Wednesday, 24 June 2015

KESAMAAN PERKAUMAN

1.   "Foreign Affairs" ialah majalah milik Amerika. Majalah ini amat dihormati di Amerika tetapi ia bukan majalah kegemaran saya.

2.   Baru-baru ini ketika dalam penerbangan, saya terjumpa edisi terkini majalah ini. Tema dalam edisi ini ialah kaum dan warna kulit dan bagaimana ia mempengaruhi perhubungan sesama manusia. Saya tertarik untuk membaca majalah ini kerana saya yakin majalah ini tidak menulis perkara elok mengenai Malaysia.

3.   Terdapat sebuah rencana mengenai tidak melihat warna kulit di Amerika - bermakna tidak kira apa warna kulit warga Amerika, mereka adalah sama. Ternyata, kesamaan di antara manusia berlainan warna kulit tidak membawa hasil baik. Ini bermakna segala-gala termasuk peluang harus bersandarkan kepada merit.

4.   Benar, terdapat seorang lelaki kulit hitam duduk di kerusi Presiden dalam Rumah Putih. Pernah juga terdapat seorang genaral kulit hitam sebagai Ketua Pertahanan Amerika dan seorang lagi sebagai Setiausaha Negeri. Kini, ramai orang kulit hitam memegang jawatan tinggi di Washington.

5.   Kenyataan adalah kebanyakan warga Amerika kulit hitam adalah miskin dan sering terlibat dalam dadah dan jenayah, walaupun populasi mereka hanya 10% tetapi kadar peratusan dalam penjara menghampiri 50%. Pendapatan per kapita mereka lebih rendah daripada pendapatan sederhana dalam negara. 

6.   Menjadi sama dengan orang kulit putih tidak memberi banyak kebaikan. Tidak dinyatakan mengenai pembunuhan yang disengajakan oleh pihak polis yang kemudiannya dibebaskan.

7.   Tepat sangkaan saya, mejalah ini memasukkan kajian mengenai perhubungan kaum yang direkod di Malaysia. Kajian itu mengakui bahawa walaupun terdapat tindakan afirmatif menerusi Dasar Ekonomi Baru, ekonomi Malaysia mencapai tahap memberangsangkan jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain. Berbeza kaum dapat hidup dengan harmoni. Tidak terdapat pertembungan kaum yang serius.

8.   Tindakan afirmatif menerusi DEB telah merapatkan jurang pengagihan kekayaan di antara kaum Melayu dan kaum Cina. Dinyatakan juga kaum bumiputra hanya mempunyai 2% kekayaan negara sebelum DEB dan kini kekayaan mereka telah meningkat kepada 19%. Masih terdapat perbezaan tetapi dapat dikurangkan. (Joseph Stiglitz menulis di Amerika, perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin telah mencapai tahap yang amat bahaya).

9.   India dan Afrika Selatan turut mencuba tindakan afirmatif ini. Hasilnya tidak sebaik Malaysia.

10.  Ternyata Malaysia telah melakukan kerja lebih baik dalam membina masyarakat adil dalam pelbagai kaum daripada kebanyakan negara pelbagai kaum termasuk AS. Polisi layanan sama rata seperti meritokrasi tidak memberi hasil baik.

11.  Majalah Foreign Affairs seperti mengakui tindakan afirmatif Malaysia mempunyai merit. Ia sama seperti pendapat terbalik mengenai polisi kadar pertukaran tetap Malaysia. Kini, seperti kutukan terbalik mengenai tidakan afirmatif kita, sekurang-kurangnya oleh majalah Foreign Affairs. Media luar negara hanya menyalin semula laporan berat sebelah yang dibuat satu masa dulu tanpa cuba menyiasat realiti mengenai pengurusan perhubungan kaum di Malaysia dan pembangunan ekonominya.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 23hb Jun 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com