Cabaran yang mencabar bagi Pengarah Urusan baharu MAHB - Pemegang saham minoriti mungkin harus menunggu lama sedikit untuk melihat jika Badlisham Ghazali dapat menunjukkan prestasi seperti Bashir _____________________________________________________ Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) baharu, Datuk Badlisham Ghazali mengadakan ringkasan berita sulung beliau setelah 100 hari dilantik sebagai pengarah urusan dengan memperkenalkan penambahbaikan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2) baru-baru ini. Beliau berjalan kaki di KLIA & klia2 selama dua jam sambil menunjukkan wadah stesen perkhidmatan buggy, kedai bebas cukai baru, tempat makan Urban dan Hotel Sama-Sama Express. klia2 akan mempunyai tiga buah pejalan kaki eletrik di Skybridge pada hujung tahun ini bagi menangani rungutan pengembara yang terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke pagar pelepasan mereka. Semua kemudahan berada dalam keadaaan baik bagi penump...