia harus mendesak Najib disingkirkan. Meminta untuk penyingkiran adalah mengikut lunas demokrasi. Tindakan beliau menahan sesiapa yang mengambil bahagian dalam perhimpunan yang meminta beliau disingkirkan adalah tidak demokratik dan menyalahi undang-undang negara ini. 

38.  Saya menyeru kepada rakyat Malaysia agar meminta Najib membenarkan penyiasatan terhadapnya diteruskan oleh orang-orang bebas yang tidak dilantik olehnya. Najib harus membenarkan proses undang-undang berfungsi. Jika didapati bersalah beliau telah melakukan perkara yang melanggar undang-undang, beliau harus diminta meletak jawatan,

39.  Hanya dengan penyingkiran beliau daripada terus menjadi Perdana Menteri Malaysia ekonomi negara akan pulih semula, Ringgit akan pulih semula dan kos sara hidup akan menurun. Hanya dengan penyingkirannya rakyat Malaysia boleh berdiri tinggi.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com




Monday, 14 September 2015

AL-JAZEERA

1.   Kerajaan Najib mendakwa bahawa Al-Jazeera sedang cuba menjatuhkan Kerajaannya dengan dokumentari berdurasi selama setengah jam mengenai pembunuhan di Malaysia. Mereka mendakwa tiada unsur kebenaran dalam laporan tersebut.

2.   Jika Kerajaan fikir tiada unsur kebenaran dalam dokumentari tersebut maka sepatutnya saman sahaja Al-Jazeera atas tuduhan menfitnah.

3.   Al-Jazeera ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia. Kebanyakan mereka mempercayai apa yang mereka tonton. Hanya dengan menyatakan laporan itu tidak benar mungkin akan menyakinkan sesetengah rakyat Malaysia tetapi tidak akan menyakinkan orang luar.

4.   Sedangkan pada bulan Merdeka, Al-Jazeera menunjukkan dokumentari yang menarik mengenai Malaysia termasuk PM sekali. Penonton mempunyai pilihan untuk mempercayai dokumentari yang mana satu.

5.   Dokumentari terbaharu ini tidak hanya memburukkan nama Najib malah nama negara sekali. Tidak menyenangkan apabila diberitahu Perdana Menteri Malaysia mungkin terlibat dalam kes bunuh.

6.   Najib dan Kerajaan mempunyai tugas untuk membersihkan nama kita. Bukti mengenai pembunuhan, penutupan, penglibatan polis dan Razak Baginda tidak terlibat sama sekali dalam jenayah teruk ini harus diserahkan. Badan kehakiman termasuk Peguam Negara harus membersihkan nama mereka terutama sekali mengenai pembebasan Razak Baginda dan rayuan oleh Peguam Negara yang hanya tertakluk kepada dua orang anggota polis. Mereka berdua dibicarakan semula dan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Rayuan.

7.   Rakyat Malaysia yang berada di luar negara ditanya apa terjadi pada negara kita. Episod terbaharu ini tidak akan memperbaiki imej negara kita yang tercela akibat skandal lain.

8.   Pihak Kerajaan harus mengambil serius filem dokumentari ini dan membersihkan nama kita. Memadamkan video Al-Jazeera di Malaysia tidak akan menukar apa-apa. Dokumentari ini telah manjadi viral dan masih disiarkan di seluruh dunia.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 14hb. September 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com 

Thursday, 10 September 2015

UMNO MEMBERS

1.   Najib is demanding for your support to win in GE14.


2.   Unfortunately, supporting Najib as UMNO Head will ensure UMNO's lost and not to gain victory.

3.   UMNO never won only with its members support. The number of its members is not enough to give victory to UMNO candidate. UMNO members never comprised more than half of its total number of voters in any area.

4.   Malays who believed in UMNO's struggle but didn't join UMNO gave victory to UMNO candidate. Chinese and Indians too contributed to UMNO candidates victory.

5.   Now, all of them no longer believes in UMNO. They hate Najib and they believed that Najib is using money to buy UMNO leaders support. These facts was openly admitted by a few of Division Heads and Members of Parliment. When the opposition named the bribed UMNO leaders, nobody made any denial.

6.   Najib's action of blocking the investigation of 2.6 billion Ringgit in his personal account proves that the money is 'haram'. If the money is obtained through 'halal' means then Najib don't have to scared of the ongoing investigation.

7.   Najib's administration has caused the Ringgit value to drop till the prices of goods is increasing, high inflation and shares prices are falling. Many have become bankrupt. The burden including GST causing the prices of goods and services to increase.

8.   Those who have their children studying aboard have to fork out devaluing Ringgit from 4 Ringgit to 1 Pound to close to 7 Ringgit to 1 Pound.

9.   Developments has been abandoned and the borrowed RM42 billion billion Ringgit was used to make unwise investment and billions of Ringgit are unable to trace. The only known fact is Najib owns 2.6 biilion Ringgit in his account in Arab-Malaysian bank. Now nobody knows where the money being transferred to. When the government bodies conduct investigation, Najib disbanded these bodies.

10.  Majority of people rejected and hate Najb as Prime Minister. They are unable to accept Najib's claim that the 2.6 billion Ringgit in his account is donations from the Arabs.

11.  In GE14, all of them, Malays, Chinese and Indians will reject BN because of Najib's leadership. UMNO will destroy due to many UMNO members are unable to accept Najib and his misconduct. Many will vote opposition or not voting at all.

12.  Otherwise, if Najib is no longer UMNO President and lead BN , there are chances that BN and UMNO will win. People not hating UMNO or BN. They are no longer able to accept Najib and their anger are only to Najib and a few of UMNO leaders who curry favor for positions or etc.

13.  UMNO members who loves UMNO and wants to stay in power have to reject Najib before election. If the rejection is done too late then it won't be enough time for UMNO recovery.

14.  If you love UMNO, reject Najib now. If you love Najib, UMNO will lose power and shattered.

Source : Chedet blog
Written by : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Date written : 10th September 2015
Translated by : Teratai Melur
Email: terataigenius@gmail.com 
PENGAJARAN SEJARAH

Selalunya, pengajaran yang paling pedih adalah daripada sejarah kita sendiri dan yang terbaik untuk dipelajari.


Penakluk Portugis, Alfonso de Albuquerque hanya mengambil 20 hari untuk merampak pelabuhan Melaka pada 15 Ogos 1511. Perkara ini berlaku walaupun Melaka mempunyai lebih banyak pahlawan, lebih banyak senjata dan lebih banyak meriam malah turut mempunyai negara jiran sebagai negara sekutu.

Jadi, di manakah silapnya?. Melaka menyangka negaranya sebuah negara kebal serta dilimpahi dengan kemewahan. Melaka juga yakin bahawa akan mendapat bantuan dari Siam dan dari Pahang dengan perintah China.

Pada kurun ke-15 dan ke-16, Melaka ialah pusat dalam dunia Melayu, pelabuhan yang mengawal Selat Melaka, laluan air semulajadi dan saluran utama antara India dan China.



Kekalahan Melaka dalam peperangan amat muktamad sehingga tidak dapat mengembalikan semula statusnya.

Menurut Tome Pires yang menulis buku Suma Oriental dan beliau tiba di Melaka sejurus penaklukan, Melaka ialah bandar terkaya dalam cubaan Portugis untuk menakluk. Menurutnya lagi, walaupun Melaka mempunyai kekayaan, mempunyai kekuatan tentera seramai 20,000 dan mempunyai lebih daripada 8,000 buah meriam, Sultan Mahmud Shah ialah sultan yang tidak popular. Agama digunakan sebagai punca pembahagian juga sebab ketidak puasan dalam kalangan bangsawan dan kalangan pedagang asing.

Petikan daripada Sejarah Melayu menunjukkan bahawa general Portugis itu telah mengkaji serta telah menyusup masuk ke tempat-tempat utama di Melaka untuk mendapatkan maklumat serta melakukan risikan bagi membuat strategi kempen perangnya. Walaupun Melaka telah bersedia untuk menghadapi peperangan ini namun perpecahan dalam kalangan rakyat di Melaka yang berkosmopolitan ini adalah antara perkara yang menyumbang kepada kemenangan mutlak kepada Portugis. Di sebalik kekayaan Melaka yang tidak dapat ditandingi ini, Melaka sebenarnya sedang menderita dalam kalangan orang kaya - dengan sifat tamak dan iri hati.

SATU HALAMAN DARIPADA SEJARAH

Pada awal tahun 1600, adalah diketahui semua bahawa Vatican memiliki satu salinan manuskrip iaitu Undang-Undang Melaka dengan anggapan ingin memahami Melaka secara mendalam. Sehingga ke hari ini, Vatican City Library memiliki manuskrip Undang-Undang Melaka yang tertua di dunia.

Setelah sekian lama, mungkin benar bahawa penaklukan Melaka adalah sebahagian daripada agenda yang lebih besar. Selain daripada ingin mengawal perdagangan rempah, Raja Portugal, Manuel I merancang untuk menghalang dan menghapuskan perdagangan dengan menakluk Aden, Ormuz dan akhir sekali Melaka.

Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, dunia Melayu dan empayar Islam bekerjasama menentang penguasaan barat. Kerjasama ini boleh dinilai dalam buku bertajuk Ottoman Connections to the Malay World menerusi satu siri rencana yang diedit oleh Said Kayadibi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Buku ini membincangkan mengenai sejarah panjang antara dunia Melayu dengan Muslim termasuk Rumi-Turks, Hadramis dan Uthmaniyah. Buku ini turut menceritakan bagaimana perhubungan ini menggambarkan kerjasama dalam agama, dalam politik dan dalam undang-undang. Ia juga membincangkan peranan Sultan Abdulhamid II dalam memperbaiki hubungan dunia Melayu dengan cendiakawan, pemerintah dan warisan mereka dalam menentang kuasa koloni Barat.

MISI PENAKLUK

Pada April 1511, Alburquerque mula bertolak dari India ke Melaka dengan 18 buah kapal bersama-samanya. Beliau memberitahu orang-orangnya, "Saya amat pasti jika perdagangan Melaka dapat dirampas daripada mereka, Kaherah dan Mekah akan hilang punca (daripada The Commentaries of The Great Alfonso den Albuquerque).

Mungkin kurang tepat untuk menyatakan bahawa Albuquerque hanya mengambil masa 20 hari untuk mengalahkan Melaka. Sudah terdapat tanda-tanda kejatuhan Melaka sebelum ketibaan Albuquerque lagi dengan angkatan tenteranya. Dalam mana-mana peperangan adalah penting untuk mengetahui kelemahan musuh. Ini ialah kunci kejayaan. Beliau berjaya memujuk pedagang asing agar tidak mencampuri peperangan yang akan berlaku. General tentera laut Portugis berkata kepada mereka, ini bukan peperangan mereka dan mereka tidak perlu menderita seperti keluarga diraja Melaka atau rakyat Melaka.

MALAM MENJELANG PEPERANGAN

Malam sebelum pertempuran akhir. Raja Ahmad, putera kepada Sultan Mahmud berdiri di Balairong Seri, ruang utama untuk mengadap Sultan bersama-sama dengan orangnya. Pahlawan paling berani Melaka, kaum lelaki dan kaum wanita turut hadir dalam perjumpaan ini.

Sultan Ahmad bertitah kepada orang-orangnya yang tiba dengan senjata masing-masing. "Apakah harus kita lakukan - malam sebelum pertempuran. Adakah kita menanti fajar menyingsing dengan berdiam diri? Beta fikir tidak. Ayuh kita membaca legenda pertempuran kita yang terkenal agar para pahlawan kita akan bersemangat."

Tun Indera Segera mengeluarkan manuskrip Hikayat Hanafiah Maohamed dan beliau berkata:  "Jika kita membaca kisah Hikayat Hanafiah Muhammad, tiada siapa akan mempercayai bahawa mereka berupaya melakukan aksi sehebat ini. Ayuh kita baca Hikayat Amir Hamzah dengan kecantikan bahasanya serta keberanian Amir Hamzah akan memberi semangat kepada orang-orang kita sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa mereka."
Mereka yang hadir dalam perjumpaan itu mendengar epik Hikayat Amir Hamzah dalam suasana penuh kesunyian dengan kata-kata dalam berkemandang memecah suasana malam. Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Tun Ali Hati, Seri Udani dan ramai lagi. Antara mereka ialah seorang pemuda yang dihormati. Beliau dikenali sebagai Enrique The Black of Malacca di dunia luar dan bagi kita beliau ialah Panglima Awang. Beliau menjadi teman rapat kepada Ferdinand Magellan, warga Portugis yang mengetuai Expedisi Spain untuk mengelilingi dunia.

PATAH TUMBUH KEMBALI

Sejarah mempunyai caranya tersendiri dalam mengejutkan kita. Kejadian yang berlaku 500 tahun lalu boleh menjadi dokongan kepada hasil yang tidak disangka. Setelah pertempuran berakhir di Melaka, Panglima Awang telah ditangkap oleh Portugis. Beliau telah dijadikan hamba dan beliau telah kehilangan kebebasan bersama-sama dengan ribuan penduduk Melaka. Seolah-olah ketentuan nasib, Albuquerque telah menyerahkan beliau kepada pegawai beliau yang bernama Magellan yang memerlukan penterjemah. Sejak itu,  beliau dikenali sebagai Enrique of Malacca.

Kebanyakan kita sudah mengetahui kisah Enrique mengelilingi dunia bersama-sama Magellan sebagai hamba beliau yang paling dipercayai.

Lapan tahun setelah Melaka ditawan, Magellan meninggalkan Sepanyol bersama-sama dengan anak kapal seramai 270 termasuk Enrique untuk mencari jalan baharu ke pulau rempah. Menerusi jurnal perjalanan Antonio Pigafetta, kita dapat mempelajari bagaimana Enrique memainkan peranan utama dalam berkomunikasi dengan Raja Humabon apabila armada Portugis tiba di Nusantara. Pada mulanya, beliau mengalami kesukaran berkomunikasi dengan penduduk asli, maka, di Cebu, Enrique berbicara dengan Raja Humabon dalam bahasa Melayu - lingua franca di rantau ini. Ferdinand Magellan disambut baik oleh Raja Humabon, sebahagian disebabkan oleh perhubungan baik antara Magellan dan Enrique.

Malangnya, perbalahan dalaman dengan Datu Lapu Lapu berakhir dengan kematian Magellan. Tempat Magellan digantikan dengan abang ipar Magellan, Duarte Barbosa sebagai kapten baharu. Beliau enggan memberi kebebasan kepada Enrique seperti yang diwasiatkan oleh Magellan. Seterusnya, kejadian yang tidak diingini berlaku, kru kapal yang masih tinggal dibunuh oleh Raja Humabon dalam satu bankuet dan yang terselamat kembali semula ke Sepanyol.

Enrique dipercayai terselamat dan kembali semula ke Melaka. Hari ini, ramai ahli akademi mengakui bahawa kemungkinan Enrique ialah orang pertama mengelilingi dunia. Beberapa tahun lalu ketika bersarapan di sebuah bengkel antarabangsa yang dianjurkan oleh Isle, Singapore on Javanese and Malay Literature. Prof G L Koster of Universidade do Minho, Portugal berkongsi dengan saya fakta mengenai Enrique of Malacca yang diterima dalam dunia akademi.

James Duncan Phillips, Professor of History di Universiti Harvard mendedikasi buku tulisan Dr Joyce E. Chaplin dengan tajuk Round About The Earth - Circumnavigation from Magellan To Orbit yang pernah memenangi hadiah kepada pelayar yang mengelilingi dunia, Enrique d Malacca yang juga dikenali sebagai Henry The Black, dengan beliau berkata , "mencipta sejarah dengan tidak sangka". 
Walaupun kita telah kehilangan pelabuhan kosmopolitan kita pada tahun 1511, kejadian yang berlaku sejak hari itu membawa kepada banyak plot dan perjumpaan. Itulah sejarah.

Pada garis masa sekarang, Melaka berada di legasinya ditambah dengan pengiktirafan daripada Unesco sebagai Tapak Warisan Dunia.

Maka, keputusan Tunku untuk mengisytiharkan kemerdekaan di Melaka dahulu adalah satu keputusan yang mendalam dan signifikant. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman membawa delegasi kecil yang terdiri daripada gabungan Perikatan dan wakil Raja-raja ke London. Setelah beberapa minggu mengadakan rundingan, Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Malaysia pada 31 Ogos tahun berikutnya.

Peristiwa Tunku kembali dari London pada 20 Februari 1956, beliau mengumumkan berita yang dinanti-nantikan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka adalah satu peristiwa yang bersejarah.

Maka, kedaulatan negara kita yang pernah hilang telah dikembalikan kepada kita untuk dihargai dan mempelajari kepentingan sejarah.  


Sumber : New Straits Times

Tarikh ditulis : 30hb Ogos 2015
Ditulis oleh : ninotaziz
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Sunday, 6 September 2015

Bukan Sungai Mati



ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar.
Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati.


Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu.



Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar.



Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege.

Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perkampungan tradisional yang tertumpu di sepanjang jalan utama Muar, Tangkak.


Walaupun masa berlalu perlahan, penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Sungai Mati menyedari keberasalan dengan nama Sungai Mati ini.



Diberi nama Sungai Mati sempena pembentukan tasik ladam yang terpisah dari Sungai Muar.



Penduduk tempatan, Zulnisham Lagimen, 35, berkata tasik ladam ini terbentuk secara semulajadi dan menjadi semakin menonjol ketika Penghulu Abdullah Samsu menjadi ketua kampung pada awal kurun ke-20.



Abdullah ialah moyang kepada bekas menteri besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman, seorang lagi personaliti penting Sungai Mati.

Dahulu, sungai yang berbentuk bulan sabit ini sebahagian daripada Sungai Muar dan pernah dikenali sebagai Sungai Idrus. Terdapat dua versi bagaimanakah sungai itu dinamakan Sungai Mati.


Versi pertama ialah sungai itu dinamakan sempena nama ketua kampung di komuniti tersebut. Versi kedua ialah sungai itu terkenal dengan arus derasnya yang akhirnya perkataan deras menjadi Idrus, kata Zulnisham, pemerhati sejarah kampungnya.



Beliau yang  bekerja sebagai pekerja kilang berkata arwah datuknya, Putih Kadim, pernah menceritakan kepadanya kisah Sungai Mati.



Zarulnisham berkata penduduk yang mengasaskan Sungai Mati mempunyai sejarah terkenal.



Bandar ini ditemui oleh seorang penjelajah Bugis dari Riau dipanggil Lahir Daeng. Beliau dikenali dengan siri penjelajahan beliau di kawasan sekitar. Lahir telah tiba di Pulau Besar, Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Melimau dan seterusnya ke bahagian atas Sungai Kesang, sebatang sungai yang memisahkan Melaka dengan Johor.



Lahir telah mengasaskan beberapa buah kampung dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Sungai Mati.

"Apabila Lahir meninggal dunia, anaknya, Laji, menjadi penghulu dan mengasaskan beberapa kampung lagi seperti Kampung Gelugor dan Telok Gong di Melaka. Apabila Laji meninggal dunia, anaknya, Samsu, mengambil alih sebagai penghulu."


Samsu dikenali kerana pernah memimpin sekumpulan penghulu seramai 14 orang untuk menemui gabenor British di Singapura semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar.



Zarulnisham berkata berdasarkan fakta sejarah, keazaman Samsu ketika bermesyuarat dengan pihak British membuatkan pihak British tidak dapat mengawal mukim Kesang. Sungai Mati pernah terletak dalam mukim Kesang pada masa itu.



Keazaman Samsu mendapat perhatian Sultan Abu Bakar yang kemudiannya belayar dari Johor Baru ke pelabuhan di Sungai Mati untuk bertemu dengan Samsu.



"Upacara besar-besaran diadakan untuk menyambut kedatangan Baginda ke Sungai Mati. Baginda tiba dengan putera baginda yang bernama Ibrahim yang pada ketika itu berusia lima tahun."



Anak lelaki Samsu bernama Abdullah meneruskan legasi keluarga dengan mengasaskan beberapa buah kampung baru di Bukit Kangkar, Parit Buntar, Pekan Rawang dan lapan lagi penempatan diasaskan dengan nama Serom, nama kawasan pilihanraya.



Selain daripada personaliti bersejarah, kebanyakan penduduk Sungai Mati berkata tasik ladam yang terbentuk pada masa Penghulu Abdullah menjadi penghulu merupakan tarikan utama di bandar ini.



Mohd Jazam Jaafar,49, yang bekerja sendiri, berkata ketika beliau belajar di Pei Hwa High School di Sungai Mati, sebahagian daripada logo sekolah itu ialah tasik ladam.



Tasik ladam ini diabadikan dalam logo sekolah saya. Sesiapa pun boleh melihat tasik ladam di lencana sekolah di pakaian seragam sekolah saya."



Jazam berkata di bandar ini kecil tiada satu pun jalan berturap semuanya jalan bertanah. Hanya terdapat satu padang sahaja yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk bermain bola sepak.



Kini, terdapat banyak kawasan perumahn baru berhampiran dengan bandar," kata Jazam yang tinggal di Batu 6 3/4 di sini.



Gan Wee Boon berusia 32 tahun kembali semula ke kampung halamannya setelah bertahun-tahun bekerja di pelbagai bandar meskipun kebanyakan penduduk masih tinggal di bandar ini sejak lahir.



"Saya telah tinggalkan kampung ini selama tujuh tahun. Bandar ini tidak banyak berubah tetapi ini kampung saya.



"Kesemua kedai di sini tutup pada pukul 8 malam dan saya tidak mempunyai masalah dengan itu," kata Gan, yang kini membantu di kedai membaiki motosikal milik kedua-dua ibu bapanya.



Gan berkata elemen yang terbaik mengenai Sungai Mati ialah lokasinya yang terletak di pertengahan di antara Muar dan Bukit Gambir.



Jarak Sungai Mati ke Muar lebih kurang 13km sementara jarak Sungai Mati ke Bukit Gambir sepanjang 15km."



"Ia berhampiran dengan Muar yang sibuk dan mudah memasuki lebuh raya," kata Gan yang merujuk kepada susur keluar Bukit Gambir di Lebuhraya Utara-Selatan.



Sorang lagi anak watan Sungai Mati yang kembali semula untuk memulakan perniagaan ialah Wyner Tan, 50, tukang jahit yang mengusahakan salah satu kedai di deretan kedai yang diperbuat daripada kayu.



Beliau mempelajari jahitan di Singapura dan pernah bekerja di pelbagai bandar mengambil keputusan untuk kembali semula ke kampung halaman kerana beliau merasakan ingin membalas jasa kepada kampung halamannya. Menurut beliau, trafik di sini amat bising.



"Percaya atau tidak, ada lori dan kereta dipandu laju apabila mereka melalui Sungai Mati.



"Ada pemandu mahu melepasi lampu isyarat kerana mereka tahu lampu isyarat mengambil masa satu atau dua minit untuk bertukar daripada warna merah kepada warna hijau.



"Kita boleh dengar kenderaan dipandu laju pada waktu malam dan saya risau kedai kayu ini akan dilanggar oleh mereka satu hari nanti," kata Teh yang tinggal bersama-sama dengan keluarganya di Taman Serom Satu di sini.


Sumber : New Straits Times
Ditulis oleh : Ahmad Fairuz Othman
Tarikh ditulis : 9hb Ogos 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Tuesday, 1 September 2015

BERSIH

1.   I was present at the demonstration organised by Bersih on 29-30 August. Many wondered whether I've become Bersih supporter. Am I supporting opposition party DAP and Kit Siang. There are also questions if I'm siding with chinese.


2.   As I stated before street demonstrations shouldn't be used as a tool for political pressure because it would affect businesses especially small businesses and economy. Is my action showing equivocate in politics.

3.   I disagree with demonstration as there are other ways to pressure Government for abuse of power.

4.   We can make police report hoping that the police and prosecutor will take action, bring those accused to court.

5.   But now, Najib has disband and destroyed Government institutions that protects people's rights.

6.   When he was accused for disappearance of government's money through 1MDB, Najib passed the investigation to the Auditor-General and PAC (Public Account Committee) Dewan Rakyat. People are told to wait until this body completed their investigation.

7.   When RM2.6 billion was found in Najib's personal bank account and he didn't deny the money in his account and people asked the source of the money and Najib is unable to give a reasonable explaination, so a task force was officially formed to investigate.

8.   This task force consists of Prosecutor, Inspector General of Police, Head of the Anti- Corruption and Bank Governor.

9.   People have been waiting for the findings. Suddenly, the Prosecutor was sacked by Najib, Head of the Anti-Corruption was ordered to take leave and Bank Governor was threatened that Bank Negara has leaked the information. And, investigation by this body has stopped.

10.  At the same time, the PAC Chairman and three others was given post in Government and the investigation about 1MDB money by PAC has stopped.

11.  Several police officers and other officers was transferred to other positions so that the investigation cannot be continued.

12.  Those who left out and newly appointed are those who are not interested in the investigation and even blocking any investigation about 1MDB and RM2.6 billion in Najib's account.

13.  No more means to investigate 1MDB and RM2.6 billion in Najib's account.

14.  Instead, Najib and his minions are claiming that the RM2.6 billion are donation. Didn't even show the donor, source of wealth, form of the money given, banks involved and other details. Actually, this claim of donation is ridiculous.

15.  To UMNO leaders, Najib claimed that RM2.6 billion is for 14th general election. If the party is spending to buy nasi lemak, or drinks or to rent cars as before, more money is needed.

16.  But, to bribe leaders and Dewan Rakyat members with millions each, to bribe officers to lie, then most probably RM2.6 billion is needed.

17.  If Najib wins by bribing, he would need more money to stay as PM and for GE15. From where to get more billions if not through illicit means. Malaysia will be ruled by a Prime Minister who depends on corruption. Najib, himself said "Cash is King". This is the King worshipped by Najib.

18.  Najib will deny but the situation in the country is unspeakable. Racial tension. Ringgit value and shares dropping badly, worse that Thailand, Singapore and other countries. Cost of living increased because of GST, etc. The national debt is piling too, etc.

19.  This is Malaysia's future if Najib stays. All means to replace Prime Minister according to laws and Federal Constitutions has been closed by Najib. Only with people sacred voice together with Dewan Rakyat no-confidence vote will bring down Najib and save the nation form corrupt.

20.  That's why I have to join street demonstration organised by Bersih that themed to remove Najib because of corruption and I appeal to UMNO Dewan Rakyat members and BN to support the no-confidence vote against Najib. BN will not fall after Najib is removed. BN is still the majority party.

21.  As long as Najib is in power, the cost of living will increase due to GST, national debt is piling and unable to repay, unemployment is increasing, billions of public money is misused.

22.  This is the fate awaits Malaysia because of Najib.


Source : Chedet blog

Written by : Tun Dr Mahathir Mohamad
Date written : 1st September 2015
Translated by : Teratai Melur
E-mail : terataigenius@gmail.com