BAWANG PUTIH BUKAN SEKADAR PENYEDAP MASAKAN Mengandungi pelbagai jenis vitamin, mampu lindungi tubuh daripada penyakit Bawang putih banyak digunakan dalam masakan bagi menambahkan aroma dan rasa sedap masakan. Ia antara rempah-ratus yang murah dan mudah ditemukan di setiap dapur semua orang. Selain sebagai bahan penyedap masakan, bawang putih boleh dimakan begitu saja atau digoreng rangup terlebih dulu untuk ditaburkan atau dijadikan hiasan pada makanan dihidangkan. Percaya atau tidak, baunya yang tersendiri dan istimewa itulah yang turut merangsang nafsu makan kebanyakan individu. Oleh sebab itulah, setiap kali memasak khusunya masakan oriental, penggunaan bawang putih tidak dilupakan. Masyarakat Cina misalnya, dikatakan amat gemar memakan bawang putih. Hampir semua maskaan mereka dicampurkan dengan bawang putih. BANYAK KHASIAT Penggunaan yang berlebihan dikatakan boleh memanaskan badan dan mampu membuang angin dalam badan walaupun pada dasarnya ia tu...