Saturday, 21 February 2015

Lebih banyak letusan pada masa hadapan

Kedudukan negara Iceland semakin meningkat disebabkan oleh perubahan iklim dengan tanah dilepaskan oleh kecairan litupan ais yang memantul dari Bumi pada kadar 3.5cm setahun.

Keburukannya? Para pengkaji mempercayai bahawa penngkatan tambahan yang berlaku di sebalik peningkatan aktiviti letusan gunung berapi dengan tiga buah gunung berapi di Iceland meletus sejak lima tahun lalu sehingga menyebabkan penerbangan kapal terbang dihentikan dan ia memuntahkan abu gunung berapi ke udara.

Satu kajian terbaharu yang diterbitkan dalam majalah Geophysical Research Letters, para saintis dari Universiti Arizona dan Universiti Iceland mendapati kerak bumi sedang bertambah delam kadar pantas di tengah-tengah kepanasan tinggi sejak 30 tahun kebelakangan ini.

Di beberapa tapak di bahagian selatan dan di bahagian selatan tengah Iceland, di mana terletak lima buah litupan ais terbesar, kehilangan ais berpunca daripada kepanansan yang menyebabkan peningkatan sebanyak 3.5cm setahun, kata para pengkaji.

Mereka telah mengetahui mengenai peningkatan tanah akibat daripada keberatan lapisan ais yang semakin meningkat sejak beberapa tahun dahulu. Tetapi, mereka tidak mengetahui berapa pantas proses melantun ini sedang berlaku di Iceland.

"Ianya seperti meletakkan sebuah objek berat di atas sebuah trampolin. Apabila anda mengambil objek tersebut, ia akan kembali ke bentuk asalnya iaitu ke bentuk leper," kata Richard Bennett, seorang ahli geologi di Universiti Arizona dan salah seorang penulis untuk kajian terbaharu. Lantunan yang terbesar adalah disebabkan oleh peningkatan pemanasan sejak 30 tahun seperti yang ditunjukkan dalam model matematik.

"Kami dapati peningkatan ini menarik. Ia berlaku dengan pantas di semua arah oleh kehilangan jumlah ais yang banyak," Bennett menambah.

Para pengkaji bergantung kepada 62 buah alat GPS yang diletakkan di atas batu-batu di seluruh negera Iceland untuk melihat perubahan dalam kedudukan batu. Beberapa buah GPS ini telah diletakkan sejak 1995 lagi. Bahaya yang sedang menanti ialah peningkatan kecairan ais ini boleh mendorong peningkatan aktiviti gunung berapi. Tiga letusan telah berlaku sejak lima tahun lalu di Iceland. Apabila gunugn berapi Eyjafjallajokull meletus pada 2010, seluruh penerbangan di negara-negara Eropah terpaksa dibatalkan selama seminggu.


Gambar : Gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada 2010.


Rantaian aktiviti akibat daripada kecairan litupan ais, peningkatan permukaan bumi dan aktiviti gunung berapi masih tidak dapat difahami sepenuhnya, kata Bennett. Akan tetapi, apabila permukaan bumi meningkat, batu-batu yang yang berada di dasar laut turut meningkat bersama. Ia dilepaskan daripada tekanan ais.

"Ia mengalihkan kepanasan seperti sekeping kentang panas, apabila ia dialihkan dari tekanan panas tinggi ke tekanan panas rendah dan memasuki keadaan yang mempromosi kecairan," kata Bennett. Dan keadaan ini sesuai untuk letusan.


Sumber : The Star bertarikh 9hb Februari 2015
Ditulis oleh ; Suzanne Goldenberg
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

;

Friday, 20 February 2015

Legenda-legenda cinta

Legenda-legenda ini tidak hanya menangkap daya imaginasi kita tetapi ia juga merangkap identiti kebudayaan kita, ditulis oleh ninotaziz.


Cinta. Konsepnya sahaja telah mempesonakan kita dari berzaman-zaman. Daripada Anthony dan Cleopatra. Tristan dan Isolde. Laila Majnun. Dari masa para penglipur lara dapat menguasai perhatian pendengar di sekeliling unggun api yang bernyala, di istana diraja dan di pertunjukan teater terhebat di dunia, legenda-legenda cinta - merangkumi kesakitan, mengagumkan dan bisikan kata-kata cinta - telah menawan daya imaginasi kita. Dengan perasaan sambutan Hari Kekasih yang belum reda, mari kita selidiki subjek yang menakjubkan ini.

SATU PERSOALAN MENGENAI ASAL-USUL DAN IDENTITI KEBUDYAAAN

Kadang kala legenda dapat mendorong kita, terutama sekali legenda-legenda cinta yang mengandungi identiti kebudayaan kita. Mengikut peredaran masa, legenda ini berubah dan diubahsuai mengikut keadaan atau mengikut budaya semasa. Dengan cara ini, legenda-leganda ini kekal relevan, generasi demi generasi.

Tanpa kita sedari, legenda-legenda ini menjadi kukuh dalam kekayaan kebudayaan kita. Dengan menghubung kaitkan dengan legenda-legenda kita, membuatkan kita semakin kuat, lebih berkeyakinan, terutama sekali, di kala kita merasa sedih, kita melihat kepada wira dan wirawati legenda ini untuk memberi inspirasi kepada kita. Mereka, seperti kita, bercinta dan ingin dicintai. Tidak syak lagi, mereka ini menjadi sumber inspirasi kepada kita, lebih daripada mereka yang boleh kita lihat sekarang. Inilah hadiah legenda-legenda kepada kita. Ia mempunyai kuasa membisik kepada anda - percaya.

PENYIMPAN KEBIJAKSANAAN

Cinta mengeluarkan segala kebaikan dan segala keburukan yang terdapat dalam diri kita. Justeru, legenda-legenda cinta ini dengan kandungannya, penyampaiannya serta penontonnya menyampaikan kehendak psikologi manusia yang mendalam. Mungkin, ini sebabnya legenda-legenda di seluruh dunia mempunyai tema yang sama. Ia menggambarkan pengalaman dari berbeza era dan dari berbeza tempat. Juga, ia mengandungi kebijaksanaan dari berkurun-kurun, legenda-legenda ini menghasilkan gema mimpi yang sama dan keinginan yang mendalam.

INSPIRASI KESUSASTERAAN DAN KESEDIHAN YANG HEBAT

Kisah-kisah cinta - legenda-legenda yang agung dan legenda-legenda klasik dari Rom, dari Greek, dari Zaman Pertengahan serta dari orang Timur dan Timur Tengah memberi inspirasi kepada hasil nukilan kesusasteraan dan kesenian yang kita hormati sehingga ke hari ini. Kisah-kisah ini menyerikan lagi idea kita mengenai kesempurnaan sejak permulaan masa dan kita melihat elemen ini dalam seni kuno, dalam kesusasteraan serta dalam lagu.

Dari lirik sajak Homer ke hiroglif Mesir dan kemudian digambarkan dalam manuskrip lama, kisah-kisah cinta ini dapat bertahan dalam legenda-legenda. Mungkin, cinta adalah keperluan asasi dan pemberi dorongan yang hebat kepada kaum lelaki dan kaum wanita kerana ia masih wujud walaupun telah berkurun lamanya.

Kehebatan kisah-kisah cinta ini adalah ia berkisar dengan faktor kecantikan yang luar biasa, personifikasi kesempurnaan wira dan pengorbanan yang tidak mementingkan diri sendiri. Terdapat juga mempersonifikasi dalam tragedi, tiada lebih memilukan, lebih menyentuh perasaan daripada pengorbanan sebuah cinta sejati. Mungkin, legenda-legenda cinta ini mempromosi pencarian suasana yang sempurna, aspirasi dan lehebatan bahawa tiada yang lebih bernilai daripada cinta, justeru, adalah berbaloi untuk menanggung segala kesakitan, pengorbanan dan air mata

Terdapat banyak lagi legenda-legenda cinta yang mempesonakan. Dengan perayaan Tahun Baru Cinta yang semakin hampir, kita mulakan dengan legenda yang terkenal di antara semua legenda dari zaman Dinasti Ming - kisah Lady White Snake. Kisah ini diturunkan berzaman-zaman, pernah dibukukan, pernah dipentas dalam Opera Cina dan pernah difilemkan yang mendapat kutipan tertinggi.

KISAH 1 : LADY WHITE SNAKE


Gambar : Lady White Snake

Dalam sebuah gua yang sangat lama, seekor ular sawa berwarna putih yang amat besar telah tidur selama 500 tahun. Apabila ia terjaga, ia bertakafur selama 500 tahun lagi. Kemudian, ia berdiri di atas ekornya dan menghilangkan diri.

Kemudian, seorang gadis cantik dilihat menginggalkan gua tersebut dengan memakai jubah putih yang berjela-jela. Setelah mengembara beberapa lama, gadis tersebut tiba di sebuah tasik yang cantik dan bertemu dengan pemuda tampan bernama Xiu Xian. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Lady White of the Mountains. Tidak lama kemudian, Lady White dan Xiu Xian jatuh cinta dan dengan rasa penuh bahagia, mereka berdua bersetuju untuk berkahwin. Mereka tunduk hormat pada Tuhan dan Bumi, tunduk hormat pada nenek moyang dan tunduk hormat pada sesama sendiri.

Kini, mereka berdua adalah pasangan suami isteri. Pasangan baru ini membuka sebuah kedai sensei mereka sendiri. Xiu Xian adalah seorang pemuda yang kuat bekerja dan ramai orang mula percaya kepadanya. Lady White pula mengetahui rawatan yang sesuai untuk semua jenis penyakit.

Pada suatu petang, seorang sami Buddha memasuki kedai tersebut ketika Xiu Xian berseorangan. Dia cuba menyakinkan Xiu Xian bahawa Lady White sebenarnya adalah seekor ular setan tetapi tidak berhasil. Dia memberitahu Xiu Xian agar memberi isterinya wain realgar dan isterinya akan bertukar kembali ke bentuk asalnya. Kata-kata sami Buddha itu kekal dalam fikiran Xiu Xian.

Selang beberapa bulan, Lady White mengandung anak pertama mereka dan pada suatu hari, dengan rasa gembira dan sambil ketawa, Xiu Xian memberitahu Lady White, "Kita patut kongsi kegembiraan ini dengan secawan wain realgar!". Lady White berasa terkejut. Dia mengingatkan suaminya bahawa dirinya sedang mengandung dan tidak sepatutnya meminum wain seperti itu. Pada ketika itu, Xiu Xian teringat kunjungan ganjil sami Buddha dan memberitahu Lady White.

Lady White mula mengetahui dirinya dalam bahawa.

Dia pun bangun dan meminum secawan wain realgar dan dengan serta-merta berlari ke biliknya sambil muntah. Xiu Xian pun bergegas mengikuti isterinya dan menjumpai seekor ular sawa putih besar berada di atas katil mereka. Xiu Xian terus pengsan akibat teramat terkejut. Apabila Xiu Xian sedar, dia mula menghindari Lady White. Mereka tidak berkata apa-apa mengenai apa yang telah berlaku. Setiap hari Xiu Xian mula berjalan jauh untuk memenangkan fikirannya. Pada satu hari, dia mendapati sami Buddha yang sama sedang menunggunya di tebing sungai Yangtze. Dalam ketakutan dan keliru, Xiu Xian bertanya kepadanya apa yang harus dia lakukan.

"Datang tinggal di kuil," kata sami Buddha. Kamu akan selamat di sana."

Sementara itu, Lady White menunggu kepulangan suaminya dengan penuh rasa bimbang. Dia teringat kata-kata Xiu Xian sebelum berlaku kejadian wain realgar. Dia mula menyedari suaminya berada bersama-sama dengan sami-sami di Mountain Temple. Dia menuju ke arah kuil itu dengan hasrat memenangi semula Xiu Xian.

Sami Buddha itu sedang menunggunya di pagar kuil. Lady White merayu kepadanya agar melepaskannya tetapi tidak berhasil. "Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memusnahkan kamu!" jerit sami Buddha itu. Kemudian, berlaku satu pertempuran hebat. Segala haiwan yang berada di sungai turut bertempur dengan sami Buddha itu. Setelah lama bertempur,  Lady White hampir ditewaskan. Dia pun mula berundur. Dari dalam penjara kuil, Xiu Xian terdengar bunyi bising dan mendapat tahu bahawa bunyi bising itu adalah pertempuran menentang tentera isterinya. Xiu Xian bertekad untuk menyokong isterinya. Dia berjaya melepaskan diri dari penjara kuil dan pulang semula ke rumahnya. Akhirnya, Xiu Xian menyakinkan Lady White akan cintanya.

Tidak lama kemudian, sami Buddha itu tiba dengan tekad untuk menangkap Lady White dengan mangkuk minta derma emasnya. Tiada lagi jalan untuk Lady White melepaskan diri dan dia dipenjarakan di Pagoda On The Lake, tempat dia mula-mula bertemu Xiu Xian.

Berkurun-kurun masa telah berlalu. Ketua orang gaji Lady White yang tidak pernah melupakan janjinya untuk menyelamatkan Lady White berjaya mengumpul sepasukan tentera daripada binatang-binatang gunung dan berarak ke Pagoda On The Lake. Mereka membakar pagoda itu yang runtuh dengan mudah. "My Lady, keluarlah!" orang gaji setia itu memanggilnya. Dan dari keruntuhan itu, Lady White muncul - bebas akhirnya, tetapi dengan rasa patah hati teramat sangat.

Akhirnya, Lady White pun kembali semula ke kawasan pergunungan. Ular menggelongsor apabila manusia menghampirinya dan menjadi amat marah apabila diganggu. Ia bersumpah tidak akan meyayangi manusia - selamanya.

"Sebelum saya bertemu dengan kamu, saya telah bertakafur selama seribu tahun tetapi tempoh seribu tahun itu tidak bermakna dibandingkan dengan sesaat bersamamu."

Petikan dari filem The Sorcerer and The White Snake (2011)


KISAH 2 : MAYANG SARI

Gambar : Mayang Sari daripada buku tulisan ninotaziz berjudul Hikayat

Masyarakat Melayu turut mempunyai legenda cinta sendiri. Salah satu kisah yang berjaya menangkap daya imaginasi kita ialah kisah Mayang Sari. Lagunya, Ulek Mayang adalah salah satu lagu kegemaran turun temurun kita.

Pada satu ketika, terdapat tujuh orang puteri tinggal di negeri atas langit iaitu di negeri Kayangan. Kerap kali, ketujuh-tujuh orang puteri akan turun ke bumi ke sebuah taman bunga yang disihir berhampiran dengan Tasik Cermin. Seorang pemuda bernama Awang tinggal di perkampungan nelayan yang berhampiran dengan Tasik Cermin bersama-sama ibunya yang bernama Mek Awang. Pada satu hari berlaku monsun yang agak kuat, ibu Awang jatuh sakit. Dari hari ke hari sakit ibunya menjadi semakin teruk. Awang memanggil Tok Bomoh iaitu orang yang memberi rawatan kepada orang kampung. Setelah mengadakan upacara rawatan panjang, Tok Bomoh menarik Awang ke tepi dan berkata, "Awang, ibu kamu sangat sakit. Hanya ada satu cara untuknya iaitu kamu harus mendapatkan bunga dari taman bunga larangan di Kayangan."

Tok Bomoh memberitahunya hanya Puteri Tujuh dapat membantunya mendapatkan bunga bakawali tersebut.

Berhari-hari Awang menunggu di Tasik Cermin. Kemudian, pada satu hari, dia dapat melihat ketujuh-tujuh puteri dengan penuh kekaguman dan Awang terus berada di tempat persembunyianya. Dia melihat kesemua puteri-puteri itu menanggalkan vel cantik mereka dan meletakkannya di tepi tasik. Setiap seorang puteri memakai vel warna berbeza seperti tujuh warna pelangi. Awang membuat keputusan untuk meminta bantuan daripada puteri yang memakai vel berwarna hijau zamrud.

Bagi Awang, ia adalah cinta pandang pertama. Pada petang itu, apabila kesemua puteri ingin pulang semula ke Kayangan, Mayang Sari tidak menjumpai velnya. Kakak-kakaknya cuba membantu sedaya upaya mereka tetapi mereka terpaksa pulang semula sebelum matahari terbenam. Ketika itulah Awang menunjukkan dirinya pada Mayang Sari dan menceritakna kesusahannya.

Bagi Mayang Sari, inilah kali pertama dia melihat manusia berasa terkejut apabila melihat Awang. Dia menukarkan Awang menjadi seekor tebuan kecil dan letakannya dalam ikatan selempangnya berwarna hujau zamrud yang diikatnya di bahagian pinggang. Mereka bersama-sama terbang ke langit. Apabila mereka tiba di Kayangan, Raja Kayangan iaitu ayah kepada Mayang Sari menjadi amat marah, Bagaimana pun, baginda menerima penjelasan Awang yang mahu membantu ibunya. Baginda memberi kebenaran kepada Mayang Sari untuk membantu Awang dengan syarat Awang dan Mayang Sari tidak boleh berjumpa lagi.

Awang dapat pulang semula ke pondoknya dengan segera dapat meyembuhkan ibunya dengan haruman bunga bakawali. Pada saat itu juga, ibunya dapat bernafas dengan mudah sedikit dan dalam beberapa hari sahaja, ibunya telah pulih sepenuhnya. Akan tetapi, Awang tidak dapat melupakan kecantikan Mayang Sari. Dia mula amat merindui Mayang Sari.

Pada satu malam, ketujuh-tujuh orang puteri datang untuk menyelamatkan Awang. Mayang Sari tidak sanggup melihat pemuda yang dikasihinya meninggal dunia. Dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka, merka dapat menyembuhkan Awang dan akhirnya ayah Mayang Sari membenarkan Mayang Sari berkahwin dengan Awang.

Mayang Sari dan Awang hidup bahagia selama-lamanya.



Sumber : New Straits Times - Life & Times - 15hb Februari 2015
Ditulis oleh : ninotaziz
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Saturday, 14 February 2015

SEKATAN


1.   Dalam sebuah forum di UKM baru-baru ini, Dr Chandra Muzaffar membangkitkan isu mengenai sekatan di persada antarabangsa dan mencadangkan, agar, dengan kata lain, menyamakan sekatan dengan peperangan. Oleh hal yang demikian, sekatan harus diiktiraf sebagai jenayah dan kempen untuk mempromosikan peperangan adalah satu jenayah harus memasukkan juga sekatan.

2.   Saya benar-benar bersetuju dengan Dr Muzaffar bahawa sekatan adalah satu jenayah.

3.   Dahulu, dalam banyak peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah, salah satu senjata yang paling efektif adalah kepungan. Kepungan termasuk memutuskan sistem kominikasi sesebuah bandar dengan dunia luar dengan menempatkan askar-askar di sekeliling bandar supaya penduduk bandar tersebut mati kebuluran atau menyerah.

4.   Konsep ini telah 'ditingkatkan' supaya seluruh negara terbabit akan diputuskan sistem komunikasi dan perdagangan dengan negara-negara lain. Kesannya ialah membiarkan penduduk negara itu dalam kebuluran dan merampas makanan dan ubat-ubatan dari penduduk negara itu sehingga negara tersebut menyerah. Ini salah satu cara membunuh penduduk negara tersebut seperti membunuh rakyat dalam peperangan.

5.   Kita banyak bercakap mengenai kedaulatan undang-undang. Kita tahu bahawa untuk menegakkan keadilan semua orang harus dilayan sama rata mengikut lunas undang-undang. Tiada sesiapa terkecuali daripada tindakan undang-undang.

6.   Tetapi, sekatan hanya boleh dikenakan secara ekfektif oleh negara kuasa besar ke atas negara lemah. Tidak mungkin sebuah negara lemah mengenakan sekatan ke atas sebuah negara kuasa besar, ataupun ke atas sebuah negara lemah yang lain.

7.   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau seluruh dunia tidak dapat mengenakan sekatan ke atas sebuah negara kuasa besar. Negara kuasa besar tidak akan mempedulikan sekatan yang dikenakan ke atas negaranya. Tidak ada kesama rataaan mengikut lunas undang-undang. Maka, tidak ada keadilan. Kedaulatan undang-undang tidak boleh diguna pakai.

8.   Kesan yang membinmbangkan mengenai sekatan adalah bukan negara yang dikenakan sekatan akan dirampas hak mereka, malah negara-negara lain yang mengadakan hubungan perdagangan dan hubungan persahabatan akan turut merana di atas kehilangan perdagangan dan persahatan. Ini kerana jika negara lain meneruskan juga mengadakan perdagangan dengan negara yang dikenakan sekatan, negara kuasa besar akan menghukum negara yang degil dengan memutuskan perdagangan, menidakkan kemudahan perbankan dan lain-lain. Kesannya, negara-negara lain turut dikenakan sekatan juga.

9.   Kita bercakap mengenai perdagangan bebas. Kita bercakap mengenai negara tanpa sempadan. Kita bercakap mengenai hak asasi manusia. Tetapi, kuasa besar atau kuasa yang boleh merampas kesemua kebebasan negara-negara lemah, bebas daripada hukuman.

10.  Dengan kata lain, sekatan adalah peparangan. Ia adalah gambaran bahawa yang hebat selalunya betul. Ia adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ia menidakkan fakta bahawa kuasa besar mahu melihat semua negara menegakkan kebebasan. Ini bersongsangan dengan jaminan mereka bahawa perdagangan harus bersifat bebas.

11.  Maka, sekatan adalah peperangan, ia harus diiktiraf sebagai jenayah atau peperangan bentuk lain, berbentuk konvensional atau sebaliknya.


Sumber : Chedet blog
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 13hb,. Febuari 2015
Diterjemah oleh : Terati Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Thursday, 12 February 2015

ADA SESUATU SUDAH ROSAK


1.   Watak Marcellus di dalam drama 'Hamlet' yang ditulis oleh Shaskespeare berkata "ada yang sudah rosak dalam negara Denmark." Mungkin daripada rungutan rakyat Malaysia mengenai Malaysia akan berkata ada yang sudah rosak dalam Malaysia.

2.   Kebanyakan rungutan ini sampai kepada saya. Saya harap akan dibenarkan menulis dengan teliti dalam blog saya ini. Rakyat boleh buat keputusan sama ada, ada yang sudah rosak atau tidak.

3.   Ada orang merungut Kerajaan enggan membayar kepada mereka untuk kerja yang telah mereka lakukan untuk Kerajaan. Sentiasa akan ada pertikaian sama ada Kerajaan berhutang dengan mereka. Jika mahkamah telah membuat keputusan Kerajaan harus bayar, akan berlaku pertikaian jumlah yang harus dibayar.

4.   Kemudian, akan berlaku kelewatan, kadang kala bertahun-tahun lamanya. Untuk perniagaan, kelewatan boleh membunuh.

5.   Kemudian, terdapat juga kontrak mereka ditarik balik atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Selalunya, kontrak tersebut diberikan kepada orang lain walaupun kontrak tersebut telah ditandatangani.

6.   Kemudian, terdapat juga, serahan dokumen projek kepada pihak ketiga. Pihak ketiga membuat bidaan dengan harga yang lebih tinggi dengan menggunakan dokumen yang serupa. Selalunya, pencadang pertama atau pembida pertama harus melalui proses tender. Ini sahaja cara betul. Tetapi, pencadang sebagai pembida pertama akan mendapati bahawa pihak lain telah menyerahkan dokumen sama seperti dokumen penyerahannya. Selalunya, dia gagal atau terpaksa menaikkan bidaannya kerana pihak lain telah menaikkan harga atau menurunkan harga mengikut kes.

7.   Kelewatan dalam memperolehi kelulusan melibatkan kos. Alasan kelewatan bersifat main-main serta tidak diketahui. Kadang kala, untuk mempercepatkan kelulusan, sesuatu yang memuaskan hati ditawarkan. Pihak yang menawar membayar dan tidak akan merungut lagi atau tidak melapor. Ini amalan tidak sihat. Anda mungkin akan memerlukan khidmat mereka lagi dan kemungkinan anda akan disenarai hitam. Atau, anda mungkin akan melalui pelbagai rintangan.

8.   Sebelum permit atau apa sahaja bentuk kelulusan hampir tamat tempoh, notis penamatan serta merta dikeluarkan. Pihak berkuasa mahu mengambil alih perniagaan. Pihak terbabit mungkin akan membuat rayuan. Dia akan kehilangan wang. Kadang kala, rayuan tidak dijawab, tidak dapat berjumpa dengan pihak brkuasa dan jika mesyuarat dapat diadakan, pemohon mungkin akan diberitahu bahawa kerugian yang dialaminya adalah masalah pemohon dan bukan masalah pihak berkuasa.

9.   Kadang kala, kebenaran untuk pembangunan tidak boleh diberikan kerana ada pihak berkuasa atau orang yang berkuasa mahukan tanah tersebut. Tidak dapat membuat rayuan kepada sesiapa contohnya, kerana tidak ada orang yang mempunyai kuasa Walaupun, anda mengetahui siapa yang mahukan tanah tersebut, anda tidak boleh berbuat apa-apa. Pihak terbabit sangat berkuasa.

10.  Entiti milik kerajaan yang memberi pekerjaan kepada lebih seribu orang pekerja, tidak diberikan kontrak secara tiba-tiba kerana syarikat asing telah dipilih untuk diberikan kontrak. Pekerja dipecat. Dan, kemudahan Kerajaan ditutup atau harus dapatkan subkontrak daripada kontraktor luar. 

11.  Syarikat tempatan yang mempunyai kecekapan secukupnya tidak diambil kira untuk diberikan kontrak kerana syarikat luar boleh melakukan kerja dengan lebih baik atau dengan lebih teruk. Selalunya, syarikat tempatan dikatakan syarikat yang terlalu kecil untuk melakukan kerja tersebut. Banyak wang mengalir keluar dari negara.

12.  Kita berusaha untuk membawa masuk FDI. Tetapi entiti rakyat Malaysia yang mempunyai banyak wang tidak akan melabur dalam negara. Mereka lebih suka membeli hartanah di luar negara. Harga yang dibayar ada kalanya sangat tinggi. Sekali lagi, banyak wang mengalir keluar dari negara, Dan, apabila mendapat keuntungan, cukai dibayar ke negara terbabit. Walaupun,wang tersebut dibawa masuk ke dalam Malaysia, tiada cukai dibayar kepada Kerajaan Malaysia.

13.  Ada keperluan untuk melabur dalam negara, tetapi keperluan ini bukan untuk syarikat tempatan. Institusi Malaysia yang mempunyai wang yang banyak akan berjaya dengan membeli syarikat teknologi luar negara dan membawa masuk ke negara kita untuk menambah baik kemampuan teknologi kita. Tetapi tidak ada dorongan ke arah itu.

14.  Jika sebuah syarikat Malaysia mengalami masalah, kita kelihatan seperti rela memufliskan syarikat tersebut dan menjualkannya kepadda syarikat luar. Tawaran untuk menyelamat syarikat tersebut oleh penyelamat Malaysia tidak diterima. Usaha penyelamat tidak diterima atas sebab-sebab tidak diketahui.

15.  Setelah bijih timah habis dilombong, dijangka tiada lagi kegiatan pelombongan di Malaysia. Tetapi kita mendapati terdapat banyak lagi bahan mineral yang boleh dilombong. Tetapi, pelombongan ini bukan untuk orang Malaysia. Ia hanya untuk orang luar sahaja.

16.  Tiada sebarang usaha untuk menambah nilai sebelum dieksport. Gali buni ini dan eksport bahan galian secara mentah. Dan. hutan belantara hilang bersama-sama dengan pelombongan.

17.  Pernah timbul beberapa idea mengenai mesra perniagaan. Kini tidak lagi. Kerajaan negeri bersaing dengan sektor swasta apabila sektor swasta dilihat semakin maju. Dengan kuasa diberikan kepada kerajaan negeri, tidak mungkin sektor swasta akan menang. Mereka tewas. Tetapi, Kerajaan negeri turut tewas kerana perniagaan ini bukan perniagaan Kerajaan negeri. Ia masih bersifat nasionalisasi.

18.  Besar memang cantik. Jadi, kenapa perlu perniagaan kecil? Musnahkan mereka. Tetapi, perniagaan besar pernah menjadi perniagaan kecil. Jika anda musnahkan perniagaan kecil, mereka tidak boleh berkembang menjadi perniagaan besar. Jadi, bagaimanakah kita memperolehi perniagaan besar jika kita memusnahkan mereka di kala mereka masih kecil?

19.  Terdapat banyak percakapan mengenai kepentingan Industri Kecil dan Sederhana. Tetapi apa yang sedang berlaku di bawah tidak menggambarkan kepentingan industri ini.

20.  Hari ini pentadbiran induk dilihat seperti kurang penting daripada badan pentadbiran lain yang ditubuhkan. Hal ini mengelirukan rakyat. Ini turut mengelirukan pihak pentadbiran. Mereka seolah-olah tidak mengetahui apa yang harus mereka lakukan apabila segala polisi dan keputusan dibuat oleh badan khas.

21.  Pengkritik dikecam oleh arus media perdana oleh beberapa individu dan ahli politik yang telah tewas. Pengkritik berisiko harta mereka dirampas dan dilelong. Berkemungkinan mereka akan dimufliskan.

22.  Kini, saya dituduh memaksa Kerjaan melakukan perkara yang tidak harus dilakukan.

23.  Dan terdapat banyak lagi rungutan mengenai negeri lain akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

24.  Tetapi, jangan risau. Kita akan biasa dengan bau yang kurang menyenangkan ini.


Sumber : Chedet blog
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 10hb. Februari 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Wednesday, 11 February 2015

Contengan hiburan

Contengan Google bukan untuk dijual tetapi ia hanya digunakan untuk tujuan sambutan, kata ketua pasukan.



Ahli pasukan di sebalik tabir contengan Google yang terkenal, aneh dan ganjil ini menerima ratusan permintaan dari seluruh dunia mengenai cara pihak syarikat Google harus mengubah kesediaadaan logo Google di laman utama mereka.

Walaupun contengan ini bersifat bebas dan kreatif, namun ahli pasukan Google terpaksa menolak sesetengah permintaan.

"Walaupun seorang presiden atau perdana menteri mahukan sebuah contengan dan sekiranya ia tidak mengikut prinsip kami, kami terpaksa berkata tidak," kata Ryan Germick, 34, ketua pasukan.

Satu perkara yang pasti ialah contengan ini bukan bertujuan komersil dan bukan untuk memperoleh pendapatan untuk pihak syarikat.

"Hampir setiap hari kami diminta untuk meletakkan iklan contengan di laman utama Google dan kami sentiasa menghormati masa dan pengguna kami, tidak menggunakan ruang contengan Google ini sebagai satu ruang untuk komersil atau ruang promosi. Ianya lebih bersifat hiburan dan berbaloi untuk diketengahkan," kata Germick. Beliau berkata demikian menerusi persidangan video dengan pihak media Asia baru-baru ini. Beliau berada di Beijing untuk berucap di 2015 Geekpark Innovation Festival.


Garis sempadan digunakan untuk sebarang perkara kontroversi atau berkaitan dengan perkara sukar.

Germick berkata : "Mengikut definisi kami, contengan ini bersifat gurauan. Kami menggunakan logo korporat terkenal ini dan bermain-main dengan logo tersebut untuk tujuan menceriakan perayaan. Kami fikir terdapat cara yang lebih nuansa dan cara sensitif untuk berurusan dengan topik yang tragis.

"Kami tidak mahu memperingati dengan cara yang akan melukakan hati orang lain. Contengan ini disimpan untuk tujuan hiburan dan perayaan."

Beliau menambah, "Contengan sepatutnya seperti memberi hadiah kepada para pengguna".

Memang selaras dengan usaha mereka mahu memberi hadiah kepada para pengguna, contengan pertama yang dihasilkan ialah pada 1998 telah memberi kegembiraan dan hiburan kepada ratusan juta pengguna global.

Melayari lama utama Google yang berwarna putih dihiasi dengan contengan yang mengikut tarikh serta bersifat positif. Contengan ini memaparkan hari ulang tahun, memberi penghormatan atau untuk upacara penting.

Dalam sebuah contengan, pengguna boleh bermain permainan video klasik PacMan, juga memperingati harijadi mendiang pelakon Audrey Hepburn dengan illustrasi berwarna merah jambu, hitam dan putih yang dapat menggambarkan kecantikan beliau. Pilihan untuk membentuk contengan Google tidak terhad.

Gambar : Contengan Pac Mac


Gambar : Contengan mendiang pelakon Audrey Hepburn


Terdapat lebih daripada 2,500 buah contengan dengan 400 buah contengan dicipta pada tahun lalu oleh pasukan seramai 16 orang yang ditempatkan di ibu pejabat Google di California.

Germick dilantik menjadi ketua pasukan sejak 2011. Beliau menyertai Google pada 2006 sebagai seorang pereka. Beliau mula memperkenalkan contengan Google dari tahun 2008 dan ahli pasukan untuk mencipta contengan mula berkembang dan kesukaran illustrsi juga mula berkembang daripada imej ringkas ke permainan interaktif.

Sebuah contengan mengambil masa dari dua jam hingga ke beberapa bulan untuk dihasilkan, bergantung kepada mesej yang ingin digambarkan termasuk animasi atau permainan.

Tanpa mendedahkan jumlah tertinggi pengguna Google untuk contengan yang paling popular, Germick berkata antara contengan yang paling digemari adalah termasuk contengan interaktif Les Paul pada 2011 yang memaparkan sebuah gitar elektrik di mana pengguna boleh memetik gitar tersebut dan mencipta tiun mereka sendiri.

Gambar ; Contengan gitar Les Paul


Kebiasaanya, contengan ini dipaparkan hanya untuk sehari sahaja kecuali contengan Les Paul yang dikekalkan untuk hari kedua berikutan 'permintaan tinggi'.

Ada juga contengan dikhususkan untuk sesebuah negara - ini untuk laman utama tertentu.

Dengan skop kerja yang menyenangkan atau menghiburkan, nampaknya Germick dan pasukannya mempunyai salah satu pekerjaan yang menghiburkan di dunia.

"Ia adalah kerja yang amat memuaskan tetapi memerlukan kerja keras. Pasukan kami termasuk 10 orang pereka illustrasi mereka hampir satu contengan dalam seminggu.

Bagi saya, apa yang benar-benar menggembirakan ialah berada di proses yang kreatif lagi asli - kami tidak cuba membuat duit atau mencapai satu agenda khusus," katanya.

Jumlah contengan untuk tahun ini telah dirancang oleh pasukannya, tetapi, beliau enggan mendedahkannya.

"Prinsip pertama contengan ialah ia bertujuan sebagai kejutan dan menggembirakan............ dan ia tidak lagi menjadi kejutan jika saya mendedahkan rahsia kami."



Sumber : The Star - 29hb. Januari 2015
Ditulis oleh : Gurveen Kaur
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel :terataigenius@gmail.com








Saturday, 7 February 2015

Mewujudkan keamanan

Bagi mewujudkan sebuah taman bunga Jepun ialah mengikut alam semulajadi



Gambar : Sebuah taman bunga Jepun

Taman bunga Jepun telah menjadi sebahagian daripada hortikultur dan budaya Amerika - hampir selama 150 tahun tetapi taman bunga Jepun masih menjadi misteri untuk kebanyakan orang

Kini, tidak perlu menjadi misteri lagi. Menurut Tim Gruner, kurator taman bunga/ketua hortikultur di Anderson Japanese Garden di Rockford, Illinois, anda bermula dengan minat terhadap sebuah taman bunga Jepun : timbulkan satu perasaan.



Gambar : Anderson Japanese Garden di Rockford, Illinois

"Sebuah taman bunga Jepun akan membangkitkan tindak balas emosi terhadap alam semulajadi di mana-mana ruang" kata Gruner. Beliau menyelia salah sebuah contoh taman bunga tercantik yang estetik. "Perasaan yang anda dapat apabila berdiri di sebuah lokasi yang dipenuhi dengan kecantikan semulajadi, emosi positif dan reaksi terhadap emosi positif tersebut, (persoalannya), bagaimanakah anda dapat mewujudkan tindak balas emosi seperti itu terhadap alam semulajadi di kawasan belakang rumah anda?".

Bagi sesetengah orang, sebuah taman bunga bermaksud sekelompok pokok bunga zinnia di sini, beberapa kelompok bunga ros di sana dan sedikit pokok penutup bumi. Semuanya sempurna serta bagus dan menyenangkan mata memandang, Akan tetapi, taman bunga Jepun mengikut kata alam semulajadi.



Gambar : Bunga zinnia


Gambar : Bunga ros




Gambar : Pokok penutup bumi

Ini adalah salah satu sebab tanam bunga Jepun pertama dimulakan di Amerika Syarikat. Taman bunga Jepun ini diperkenalkan kepada rakyat Amerika pada 1876 di Centennial International Exhibition di Philadephia. Pada masa itu, negara Amerika semakin menjadi bandar dan terdapat keperluan membawa alam semulajadi kepada penduduk bandar yang menyukai taman bunga Jepun ini kerana ia sama seperti apa yang dirancangkan oleh mereka.

"Bandar perindustrian mahukan taman bunga Jepun sebagai satu tanda pencapaian kebudayaan," kata Kendall Brown, presiden lembaga pengarah North American Japanese Garden Association.

Malahan, pada hari ini, taman bunga Jepun dibentuk mengikut garis panduan dan idea-idea lebih seribu tahun dahulu.

"Taman bunga Jepun dibentuk berdasarkan rekaan semulajadi, pembentukan batu, cara tumbuh-tumbuhan tumbuh secara semulajadi, cara air mengalir secara semulajadi menerusi sebuah lembah. Mengikut bentuk tanah itu," Gruner menerangkan. "Kebanyakan taman bunga Barat - dan ini mengikut generalisasi kasar, saya sedar - selalunya bersimetri, geometri berlawanan dengan taman bunga Jepun yang tidak bersimetri. Imbas kembali taman bunga klasik seperti Versailles (Perancis), rekaan yang semuanya diada-adakan dan ditanam secara meluas di persekitaran yang dikawal oleh manusia. Sebuah taman bunga Jepun, tidak bersimetri, berorientasikan tanaman semulajadi; di sesetengah kawasan ia dapat menimbulkan intipati sebuah hutan atau sungai di lembah atau kawasan paya, ada juga dapat membangkitkan perasaan pergunungan."



Gambar : Taman bunga Versailles, Perancis

David Slawson, seorang pereka taman bunga dan cendiakawan terkenal yang menulis buku bertajuk Secret Teachings In The Art of Japanese Garden pada 1987. Buku yang dianggap buku klasik, telah mengupas topik ini dalam bentuk DVD pada 2012 dengan tajuk Evoking Native Landscape Using Japanese Garden Principles.

"Salah satu perbezaan yang amat nyata di antara taman bunga Jepun dan kebanyakan taman bunga Barat ialah orang Jepun menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk menimbulkan habitat mereka di alam semulajadi manakala orang Barat menggunakan tunbuh-tumbuhan hanya untuk kualiti hiasan mereka, kata beliau.

Bagaimanakah anda mengetahui jika sebuah taman bunga Jepun sesuai untuk anda? Gruner berkata, buat kajian anda. Selain daripada hasil kerja Slawson, satu lagi sumber maklumat yang bagus ialah menerusi majalah Sukiya Living. Majalah ini diterbitkan enam kali setahun memfokuskan taman bunga Jepun dan seni bina Jepun dan boleh dipesan melalui rothteien.com. Laman sesawang ini juga memaparkan contoh rencana dan maklumat mengenai bengkel dan lawatan (di Amerika Syarikat). Juga, North American Japanese Garden Association (najga.org) sedang bekrja keras mempromosi penanaman dan penjagaan taman bunga Jepun.

Gruner dan Slawson turut mencadangkan agar mempelajari taman bunga lain dan alam semulajadi lain bagi mengenal pasti yang mana satu anda sukai.

"Saya mengalakkan semua orang melawat contoh tanam bunga cantik (taman bunga Jepun)," kata Gruner. "Melawat ruang semulajadi yang hebat dan cuba fikirkan jenis pemandangan yang memberi kesan kepada anda serta membuat anda merasai sesuatu. Jika anda mempunyai ruang yang secukupnya, anda boleh mewujudkan keadaan semulajadi yang membuatkan anda berasa hampir dengan alam semulajadi".

Slawson sering membawa pelajar-pelajarnya membuat lawatan lapangan.

"Biasanya, saya akan menyuruh pelajar saya duduk bersendirian. Cari sesuatu yang mereka boleh memberi tindak balas. Buat satu lakaran," kata Slawson. "Ini adalah salah satu cara terbaik untuk berhubung kait. Fotografi memang bagus tetapi mekanisme itu menjauhkan kita. Cara ini membuka diri kita kepaa pengalaman..... daripada meninggalkan kesan adalah lebih baik membenarkan alam semulajadi bercakap dengan kita."

Bahan asas untuk membuat sebuah taman bunga adalah batu, air dan tumbuh-tumbuhan. Tetapi, lanskap kering juga dibentuk menggunakan batu-bata dan batu-batu kecil untuk membentuk aliran tenaga air yang sedang mengalir. Laman sesawang The Anderson Gardens mengutarakan elemen kedua yang menggunakan pagoda, tanglung diperbuat daripada batu, besen air, pergola dan jambatan.

Memilih kedudukan tumbuh-tumbuhan dengan cermat juga boleh membentuk satu ilusi. Sebagai contoh, Slawson dalam DVDnya, menunjukkan bagaimana beliau memilih saiz tumbuh-tumbuhan yang berbeza untuk mengubah perspektif. Tumbuh-tumbuhan yang berwarna cerah dan tumbuh-tumbuhan bersaiz besar ditanam di bahagian hadapan, manakala tumbuh-tumbuhan yang berwarna gelap dan tumbuh-tumbuhan bersaiz kecil ditanam di bahagian jauh, kata beliau. Hasilnya, satu perasaan yang mendalam.

Tidak dapat dinafikan, banyak perancangan dan kerja-kerja fizikal diperlukan. Gruner berkata bahawa "sesiapa yang berminat serta bermotivasi untuk mendalami ilmu ini dan juga mempunyai pinggang yang kuat dapat melakukan sendiri."

Tetapi cara ini ada kelebihan seperti Slawson yang boleh membuat keajaiban.

Beliau mempunyai seorang pelanggan yang memasang tingkap kaca di tempat pendiangan (fireplace) supaya pelanggannya boleh melihat taman bunganya dari rumah. Slawson menyamakan taman bunga tersebut sebagai sebuah karya seni.

"Melihat lukisan lanskap ........ itulah kesan anda ingin wujudkan," katanya. "Anda mahukan satu pengalaman yang menyeluruh..... Anda tidak mahu merasa seperti terdapat interaksi manusia atau idea, tetapi semuanya bergabung secara semulajadi tanpa gangguan manusia."

Pameran ketenangan

Berikut adalah beberapa taman bunga Jepun yang terkenal di Amerika Syarikat. Layari laman sesawang mereka boleh memberikan lebih gambaran mengenai gaya penanaman taman bunga Jepun.

1) Anderson Japanese Gardens, Rockford, llinois (andersongardens.org)



Gambar : Anderson Japanese Gardens, Rockford, lllinois

       Pada 2014, majalah Sukiya Living meletakkan taman bunga ini no. 1 di Amerika Syarikat. Taman Bunga Jepun ini mula ditanam pada 1978 di laman seorang ahli perniagaan bernama John Anderson. Perkembangan taman bunga ini diletakkan dibawah tunjuk ajar seorang pereka terkenal bernama Haichi Kurisu. Pada 1998, taman bunga ini telah meliputi hampir 5ha, didermakan kepada Rockford Rotary Charitable Association. Kini, taman bunga ini adalah sebuah entiti berfungsi bukan untuk keuntungan.


2) Portland Japanese Garden, Portland Oregon (japanesegarden.com)



Gambar : Portland Japanese Garden, Portland Oregon 

       Keluasan taman bunga ini hampir mencecah 2.5ha adalah sebuah taman bunga rasmi yang mempunyai lima tema taman bunga iaitu The Flat Garden, Strolling Pond Garden, Tea Garden, Natural Garden dan Sand and Stone Garden. Kesemua taman bunga ini direka oleh Takuma Tono.



Gambar : The Flat Garden




Gambar : Strolling Pond Garden



Gambar : Tea Garden



Gambar : Natural Garden 



Gambar :  Sand and Stone Garden

3)  Shofuso Japanese House and Garden, Philadelphia (japanesehouse.org)



Gambar : Shofuso Japanese House and Garden, Philadelphia 

        Shofuso ialah sebuah rumah tradisional Jepun dibina di Jepun pada 1953 dan dibawa masuk ke Philadelphia pada 1958. Terdapat tiga jenis taman bunga di tapak berkeluasan 0.5hektar iaitu taman bunga ala sebuah bukit dan tasik - a tsubo-niwa atau laman dalam, sebuah taman bunga ala sebuah bandar kurun ke17 di taman bunga kyoto dan sebuah roji atau taman bunga teh.

4)   Garden of the Pine Wind (garvangardens.com)



Gambar : Garden of the Pine Wind

      Ditanam di sebahagian kawasan di University Arkansas Garvan Woodland Gardens di Hot Springs. Taman bunga Jepun ini direka oleh David Slawson yang menggunakan lanskap kawasan dan gaung sebagai sumber inspirasinya. Antara rekaan yang ditonjolkan ialah tiga buah lata (cascades), sebuah air terjun, dua buah mata air, empat buah kolan air dan sebuah kolam ikan koi.


5) Chicago Botanic Garden, Glencoe, lllinois (chicagobotanic.org)



Gambar : Chicago Botanic Garden, Glencoe, lllinois

      The Elizabeth Hubert Malott Japanese Garden ini berkeluasan hampir 7ha dan didedikasikan pada 1982. Ia direka dengan rekaan kaiyu-shi-ki-teien (atau ala berjalan), bertujuan untuk melihat sambil berjalan. Taman bunga ini direka oleh Koichi Kawana.


Sumber : The Star - 14hb. Januari 2015
Ditulis oleh ; William Hagemen
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com



Wednesday, 4 February 2015

KECAMAN

1.   Saya berasa hairan dengan laporan di akhbar The Star bahawa beberapa penulis blog menyerang pengkritik 1MDB. Saya tidak berasa hairan terhadap para penulis blog ini. Saya telah mengetahui aktiviti mereka sejak kebelakangan ini.

2.   Pada suatu ketika, para penulis blog ini adalah pengkritik Kerajaan. Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, mereka telah berubah. Saya perasan perubahan ini.

3.   Tetapi, saya menerima hak mereka untuk mengkritik saya. Dengan ini, saya tidak hairan dengan arah perubahan mereka.

4.   Apa yang menghairankan saya ialah laporan mengenai hal ini oleh akhbar The Star. Kebiasaannya, media arus perdana dan akhbar The Star adalah salah satu daripadanya, tidak akan melaporkan sebarang berita yang memberi gambaran tidak elok mengenai 'pihak berkuasa'. Tetapi sekarang, akhbar ini telah melakukan perkara yang tidak dapat difikirkan, walaupun akhbar ini melakukannya secara tidak langsung.

5.   Saya adalah penyokong UNMO. Saya masih lagi ahli UMNO. Tetapi saya percaya kepada mengkritik sebarang salah laku yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk UMNO. Bagaimana pun, saya telah nyatakan secara terbuka bahawa saya tidak menyokong Dato' Seri Najib.

6.   Dan, di antara salah satu sebab kenapa saya tidak menykongnya ialah penubuhan IMDB. Duit yang dipinjam tidak boleh dianggap sebagai kekayaan. Dan, terdapat banyak perkara yang dilakukan dengan duit 1MDB adalah salah. Kerajaan tidak patut terus menerus menjual dan membeli saham untuk menjana pendapatan.

7.   Saya tidak bersetuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritik mengenainya dan apa sahaja perkara yang saya fikir akan menjejaskan tadbir urus baik negara ini.

8.   Pengecaman oleh para penulis blog bersifat politik. Niat mereka adalah melemahkan kredibiliti saya. Tetapi, saya akan terus bertanya di manakah duit yang telah dibawa balik dari Cayman (Kepulauan)? Kenapakah perlu meminjam untuk membayar hutang sedangkan anda mempunyai RM8 billion? Selagi soalan ini dan soalan-soalan lain belum dijawab, akan muncul soalan-soalan lain.

9.   Saya mencurigai disebabkan soalan-soalan ini tidak dapat dijawab maka penyoal dikecam. Dengan membuat demikian, akan menambah lagi kecurigaan bahawa ada yang tidak kena dengan 1MDB.

10.  Ini adalah pendapat saya. Saya tidak bercakap untuk orang lain



Sumber : Chedet blog
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahatihir Mohamad
Tarikh ditulis : 4hb Febuari 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com