Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014
Perubahan iklim - tiada sesiapa kebal ____________________________________________________________________________ Kesan negatif perubahan iklim sudah mula dirasai oleh setiap pelusuk dunia, akan tetapi kebanyakan negara masih belum bersedia untuk menghadapi kesan berskala besar terhadap keselamatan makanan, pembekalan air dan kesihatan manusia. Dalam kajian menyeluruh yang diadakan mengenai kesan kenaikan tahap karbon dioksida dalam atmosfera, PBB dalam forum bertajuk Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) memberi amaran bahawa pemanasan global boleh melemahkan pertambahan ekonomi dan meningkatkan tahap kemiskinan. Para saintis telah mengenal pasti negara Britain sebagai salah sebuah negara yang berisiko tinggi untuk menghadapi kesan negatif secara langsung jika dibandingkan dengan negara serantau yang terdedah dengan perubahan iklim ini. Negara UK dan bahagian utara Eropah telah diberi amaran akan berlakunya banjir di bahagian negara yang berdekatan dengan pant
Zeti dinamakan sebagai salah seorang pengurus bank pusat terbaik di dunia __ ____________________________________________________________________ Kuala Lumpur : Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sekali lagi dinamakan sebagai salah seorang pengurus bank pusat terbaik di dunia bagi 2014 oleh sebuah majalah perniagaan antarabangsa Global Finance . Ini adalah kali ke-11 Zeti dianugerahi pemeringkatan "A" untuk kepimpinan beliau dalam bank pusat Malaysia. Selain daripada Zeti, ketua bank pusat di India, Israel, Filipina, Arab Saudi, Switzerland dan Taiwan turut dianugerahi pemeringkatan "A" tahun ini. Majalah Global Finance's Central Banker Report Cards, yang diterbitkan setiap tahun sejak 1994 menggred gabenor bank pusat hampir 70 buah negara daripada gred "A" ke "F" mengikut kejayaan dalam bidang pengawalan inflasi, matlamat perkembangan ekonomi, kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah. Pada
AWER menggesa maklum balas daripada orang ramai mengenai mekanisme tarif air ________________________________________________________________________ Kuala Lumpur : Tidak lama lagi kerajaan akan memulakan langkah awal mengadakan perbincangan dengan pemegang amanah harta di semua peringkat sebelum melaksanakan mekanisme telus untuk menentukan kadar tarif air, kata Persatuan Air dan Pengkaji Tenaga Malaysia (AWER) AWER, kumpulan pemikir bagi hal berkaitan air dan tenaga menggesa rakyat Malaysia memainkan peranan aktif dalam memberikan maklum balas kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengenai perkhidmatan air daripada pengusaha air. Ini bertujuan untuk membantu pihak suruhanjaya menilai prestasi pengusaha air untuk 'mengetatkan' Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). AWER berkata maklum balas turut mengambil kira gangguan bekalan dan kualiti air. "Ini adalah saat yang bersejarah, di mana orang awam akan berhubung terus sebelum tarif air diubah suai,&quo
PRIMA akan membina pembangunan berorientasikan pengangkutan 3,196 unit rumah bertingkat tinggi di Seremban Sentral akan dijual di bawah 20% nilai pasaran _____________________________________________________________________________   Seremban: PRIMA Malaysia Corp mencadangkan pembangunan projek Seremban Sentral sama seperti KL Sentral yang akan menggabungkan perumahan dan kemudahan berulang-alik untuk penghuninya. Pengerusi PRIMA Tan Sri Dr Jamaludin Mohd Jarjis berkata, pembangunan ini adalah usaha sama antara KTM Bhd (KTMB) dan Brunsfield International Group yang akan memperlihatkan 3,196 unit rumah bertingkat tinggi dibina di bahagian belakang stesen KTM. Projek ini meliputi tanah seluas 57 ekar (23.1ha) milik KTMB dan akan menyediakan kemudahan keretapi dan perkhidmatan bas. Terdapat juga pusat membeli-belah runcit, kemudahan kesihatan dan perubatan, sebuah kampus pendidikan, tempat letak kereta dan sebuah hotel bersebelahannya. "Ia seperti KL Sentral,"