Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015
DERMA SEBANYAK RM2.6 BILION 1.   Dato' Sri Najib dan penyokong beliau harus berhenti daripada percubaan beliau untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya ialah wang derma. 2.   Tiada sesiapa pun percaya atau boleh percaya wang yang berjumlah besar ini boleh didermakan oleh sesiapa kepada Dato' Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja untuk sebarang alasan. 3.   Penjelasan bahawa wang itu didermakan kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State adalah mengarut kerana Islamic State menunjukkan tahap keganasan mereka pada tahun 2014 sedangkan wang derma ini masuk pada tahun 2013 atau sebelumnya. 4.   Juga, alasan ia adalah kerana kesederhanaan Malaysia dalam amalan agama Islam adalah mengarut kerana Malaysia tidak pernah melampau dalam mengamalkan agama Islam. 5.   Kenapa 700 juta Dolar? Memang, ia adalah jumlah wang yang amat besar untuk digunakan untuk pilihanraya Malaysia kecuali jika ia digunakan untuk memberi rasuah kepada pa
"Zon Panas" berhampiran dengan Kuantan? RISIKO BAUKSIT : Pasukan NST menemui logam berat dalam kadar tinggi, radiasi dalam sungai dan di tepi pantai disebabkan oleh aktivti perlombongan. Kegagalan mengawal aktiviti perlombongan bauksit dan perlombongan yang tidak tentu arah di Pahang berkemungkinan telah mengakibatkan pelepasan bahan radioaktif yang boleh membawa maut ke dalam alam sekitar, mencemarkan udara dan sumber air. Dapatan yang membimbangkan ini didapati setelah Pasukan Petugas Penyiasat Khas New Straits Times memohon secara rasmi analisis sampel makmal persendirian yang diambil dari sungai dan dari muara sungai berhampiran yang telah dicemari oleh sisa bauksit. Sampel yang diambil dari Sungai Pengorak dan Pantai Pengorak berhampiran dengan Kampung Selamat di mana air sungainya telah bertukar warna menjadi merah yang amat pekat daripada warna hijau semulajadi atau kebiru-biruan. Foto-foto ini telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial baru-baru
UNDANG-UNDANG DI TERBALIK 1.   Terdapat percubaan yang dilakukan secara terang-terangan oleh Najib dan para penyokongnya untuk menjadikan perkara tidak sah kepada sah dan sebaliknya. 2.   Maka, perbuatan Najib menghentikan penyiasatan terhadap 1MDB dan pemilikan wang sebanyak RM2.6 bilion oleh beliau dibuat seolah-olah sah dan betul sementara para penyiasat yang melakukan tugas mereka menurut undang-undang negara dituduh melakukan tugas mereka di luar bidang kuasa mereka dan ianya tidak sah. Bagi menyokong komen mereka, mereka mencipta terma rujukan untuk pasukan Petugas. 3.   Sebaliknya, beliau dan para penyokong beliau sedang cuba memberi gambaran seolah-olah undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen adalah tidak betul dan menyalahgunakan sistem demokrasi dan percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih adalah salah. Akan tetapi, semua orang tahu bahawa undi tidak percaya adalah sah. 4.   Najib seolah-olah sudah lupa bahawa BN telah menggulingkan Kerajaan Perak
MALAYSIA 2 1.   Apa yang sedang berlaku di Malaysia pada hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kedaulatan undang-undang telah di terbalikkan dan rakyat seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa untuk menegakkan semula kedaulatan undang-undang. 2.   Ini kerana pemimpin yang diberi kepercayaan untuk menegakkan undang-undang telah menjadi subjek proses undang-undang. Terdapat dakwaan bahawa beliau telah melanggar undang-undang. Seperti yang diketahui, tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang maka beliau seharusnya disiasat untuk menentukan sama ada beliau telah melanggar undang-undang atau tidak. 3.   Walaupun perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia tetapi pernah berlaku di negara-negara lain termasuk di negara-negara maju di Barat. 4.   Mengimbas kembali kes Presiden Nixon, Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah menggunakan kakitangan Kerajaan untuk mengintip musuh politik beliau. Perkara ini dianggap penyalahgunaan kuasa di AS
Pulau Konet yang penuh misteri Pulau Konet TIDAK DAPAT DILIHAT : Terdapat legenda bahawa makhluk halus menjadi penjaga dan tinggal di pulau kecil berdekatan pantai Melaka. Pulau Konet, sesuai dengan namanya terletak berhampiran dengan Telok Gong, Melaka merupakan sebuah pulau kecil yang tidak dapat dilihat dengan mudah. Keadaan pulau yang dipenuhi dengan hutan belukar serta tidak digunakan lagi oleh penduduk setempat. Akan tetapi, terdapat legenda yang menyatakan pulau ini pernah didiami oleh makhluk halus yang misteri tetapi baik hati menjadi penjaga pulau ini. Abdul Aziz Mamat @ Mohamad berkata penduduk kampung akan singgah ke pulau tersebut untuk tujuan pembalakan dan menggunakan kayu yang ditebang untuk membina rumah dan membuat bot. Bagaimanapun, terdapat sebuah kisah yang diceritakan turun temurun yang menyebabkan penduduk tempatan tidak lagi berkunjung ke pulau tersebut yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki ketika air
Malaysia 1.   Saya pernah merasa gembira apabila ditanya mengenai Malaysia ketika saya berada di luar negara. Kini, tidak lagi. 2.   Orang luar dan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara bertanya, "Apakah sedang berlaku di Malaysia?. 3.   "Ia seperti salah sebuah negara Afrika atau negara Arab". 4.   "Penuh dengan rasuah. Nilai matawang telah susut". Dan lain-lain. 5.   Saya tidak dapat jawab secara jujur. Saya tidak boleh menipu juga. Memalukan. Ini semua kerana 1MDB dan Najib. 6.   Saya mula rasa ada yang tidak kena dengan 1MDB apabila The Edge menyiarkan bahawa 1MDB telah membeli loji penjana kuasa melebihi harga pasaran dan wang pinjaman digunakan untuk membayar komisen sebanyak 10% dan kadar faedah sebanyak 5.9%. 7.   Saya memunggu Kerajaan menafikan apa yang disiarkan oleh The Edge adalah betul. Kerajaan tidak berbuat demikian. Maka, saya tahu ada yang benar-benar tidak kena. 8.   Seterusnya, muncul cerita mengenai U
PERSONAL ACCOUNT 1.   In an attempt to legalize Najib for depositing RM2.6 billion into his personal account for so-called meant for 14th general election, I was accused of doing the same thing. This accusation is unfounded and slanderous. 2.   When I was UMNO President, the Headquarter have three trustees. I was one of them. Trustee owns accounts in bank. All donations, especially during election will be deposited into these accounts. Two of any these trustee have the authority to manage Headquarter's account and sign cheque for withdrawal. 3.   These trustee are also named as owner for shares and properties belonged to UMNO. 4.   When I resigned as UMNO President, I ordered all the cash in bank and shares together with property papers to be given to Dato Abdullah Badawi. The officers who gave all the relevant documents are Nor Mohamed Yacob and Noordin Bachik. 5.   Total cash handed over exceeds 200 million Ringgit. Total value of shares and property handed ove