Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016
TUN MUSA 1.   Sahabat karib saya, rakan sekerja, bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyalahkan saya di atas kegagalan mencapai Wawasan 2020. Ini kerana saya gagal membentuk pengganti saya. 2.   Kegagalan pertama saya ialah Tun Musa Hitam sendiri. Beliau tidak dapat menunggu saya bersara. Jadi beliau meletak jawatan setelah 5 tahun bersama saya sebagai Timbalan saya. Di dalam Kerajaan, penyokong beliau dikenali sebagai Kerajaan MM. 3.   Beliau berkeyakinan Majlis Tertinggi UMNO akan menjatuhkan saya dan melantik beliau sebagai Presiden. MT mengambil keputusan untuk memujuk beliau untuk kembali sebagai TPM dan Timbalan Presiden. Beliau kembali sebagai Timbalan Presiden. 4.   Dalam pilihanraya seterusnya, beliau memujuk pesaing dan musuh lama beliau, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bersaing bagi jawatan Presiden dan menentang saya. Beliau bersedia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden di bawah Tengku Razaleigh t
AMALAN RASUAH DI MALAYSIA 1.   Di Malaysia, setelah merdeka sentiasa ada amalan rasuah tetapi dalam skala kecil. Sebuah negara dengan amalan rasuah berleluasa tidak dapat dibangunkan. Akan tetapi, Malaysia dapat membangun dengan kadar baik. 2.   Ketika Malaysia mencapai kemerdekaan, Malayisa ialah negara dunia ketiga yang miskin. Semua kerja-kerja pembangunan dilakukan menerusi JKR (Jabatan Kerja Raya) menggunakan kakitangan sendiri.  3.   Kerajaan tidak dapat menampung pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan landasan keretapi api, pejabat Kerajaan dan bangunan dan perumahan pekerja, memberikan tenaga elektrik dan air, lapangan terbang dan pelabuhan, telekomunikasi dll. Jadi, kontrak terpaksa diberikan kepada sektor swasta. 4.   Perebutan untuk mendapat kontrak daripada sektor swasta mewujudkan peluang untuk amalan rasuah. Semakin besar saiz kontrak semakin besar rasuah diberikan. 5.   Pada mulanya, pemimpin politik Kerajaan tidak terlibat. Kemudian, Najib
PROTON 1.   Baru-baru ini, saya telah merasmikan pembuatan enjin baharu untuk Proton. Bukan selalu syarikat pengeluar automotif menghasilkan sebuah enjin baharu. Enjin Proton Compro berusia lebih dari 10 tahun dan tidak lagi sesuai digunakan. Jadi penghasilan enjin baharu untuk Proton amat menerujakan. 2.   Akan tetapi, para wartawan tidak memahami kepentingan acara ini. Negara kita pernah mengeksport kereta Proton ke UK dalam jumlah besar tetapi dengan pengenalan standard pengeluaran asap kenderaan dan efisien minyak, kita tidak berupaya menjual kenderaan di UK. Perkembangan terbaharu pembuatan enjin baharu Proton oleh jurutera kita bekerjasama dengan RICARDO dari UK membolehkan memenuhi syarat baharu di UK dan Eropah. Kami harap dapat kembali mengeksport kenderaan ke negara-negara ini. 3.   Secara kebetulan, enjin ini hanya dapat digunakan setelah melalui ujian ketat termasuk dipandu sejauh lima kilometer. Enjin ini dapat dipasang dalam kenderaan Proton pada akhir tahun
PEGUAM NEGARA KEPADA PEGUAM NEGARA 1.   Berikutan keputusan PN Malaysia (Tan Sri Mohamad Apandi Ali) yang menyatakan bahawa laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menunjukkan sebarang salah laku oleh Perdana Menteri berkaitan wang sebanyak 2.6 bilion Ringgit dan 42 juta Ringgit dalam akaun peribadinya. Dan, mungkin secara kebetulan, pihak berkuasa undang-undang Perancis telah memulakan tindakan undang-undang berkaitan dengan pembayaran yang dikatakan sebagai bayaran rundingan kepada syarikat di dalam kawalan Razak Baginda, rakan karib Dato' Sri Najib. Kemudian, PN Swiss mengeluarkan kenyataan media berkaitan bekas-bekas pegawai 1MDB, dana milik negara dan orang yang tidak dikenali atas keraguan memberi rasuah kepada pegawai awam luar negara (Perkara 322septies Kod Jenayah Swis - SCC), salah laku di dalam pejabat awam (Perkara 314295 SCC), pengubahan wang haram (Perkara 305bis279 SCC) dan salah pengurusan jenayah (Perkara 158 SCC). Pejabat Peguam Negara S
MEMALUKAN MALAYSIA 1.   Tidak lama dahulu Malaysia dipuji kerana berjaya membangun daripada negara dunia ketiga yang mundur kepada negara perindustrian. Tiada siapa meragui perancangan kita ingin menjadi negara maju pada 2020 akan tercapai. 2.   Akan tetapi, kini apabila kita berkunjung ke luar negara, kita akan ditanya, "Hei, apa yang telah berlaku pada negara kamu." Ada mengatakan mengenai 1MDB dan kerajaan yang penuh rasuah telah merugikan berbilion dolar. Ramai memberi komen mengenai kehidupan mewah Perdana Menteri. 3.   Mereka menanyakan soalan-soalan ini kerana surat khabar luar negara yang berpengaruh menyiarkan berita mengenai 1MDB, mengenai Perdana Menteri telah mengumpul berbilion dolar, mengenai jumlah wang yang banyak terdapat di dalam akaun peribadinya, mengenai kehidupan mewahnya. Tidak pernah Perdana Menteri Malaysia terdahulu mengadakan perkahwinnan mewah yang telah beliau adakan untuk anak perempuannya. 4.   Walaupun rakyat Malaysia hanya mem