Skip to main content

Posts

Showing posts from April 23, 2015
SAYA DAN JAMBATAN BENGKOK 1.   Ada orang mempercayai bahawa saya merasa amat marah terhadap Najib kerana beliau tidak membina jambatan bengkok sehingga saya mahu Najib meletak jawatan. 2.   Saya tidak begitu remeh. Ya, saya kecewa, terutama apabila Najib merayu kepada PM Singapura untuk membina sebuah jambatan dan beliau menolak. Amat memalukan apabila kita tidak berani untuk membina sebuah jambatan di tanah kita sendiri tanpa kebenaran Singapura. 3.   Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya meminta Najib meletak jawatan. Najib ialah anak kepada Tun Razak, tokoh yang bertanggungjawab menaikkan saya menjadi Perdana Menteri. Dengan sebab itu dan dengan sebab Najib menunjukkan prestasi baik ketika saya menjadi PM. Saya mahu Najib menjadi PM. Dan semua orang tahu saya bekerja keras memberi tekanan kepada Abdullah melantiknya menjadi TPM supaya beliau boleh menjadi PM apabila Abdullah berundur. 4.   Tetapi Najib gagal dalam banyak hal setelah menjadi PM. Selain tidak memb