Thursday, 31 March 2016

SIARAN MEDIA

NOTA KEPADA EDITOR


Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings berkuat kuasa pada 30hb Mac 2016.

Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad Dato Seri Syed Faisal Albar semalam.

Dr Mahathir turut melepaskan jawatan beliau sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas juga berkuat kuasa pada 30hb Mac 2016. Keputusan beliau telah disampaikan kepada Rektor UTM Datuk Abdul Rahim Hashim.

Selain dari ini, Dr Mahathir turut meletak jawatan sebagai penasihat Langkawi Development Authority (LADA) dan Tioman Island Development Authority (TIDA). Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan-jawatan ini.

Pejabat Dr Mahathir Mohamad
Putrajaya
31hb Mac 2016

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 31hb Mac 2016






Tuesday, 29 March 2016

JANGKAUAN SEBUAH LEGENDA KUNO
ninotaziz menjejaki pengaruh kisah Ramayana yang diceritakan melalui gaya penceritaan kuno di Nusantara




Berlatar belakangkan Candi Prambaranin Jogjakarta yang dramatik, persembahan yang terkenal di seluruh dunia diadakan di kawasan terbuka. Persembahan ini merupakan salah satu tarikan utama di Kepulauan Jawa. Di bawah naungan langit malam dengan cuaca yang sempurna, 200 penari menghidupkan kisah Ramayana Ballet. Kisah Rama dan Sinta yang dilukis di dinding kuil dengan kemungkinan dilukis sejak millenia lalu.

Persembahan yang berlangsung selama dua jam ini dipenuhi dengan ciri kebudayaan Jawa dan muzik Jawa mengisahkan sebuah kisah legenda. Kisah ini bermula dengan Rahwana yang jahat telah menculik cinta sejati Rama iaitu Sinta. Jatayu, burung yang bersaiz besar tetapi bersifat lemah lembut cuba menyelamatkan Sinta tetapi ditewaskan. Namun, ia terus mencari Rama dan memberitahu beliau bahawa isteri kesayangannya telah diculik oleh Rahwana.


Setelah mengharungi pelbagai dugaan, pertembungan hebat dan akhirnya, Rahwana dan Rama bertemu di medan peperangan di mana Rahwana ditewaskan dan akhirnya dibunuh. Kelihatan seolah-olah keadaan kembali tenang sehinggalah Rama meminta Sinta membuktikan kesuciannya dengan berjalan di atas api. Sinta berjaya membuktikan kesuciannya. Akhirnya, Rama dan Sinta kembali semula ke negara mereka untuk memerintah dan hidup bahagia selama-lamanya.


Pada dasarnya, inilah kisah Ramayana. Legenda India yang paling disayangi dan paling lama bertahan. Pendekata, kisah ini boleh dijejaki di seluruh Asia. Malah, pengisahan yang berinspirasikan kisah Ramayana amat lumrah ditemukan. Kisah Ravana yang jahat ini diceritakan semula dalam pertunjukan wayang kulit Maharaja Wana atau dalam Hikayat Seri Rama memberi kesan dan dijadikan sebagai asas dalam pertunjukan wayang kulit yang lain. Di Thailand, kisah perjalanan ini dijadikan sebagai latar belakang dalam kisah Ramakien.

Watak Hanuman sebagai Amir Putih Raja Kera muncul dalam pertunjukan teater seperti pertunjukan  Makyung Raja Bongsu Sakti. Dan, dalam filem mega china, kemunculan Raja Monyet sering kali menghiburkan hati. 

PENYAJAK YANG BERNAMA VALMIKI


Sajak dan kisah Rama dan Sita ditulis oleh Valmiki yang bijak. Beliau yang beragama Hindu menulis kisah ini dalam bahasa Sanskrit yang bermula di Ayodhya, India. Kosala, ibu negara yang indah lagi aman tenteram menjadi kosmopolitan contoh kuno. Air sungai Sarayu mengalir dengan perlahan-lahan sementara penduduk kota menjalankan aktiviti seharian mereka. Patung raja mereka iaitu Dasaratha sambil tersenyum mesra diletakkan di setiap sudut bandar.



Namun, Dasaratha yang tinggal di dalam istana tidak dapat senyum kerana baginda tidak mempunyai waris dan sentiasa berdoa agar dikurniakan waris. Akhirnya, doa baginda dimakbulkan dan Ratu pertama baginda, Ratu Kausalya melahirkan Rama sementara isteri kedua baginda bernama Kaikeyi, yang pernah menyelamatkan baginda daripada serangan harimau diberikan dua permintaan, melahirkan putera kedua bernama Bharat. Baginda juga memperoleh putera kembar bernama Lakshmana dan Sarushna daripada isteri muda Baginda bernama Sumitra.


Rama sebagai putera sulung dimahsyurkan sebagai pewaris takhta. Masa pun beredar. Di kawasan pergunungan, Anjana melahirkan Hanuman yang memiliki kuasa sangat luar biasa serta mampu terbang.

Sebaik dilahirkan, Hanuman terus melompat ke arah matahari dengan menyangka ia ialah buah mangga masak ranum. Indra, yang mempunyai kuasa kuat, menyaksikan telatah Hanuman dan memetir Hanuman sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri. Melihatkan keadaan anaknya, Vayu, ayah Hanuman dengan berang menarik udara dari bumi sehingga segala kehidupan di bumi mula sesak nafas dan tercekik. Ahirnya, Indra bersetuju menyedarkan Hanuman serta berkumpul dan memberikan Hanuman lebih banyak kuasa.


PERKEMBANGAN KISAH

Bermula dari sini, kisah ini mula berkembang luas ke seluruh negara Asian pada millenium lalu. Terdapat banyak watak Dewa dan Syaitan yang memiliki kuasa yang luar biasa dan licik. Dari segi plot, ia tidak banyak berbeza daripada kandungan asal era Hindu Ramayana. Kisah ini diubah suai untuk mengadaptasi hero dan suasana tempatan.

Plot ini masih mengekalkan jalan cerita utama dan dibahagikan kepada tiga bahagian. Permulaan kisah menceritakan asal usul watak utama, latar belakang keluarga dan lokasi diikuti dengan konflik atau pengembaraan dan perjalanan yang mencabar. Akhirnya, kesudahan yang menggembirakan dengan watak baik berjaya mengalahkan watak jahat.

PERMULAAN KISAH DALAM WAYANG KULIT

Adaptasi kisah Ramayana kepada penceritaan lisan telah dijadikan kisahnya tersendiri dalam wayang kulit. Bagi sesiapa yang tahu kisah asal Ramayana mungkin akan terkejut dengan perubahan yang dilakukan dalam versi wayang kulit.



Dalam kisah Maharaja Wana, fokus utama adalah entiti jahat dan asal usulnya. Maharaja Wana ialah pemerintah Negeri Sinar Runduk. Baginda meninggalkan kerajaan langit yang diperintah oleh Baginda setelah berjaya menipu dan memiliki Anjang Sita Dewi iaitu permaisuri Batara Baha di Negeri Sinar Baik. Mereka berdua turun ke bumi dan Maharaja Wana meneruskan perbuatan jahatnya.


Batara Baha pula tidak dapat dipujuk di atas kehilangan permaisurinya turut turun ke bumi untuk mencarinya. Baginda dilahirkan semula sebagai Seri Rama.

Seri Rama meminta pertolongan adik beliau, Laksamana dan Hanuman untuk merentasi rintangan dan cabaran untuk menewaskan Maharaja Wana. Dalam pertunjukan wayang kulit, Laksamana berjaya mencari jalan bagi Rama untuk membunuh kala jengking raksasa bagi memenangi Sita Dewi dalam satu pertandingan hebat yang diatur oleh ayah tiri Sita Dewi, Maharisi yang agung. Laksamana juga melindungi Rama dan Sita daripada masuk ke dalam perangkap yang sering diadakan oleh Maharaja Wana. Beliau juga membuat Lingkaran Laksamana bagi melindungi Sita Dewi apabila Kijang Emas yang diinginkan oleh Sita Dewi menarik perhatian Rama.

Malangnya. sekali lagi Sita Dewi ditipu oleh Maharaja Wana dan diculik.

DALAM PERTUNJUKAN MAK YUNG

Dalam kisah Raja Bongsu Sakti, kita dapat mengenalpasti Rama sebagai Raja Bongsu dan Sita sebagai Puteri Ucana. Kemunculan Amir Putih Raja Kera untuk membantu Sita apabila beliau diculik oleh Jin Selangkah Tunggal melengkapkan persamaan dengan plot asal. Bagaimanapun, persamaan itu berakhir di sini dan kisahnya mula berubah arah.

Mengikut peredaran zaman, berlaku evolusi dalam penceritaan ini. Contohnya, dalam persembahan tradisi drama tari Makyung, perjalanan cerita utama dikekalkan dan melalui banyak adaptasi.

WATAK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN DAN PENGAJARAN

Kejahatan Rawana. Kebaikan Sita. Kebaikan Rama. Kesetiaan Hanuman. Kepintaran Laksamana.

Menerusi penceritaan semula, legenda daripada kisah Ramayana, penonton baharu dari kawasan Nusantara rasa terhibur dan secara halus mengingatkan kita mengenai kekeliruan sifat tamak dan kejahatan. Ia umpama rancangan bersiri televisyen di zaman moden. Kisah epik seperti Maharaja Wana dan Hikayat Seri Rama atau Raja Bongsu Sakti terus menerus memberi pengajaran bagaimana kebaikan mengatasi kejahatan. Satu pengajaran yang terdapat dalam sajak epik.

Kisah-kisah lama seperti ini membantu kita mengenalpasti perjuangan dalam kehidupan seharian kita dan menggunakan kisah-kisah yang berinspirasikan kisah Ramayana untuk menunjukkan apakah yang baik dan perlakuan baik agar kita sebagai manusia boleh maju untuk menjadi sebuah masyarakat yang lebih baik.

Kemungkinan sebab utama perceritaan semula kisah-kisah ini menarik perhatian ramai penonton kerana plot cerita berkisar dalam kisah universal seperti kemanusiaan, cinta dan kebencian dikekalkan sama rata.

Ketika kita menonton pertunjukan wayang kulit sama ada yang diadakan oleh Pustaka, badan yang bertanggungjawab menyokong kesinambungan dan kebolehidupan seni pertunjukan tradisional dalam negara ini atau duduk di bawah naungan langit malam sambil menonton Ramayana Ballet di Prambaran, gaya penceritaan yang menakjubkan berjaya memukau kita. Ia adalah sesuatu yang harus disanjung sambil menikmati keseniannya. 

Sumber : New Sunday Times - Heritage Plush
Tarikh : 8hb November 2015
Ditulis oleh : ninotaziz
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Monday, 28 March 2016

KIT SIANG AND DR MAHATHIR

1.I was told that many UMNO members and grassroot UNMO leaders are unhappy about me being with Kit Siang to remove Dato Sri Najib.

2.   Yes, it's odd. We are enemies. But we are on same boat in removing Najib as Prime Minister.

3.   This removal exercise should be done by UMNO. In contest involving me and Tengku Razaleigh, UMNO members and leaders clearly supported Tengku Razaleigh. I didn't scare them, didn't remove them from position or party. Minister remained as minister so were division leaders and delegates.

4.   But, nowadays majority UMNO members and leaders has become mute, deaf and blind. They knew Najib's wrongdoings but still they support him.

5.   Maybe because of the gratitude given by Najib. Shahrir admitted he received 1 million while Ahmad Maslan received 2 million. Surely, others received as well.

6.   Because of greed and self interest, they didn't want to remove Najib. Because of self interest, they willing to sell their race, country and religion. Except a few of UMNO members, none of UMNO members are dare enough to remove Najib. It's impossible to depend on UMNO to remove Najib.

7.   It's no longer UMNO. Don't pretend to be an UMNO member who are can't see me with Kit Siang. You are the one who don't love UMNO, you are the one who are mute, you are the one who are deaf and blind because all these senses are closed because of the gratitude, etc.

8.   Don't question me. Ask yourself. Are you fighting for race, religion and country when you all protect Najib when he lost peoples money and now selling lands bought from Government with RM60/- per square feet and sold it to Tabung Haji with RM3,500 per square feet, implement G.S.T and abolish subsidy to repay 1MDB loan amounting to RM42 billion, owns RM2.6 billion in his personal bank account that were kept from Malaysians saying that more than 1 billion was spend for GE13 but paid back 2.03 billion to it's donor. Illogical that 2.6 minus 2.03, how much is the balance? Where did more 1 billion spent for election came from. This huge expenditure is legally wrong.

9.   Najib humiliated Malaysia by being 1 of 10 most corrupted countries in the world. Najib himself ridiculed by whole world. This kind of leaders all of you support and defense. This is betrayal to UMNO, to Malays, to country.

10.  Rakyat hates seeing UMNO members supporting Najib than UMNO members being in same stage with Kit Siang to remove Najib.

11.  We didn't take gratitude from anyone.

Source : Chedet blog
Written by : Tun Dr Mahathir Mohamad
Date written : 29th March 2016
Translated by : Teratai Melur
Email : terataigenius@gmail,com

Saturday, 19 March 2016

NAJIB AND DEMOCRACY

1.   When UMNO first started, UMNO leaders and its members was democratically selected based on country and party administration system.

2.   One of the reason it's done through democratic is because democracy makes leaders selection and replacement been easily done in party and country.

3.   Leaders can be removed or appointed through votes by its members.

4.   Dato Onn wish to use this system when he decided to open the party to all, UMNO rejected. Then, Dato Onn resigned and Tunku was chosen to took over. Dato Onn didn't attempt in his capacity as Yang Dipertua UMNO to force UMNO to retain him.

5.   Then, in 1965 when the election performance was not good, Tunku realized that he is no longer popular, passed the leadership to his deputy, Tun Razak even though Tunku worried about Tun's loyalty. Tunku resigned and UMNO leadership transition was done without any problem. 

6.   In 1987, Tengku Razaleigh and Musa Hitam challenged me as party President. Both of them used open campaign. No one was removed. Some ministers supported Team B. They were free to campaign in whole country. There were no order to stop Team B leaders meeting division, branch or UMNO members. There were no intimidation to be removed from party. No one was removed 
from party or questioned by police.

7.   Voting was done freely during party general meeting. All leaders and members voted in secret.

8.   The result is I won by 43 votes and Ghafar 41 votes even though 80% from divisions nominated both of us.

9.   Then, cabinet was reshuffled and a few ministers from Team B was accepted into cabinet.

10.  Tengku Razaleigh took the case to court and UMNO lost its authenticity and claimed as illegal.

11.  During reshuffling, UMNO members are free to rejoin UMNO or join Semangat 46.

12.  So is, when Tun Abdullah performance was not good, Najib managed to convince him to retire and give the President post to him. Transition took place without anyone is being dropped or resigned.

13.  All leadership transition UMNO happened with smooth and democratically. Najib, too, have to use the method and let members voice be heard, let them debate about his performance.

14.  But no

15.  Najib reacted harshly and used his power as party President and Prime Minister to stop anyone who tried to touch his position.

16.  Anyone who tried to rebuke is removed from UMNO. There are some being questioned by the police, detained, brought to court with unreasonable charge, that, they are 'terrorist'.

17.  In UMNO General Assembly on December 2015, number of observer is limited. Delegates are not allowed to talk about 1MDB and RM2.6 billion in Najib's personal account.

18.  Normally, Deputy President is the one who opens  for youth, wanita and puteri assembly. But, Deputy President, Muhyiddin is not allowed.

19.  Only Najib talked during the opening and closing. 

20. There aren't any serious debate during the assembly.

21.  With this kind of action, UMNO members and leaders have lost their right due to fear. Deputy President and one of vice president are stripped from position without going through removal process from party.

22.  Division leaders are ordered by Najib not discuss about 1MDB and RM2.6 billion in his personal account. They must accept his explaination that the money is a donation from an Arab.

23.  In Government level, power separation between legislation, administration and the judiciary is being set aside by Najib. All powers is being snatched by Najib. With this, all the administration including police, judicial institutions no longer free to perform their responsibilities. Najib controls their movement. They have to follow his instructions to reject any investigation about him.

24.  What is clear, Government and party machinery are no longer functioning. Rakyat and party members lost their right to get protection from party or Government, right to appoint or remove leader. Majority of party members are in fear or too comfortable with Najib's treatment.

25.  That's why action have to be outside the party.

26.  If many UMNO members dare to remove Najib with majority voice, co-operation with the opposition for Najib's removal and nothing else is unnecessary.

27.  The oppositions are also in favor in removing Najib, not because they agree with ex-leaders stand but because they realized the kind of damage is being done to country and administration machinery by Najib which effect them as well.

28.  Therefore, they, too, agree Najib must be remove. Their opinions are same as ex-UMNO leaders and majority rakyat.

29.  Due to UMNO's restriction to its members by Najib and they are unable to do anything, people's voice outside UMNO including the opposition's have to be combined in order to be strong and succeed in removing Najib.

30.  Najib will play the issue of Kit Siang and me to misguide UMNO members from the purpose of Citizen Declaration as the way he did of Bersih demonstration that was meant to remove him by saying that it an attempt by the Chinese to overthrow a Malay Government and the red shirt demonstrated to counter the Chinese.


Source : Chedet blog
Written by : Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Date written : 19th March 2016
Translated by : Teratai Melur
Email : terataigenius@gmail.com

Friday, 18 March 2016

LETTER TO UMNO BRANCH MEMBERS

Ladies and gentlemen

Assalamualaikum

Permit me explain a bit about my decision to leave UMNO. I stayed longer in UMNO compared to other 'UMNO' leaders now. Eventhough I was removed once and left twice, I  never join other party. I stayed loyal to UMNO. I love UMNO not because of its name is UMNO but because of its struggle for race, religion and country.

"UMNO' today no longer struggles for race, religion and country. Now, "UMNO' struggle is limited to maintain Dato' Sri Najib as Prime Minister. Never been a former Prime Minister use UMNO as a stronghold as defense, be it Dato Onn, be it Tunku Abdul Rahman, be it Tun Razak, be it Tun Hussein. I, too, didn't use UMNO as self defense. I, as Tunku willing to resign.

Since UMNO's struggle has changed, this organisation is no longer UMNO. It has become different organisation. Those leaders who are still in UMNO are because of self interest, scared of Najib, because of getting gratitude from Najib. They don't care about financial scandal implicating Najib, billions of money in Najib's private bank account. A Prime Minister of Malaysia shouldn't have that kind of money or received that much of money.

We must have a main target in a struggle. Our target is Najib because he spoilt our country image, making our country as one of most corrupted country.

We look at Middle East whose their main enemy is the Israelis but they concentrate more in their fighting. and the Israelis is clapping because the Muslims are doing their job. In Malaysia today, the opposition is not the enemy but Najib is because Najib spoilt the  party until almost lost is GE13. The opposition can't beat us but Najib can.

Najib has made UMNO as his own party. Unfortunately, Najib's leadeship weakens UMNO and will lose in GE14. Opposition existed since Independence but never manage to make people not supporting UMNO until Najib leads UMNO. His performance is worse than Abdullah.

The one who created problems and lameness in our country in Najib. Our national debt has increased more than 50 billion Ringgit because of 1MDB. Most of the this money is missing. To accommodate this missing money, Najib sold Government land that was bought at RM60/- per square feet to Tabung Haji at RM3500/-.
Suddenly, there is a report that Najib have RM2.6 billion in his private account in AmBank together with RM42 million from SRC. It's illogical to claim that the money is gift from the Arab. Malaysian Prime Minister shouldn't receive that much of money from anyone.

Najib's Government is cruel. Those who rebuke him is removed from party, sacked from position, arrested and brought to court. New laws are created to give power to Najib's Government to arrest anyone without trial.

Due to all these, I left party under Najib's leadership and as a citizen of this beloved nation. I'll accept peoples insistence to do something to bring back a fair government in this country.

I invite UMNO members who loves UMNO's original struggle to help me to save the party and this country. Set forth the motion of no confidence vote against Najib as party President and Prime Minister in UMNO branch meeting. Propose not to postpone the party election and needs be held this year.

We can't wait until GE14 because UMNO lead by Najib will surely lose. Once UMNO lose, it can't retain back.

Thank you.

Happy convene

Dr Mahathir bin Mohamad
18 March 2016


Source : Chedet blog
Written by : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Date written : 18th March 2016
Translated by : Teratai Melur
Email : terataigenius@gmail.com



Monday, 14 March 2016

PEMECATAN DAN POPULARITI

1.   Saya telah dipecat dari Petronas. Keputusan itu dibuat oleh Kabinet. Perkara ini menjadi sangat penting untuk Kerajaan.

2.   Sebenarnya, saya dah lama letak jawatan dari Petronas. Akan tetapi, Petronas enggan menerima peletakan jawatan saya atau menerima elaun yang saya kembalikan. Mereka bertegas dan memasukkan elaun bulanan saya ke dalam akaun. Saya meletak jawatan kerana saya tidak menjadi penasihat yang memberi nasihat dan dibayar dengan tidak melakukan kerja.

3.   Kini, penyokong Najib mahu saya dipecat dari Proton dan Perdana Leadership Foundation (PLF). Kedua-dua badan ini tidak dimiliki oleh Kerajaan. Akan tetapi, terdapat halangan kecil untuk Kerajaan mendakwa sesiapa di bawah undang-undang  melindungi keganasan. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku contohnya mengugut akan bankrapkan Proton atau mengganggu orang yang menubuhkan PLF supaya saya boleh dibuang. Perkara seumpama ini adalah demokratik.

4.   Kebebasan akhbar di Malaysia menyatakan Najib menjadi semakin kuat dan lebih ramai yang menyokongnya. Lihat sahaja gambar orang yang menyokongnya. Mereka memakai baju berwarna merah dan ada pemimpin UMNO menunjukkan pelekat dengan tulisan "Solidariti bersama Najib."

5.   Jelas sekali sokongan spontan mereka,   sungguh spontan sehingga mereka dengan serta-merta membawa bersama mereka baju berwarna merah dan mencetak kad dengan tulisan "Solidariti bersama Najib" tepat pada masa untuk bergambar.

6.   Najib benar-benar popular. Akan tetapi, mereka yang keras kepala tidak fikir demikian. Malah, demonstrasibaju merah yang dianjurkan oleh Jamal Yunos, diambil bahagian oleh orang Felda yang dibawa dengan bas dan diberi makan percuma untuk melawan demo Bersih yang menurut penyokong Najib dianjurkan oleh kaum Cina untuk mengguling Kerajaan Melayu, tidak dapat menyakinkan orang ramai mengenai kepopularan Najib.

7.   Apa yang dapat menyakinkan orang ramai ialah referendum atau undi di mana setiap pengundi dalam negara boleh menyatakan sokongan mereka kepada Najib. Mungkin dengan cara ini boleh tunjukkan kepada Dr Mahathir (saya) telah membuat kesalahan dengan mendedahkan skandal kewangannya.

8.   Hanya menjawab satu soalan. Tanda betul untuk Najib, tanda pangkah untuk Mahathir atau sebaliknya, bergantung siapakah yang anda sokong. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan mengundi.
9.   Referendum ini harus dijalankan oleh syarikat pendapat awam asing yang boleh dipercayai, diselia oleh wakil dua orang yang berkenaan.

10.  Saya berjanji jika Najib menang dalam referendum itu, saya akan berhenti meminta beliau meletak jawatan, saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenai 1MDB, 2.6 bilion Ringgit dan rumah-rumah agam di UK, di US dan di Hollywood atau mengenai filem berunsur lucah. Najib boleh menjadi PM Malaysia untuk selama-lamanya.

11.  Akan tetapi, jika saya mendapat lebih banyak undi, ini bermakna rakyat menerima apa yang saya utarakan mengenai salah laku kewangan oleh Najib adalah benar dan beliau harus meletak jawatan.

12.  Menerusi cara ini, kita dapat menyelesaikan persoalan mengenai kepopularan Najib dan apakah rakyat fikir mengenai skandal kewangannya.

13.  Pilihan lain adalah menunggu Akta Majlis Keselamatan Negara ditandatangani oleh Agong atau menunggu selama satu bulan jika baginda enggan menandatanganinya, bilakah Akta ini akan dikuatkuasa. Kemudian Najib boleh menangkap dan menahan tanpa bicara bekas PM yang menjengkelkan ini. Saya dapat menerima pesanan bahawa itu yang akan berlaku jika saya tidak berhenti. Saya tidak akan berhenti.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 14hb Mac 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

NAJIB DAN PENCAPAIANNYA

1.   Perdana Menteri tidak perlu mengikut polisi perdana menteri terdahulu. Mereka berhak membentuk polisi dan strategi mereka sendiri. Akan tetapi, rakyat mempunyai hak untuk menilai prestasi pemimpin. Hak rakyat termasuk meluluskan, mengkritik atau menolak hasil kerja PM dan juga termasuk menggulingkan PM baharu melalui mengikut undang-undang dan secara aman. Disebabkan PM dipilih tidak bermaksud tidak boleh diturunkan sebelum tempoh berakhir. Pemimpin yang dipilih pernah diturunkan atau ditamatkan perkhidmatan mereka atas pelbagai sebab berlaku di seluruh negara yang demokratik.

2.   Pengharapan tinggi diberikan oleh rakyat kepada Najib apabila beliau mengambil alih daripada Abdullah, juga PM dipilih oleh rakyat. Beliau meletak jawatan pada tahun 2009 dan Timbalan PM mengambil alih. Ini mengikut tradisi bukan disebabkan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan tertentu.

3.   Pengharapan rakyat bahawa Najib akan membetulkan beberapa salah laku polisi PM Abdullah hilang dengan cepat. Ini kerana beliau meneruskan polisi Abdullah yang menyebabkan kehilangan lima negeri dalam Pilihanraya  Umum Ke-12. Najib juga memperkenalkan polisi yang merendahkan kemerdekaan Malaysia dan menyumbang persepsi negatif pada negara.

4.   Antaranya seperti berikut :-

1)  Beliau meminta kebenaran PM Singapura untuk membina jambatan bagi menggantikan tambak di Malaysia. Kemudian, beliau sekali lagi meminta kebenaran  daripada PM Singapura apabila hendak memulakan keretapi laju. Kedua-dua permintaan beliau ditolak. Beliau seperti tidak mempunyai kuasa penuh mengenai pentdbiran negara sendiri.

2)  Beliau menggajikan penasihat dari negara Eropah untuk menasihati beliau mengenai polisi negara. Malaysia membayar sebanyak RM7 bilion. Para penasihat ini tidak memahami perwatakan pelbagai kaum dan sentiviti rakyat. Ini telah mengakibatkan perbalahan dan ketegangan kaum di Malaysia. Kaum cina yang pernah menyokong BN telah menolaknya pada tahun 2013.

3)  Beliau menggaji orang Eropah untuk bekerja di  dalam Jabatan PM. Pengaruh mereka terhadap beliau mendorong beliau menjadi tidak sensitif keadaan dalam negara.

4)  Beliau menubuhkan agensi di luar Kerajaan untuk menentukan hala tuju hal-hal berkaitan Kerajaan dan tidak mengambil kira peranan EPU dan ICU dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan Malaysia.

5)  Beliau membayar agensi dengan Pemandu menjadi agensi terbesar, gaji dan faedah yang sangat tinggi, tidak selari dengan skima gaji Kerajaan. Beliau tidak mengikut prosedur Kerajaan dan tidak mengambil kira pihak berkuasa yang berkaitan.

6)  Beliau menambah peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri dengan peruntukan yang amat tinggi. Terdapat terlalu banyak menteri dalam Pejabat Perdana Menteri. Saiz kabinet beliau terbesar dalam sejarah Malaysia.

7)  Beliau mewujudkan pekerjaan dengan gaji tinggi untuk mereka yang telah bersara daripada perkhidmatan agar mereka akan menyokongnya, tidak kira sahaja salah laku beliau

8)  Beliau menjalankan gaya hidup yang sangat mewah dan berbelanja melebihi kemampuan Perdana Menteri Malaysia untuk perkahwinan anak peempuannya.

9)  Beliau meletakkan Kementerian Kewangan di bawahnya bersama-sama dengan tugas beliau sebagai Perdana Menteri. Ini memberikan kuasa penuh terhadap kewangan Kerajaan. Ini membolehkan beliau meminjam daripada dana Kerajaan dan meletakkan harga rendah untuk tanah Kerjaan apabila dijual kepada 1MDB.

10) Beliau gagal mengambil alih pengurusan Terengganu Investment Agency lalu menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad, syarikat dengan modal 1 juta Ringgit daripada Kerajaan.

11) Beliau melantik dirinya sendiri sebagai penasihat syarikat tersebut. Maka, segala yang berlaku dengan kebenaran beliau.

12) Beliau meminjam 42 juta Ringgit dengan komisen dan kadar faedah tinggi untuk 1MDB, syarikat yang mempunyai modal 1 juta Ringgit tidak dapat berbuat demikian. Maka, pinjaman itu dijamin oleh Kerajaan.

13) Beliau kemudian membeli penjana loji kuasa dengan harga 12 bilion Ringgit. Ini melebihi harga pasaran. Beliau juga mengambil hutangnya sekali berjumlah 8 bilion Ringgit yang ditanggung oleh syarikat loji kuasa berkenaan. Kemudian, beliau menjualkannya kepada China dan mengalami kerugian.

14) 1MDB menubuhkan JV dengan sebuah syarikat Arab yang dinamakan Petro Saudi.

15) Syarikat ini dikatakan mempunyai dua konsesi minyak di Argentina dan di Turkmenistan. Sehingga kini, konsesi ini tidak diekploitasi. Malah, kewujudan konsesi ini diragui

16) 1MDB membayar lebih daripada ASD1 bilion untuk membeli saham dalam JV ini.

17) JV ini telah dibubarkan beberapa bulan kemudian.

18) Najib meminjamkan lagi ASD 1 bilion ditambah lagi ASD 0.8 bilion kepada rakan kongsi Saudi daripada mendapatkan kembali wang pelaburan.

19) Di manakah wang itu berada sekarang tidak diketahui kerana perjelasan yang diberikan tidak dibuktikan dengan dokumen yang kredible.

20) Sejumlah besar wang dilaburkan di Kepulauan Cayman.

21) Kemudian kita diberitahu wang itu telah dibawa pulang. Akan tetapi, sebahagian besar wang itu dimasukkan ke dalam bank di Singapura. Kemdian bank tersebut kata tiada wang dimasukkan ke dalam banknya. 1MDB kemudian mendakwa ia bukan wang tetapi dalam bentuk unit. Tidak diberikan bukti dan nilai unit dalam bentuk dokumen.

22) 1MDB tidak membawa balik wang ke Malaysia kerana Bank Negara akan menyoal punca wang itu. Ini satu pengakuan jelas bahawa ada yang tidak kena dengan wang itu.

23) Tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai ASD 681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di AmBank.

24) Pada mulanya beliau menafikannya kemudian beliau mengaku ia adalah hadiah kemudian ditukar ia adalah derma untuk memastikan beliau menang dalam pilihanraya kemudian ia adalah derma daripada orang Arab yang menghargai kesungguhan beliau menentang pengganas Muslim dan akhirnya ia adalah derma daripada mendiang raja Saudi. Punca wang tersebut belum dibuktikan.

25) Kini seorang menteri Saudi berkata tiada rekod pemberian hadiah dan mungkin ia adalah pelaburan Saudi. Jumlahnya tidak terlalu besar, kata beliau.

26) Tidak kira dari manakah beliau mendapat wang tersebut jumlahnya terlalu besar untuk diberikan sebagai derma. Tidak patut seorang Perdana Menteri menerima wang berjumlah besar terutama sekali dari negara luar. Sudah tentu, ia tidak patut dijadikan hadiah peribadi.

27) Wang dalam akaun sesiapa pun walaupun daripada untuk atau dipinjam atau hadiah mesti diisytiharkan kepada jabatan cukai pendapatan walaupun ia tidak tertakluk dalam cukai pendapatan. Nampaknya, Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak dapat mengesahkan daripada rekod rasmi bagaimanakah pengambilalihan atau kewujudan wang ini. Tiada rekod mengenai wang ini daripada Bank Negara untuk menentukan sama ada ia adalah wang pengubahan haram.

28) Kemudian wang itu dikatakan telah dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bank di Singapura.

29) Dan dikatakan Kerajaan Singapura telah membekukan akaun bank itu.

30) Di Malaysia, empat institusi Kerajaan dibentuk sebagai pasukan petugas untuk menyiasat wang tersebut.

31) Sebelum dapat menyediakan laporan Najib telah membubarkan pasukan petugas ini dengan memecat Peguam Negara, menanam rasa takut bahawa Gabenor Bank Negara akan ditahan. Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah pergi bercuti. Hanya pihak polis meneruskan penyiasatan tetapi senyap mengenai hasil kerja mengenai pasukan petugas ini. Polis adalah satu-satunya anggota dalam pasukan petugas yang tidak membuat laporan. Sepatutnya polis yang harus membuat laporan kepada P.N.

32) Bank Negara dan SPRM menyerahkan laporan secara berasingan mengenai wang yang terdapat dalam akaun Najib kepada P.N. baharu.

33) Kedua-dua laporan ditolak oleh P.N. baharu dengan dakwaan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan.

34) Kemudian P.N. mengisytiharkan bahawa baki wang (RM2.03 bilion) telah dipulangkan semula kepada Saudi. Bagaimanakah ini dilakukan sedangkan akuan bank telah dibekukan dan tidak dijelaskan.

35) Rakyat Malaysia berasa malu akan laporan oleh akhbar luar yang berpengaruh mengenai cara pengurusan 1MDB oleh Najib dan wang berjumlah besar dalam akaun peribadinya. Apabila ke luar negara, rakyat Malaysia yang biasa dipuji dengan kejayaan negara kita dimalukan apabila ditanya apakah sedang berlaku di negara anda?

36) Rakyat Malaysia merasa malu melihat Malaysia disenaraikan antara sepuluh negara paling banyak rasuah di dunia dan Najib dianggap Menteri Kewangan yang paling tidak cekap.

37) Walaupun Najib mengugut akan menyaman namun sehingga kini belaiu tidak berbuat demikian, malah, Wall Street Journal dan lain-lain surat khabar membuat pendedahan demi pendedahan yang tidak baik mengenainya dan mengenai kerugian 1MDB juga mengenai wang yang terdapat dalam akaun peribadinya. Jumlah yang dilaporkan adalah sebanyak RM4 bilion.

38) Surat khabar Malaysia tidak dibenarkan untuk melapor mengenai 1MDB kecuali melaporakan penjelasan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

39) Kesemua institusi milik Kerajaan yang sepatutnya melindungi kesejahteraan rakyat telah digunakan oleh Dato' Seri Najib supaya orang ramai takut akan institusi ini di mana rakyat sepatutnya berharap pada institusi ini untuk menjaga kebebasan dan kesejahteraan mereka.

40) Ini sebabnya rakyat Malaysia mahu beliau diturunkan.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 14hb Mac 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Wednesday, 9 March 2016

UMNO AND DAP

1.   Many UMNO members felt aggrieved and uncomfortable seeing Kit Siang and DAP sitting on the same stage with UMNO's new and old leaders.

2.   Why would UMNO members and its leaders willing to be with DAP and Kit Siang?

3.   Same questions were asked by DAP members and its leaders who hates and hostile especially to me as former UMNO leader since DAP was established.

4.   Many find it difficult to accept that figures from these two hostile parties attended and signed declaration rejecting Najib, not attending as member and leader of political party or motion but they attended as "citizen", as Malaysian citizen who are worried the effect of Najib's action as Prime Minister of Malaysia.

5.   To UMNO leaders, if UMNO stayed as before and all channels to stop wrong doings would remain open, solution would be available in the party. But Najib has closed all these channels. UMNO members right, UMNO General Meeting, UMNO Supreme Council are no longer functioning. All members and bodies in UMNO have been shut by Najib by all means through numerous Government institutions like police, Attorney General, Malaysian Anti Corruption Agency, PAC etc

6.   Najib's action of oppressing political parties and Malaysians regardless of race and party.

7.   In such situation, Malaysian became paralyzed victim and can no longer depend on their own party politic for protection and also not Government institutions that supposed to protect them.

8.   For Malaysians, only through Najib's dismissal can restore nation democracy. But people don't have any machinery to voice their opinion.

9.   Therefore, figures from various fields have to put aside their organizations and struggle for their voice to be heard. They have take action as "citizen" and not as political party or bodies.

10.  This awareness makes them to put aside their hostility for a while in order to save this beloved country. Thinking about own party means supporting and retaining Najib's regime.
11.  When democracy and freedom are returned then they can return to their disagreements.

12.  If we don't understand, look at muslims situation in Middle East. Their enemy is Israel who is supported by United States of America.

13.  Unfortunately, their only thinks about their disagreement, disagreement between Sunnis and Shi'ites, between Fatah and Hamas, between Iran and Arab until they forgotten their real enemy, that is, Israel and fought among themselves.

14.  Therefore, America and Jewish are clapping.

Source : Chedet blog
Written by : Tun Dr Mahathir Mohamad
Date written : 9th March 2015
Translated by : Teratai Melur
Email ; terataigenius@gmail.com 

Monday, 7 March 2016

RAHSIA KERAJAAN

1.   Peguam Negara mahu hukuman rotan dan penjara dijatuhkan kepada sesiapa yang membocorkan rahsia Kerajaan.

2.   Ini menunjukkan pemikiran primitif beliau dan tidak mengikut ciri keislaman. Al-Quran berkali-kali menegaskan kepentingan keadilan dalam menjatuhkan hukuman. Hukuman yang setimpal dengan jenayah. Tidak boleh melampau. Jika anda mengikut ajaran Al-Quran, pesalah harus diadili dengan adil walaupun pesalah itu musuh kita. 

3.   Akan tetapi, saya tidak akan komen mengenai pemikiran primitif beliau. Saya ingin menyoal, adakah Najib yang mempunyai 2.6 Bilion Ringgit dalam akaun peribadinya sedang melakukan tugasnya sebagai Perdana Menteri? Adakah terdapat dalam terma rujukan beliau yang membenarkan beliau menerima dana rahsia dan menyimpannya dalam akaun peribadinya. Tidak pernah Perdana Menteri Malaysia melakukan seperti ini.

4.   Terdapat prosedur dan peraturan dalam Kerajaan untuk menerima dan menguruskan dana. Najib tidak mengikut peraturan ini malah beliau mengaku wang adalah hadiah peribadi untuk beliau dan bukan untuk Kerajaan. Beliau tidak memaklumkan pihak berkuasa dalam Kerajaan mengenai wang ini. Ini dirahsiakan daripada Kerajaan. Berkemungkinan juga, beliau tidak membayar cukai untuk wang ini. Jelas sekali, memiliki dan menguruskan RM2.6 bilion ini bukan tugas beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

5.   Maka, wang ini bukan rahsia Kerajaan yang boleh diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Laporan daripada Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai salah laku Najib sebagai kakitangan Kerajaan. Salah laku seperti ini harus dilaporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sesuai boleh diambil mengikut undang-undang negara ini.

6.   Pihak polis dan pihak berkuasa lain harus bertindak dan menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat. Jika tidak, ini umpama kelalaian dalam menjalankan tugas. Menutup kes adalah jenayah.

7.   Peguam Negara mempunyai hak untuk menentukan sama ada sesebuah kes harus dibawa ke mahkamah atau tidak. Hak itu harus digunakan dengan penilaian seimbang dengan mengambil kira semua elemen dan kebimbangan orang ramai, juga mendengar daripada semua pihak dan ini hanya boleh dilakukan dalam mahkamah undang-undang. Penghakiman daripada Peguam Negara dengan hanya membaca adalah menafikan keadilan, bersikap remeh dan tidak adil terutama sekali apabila laporan itu dibuat oleh institusi yang kredible dan berpengaruh. Apa yang telah dilakukan oleh Peguam Negara telah merosakkan kredibiliti sebuah institusi tadbir urus dan sebahagian daripada sistem kehakiman negara ini.

8.   OSA bukan digunakan untuk merahsiakan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan Kerajaan. Perbuatan jenayah seumpama ini boleh dihukum mengikut undang-undang. Mereka harus disiasat oleh pihak berkuasa dan dibawa ke muka pengadilan.

9.   Sebaliknya, orang yang melaporkan salah laku oleh Najib telah ditangkap bersama-sama dengan peguamnya, ditahan dan didakwa di mahkamah.

10.  Apabila Peguam Negara menentukan tuduhan terhadap seseorang, undang-undang yang digunakan harus setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Jika tuduhan tidak setimpal dengan jenayah maka hakim boleh menolak kes itu dan Peguam Negara dan undang-undang negara kehilangan kredibilitinya.

11.  Kini, Peguam Negara ingin membuat rayuan terhadap keputusan hakim. Jika Peguam Negara menang, maka institusi akan kehilangan rasa hormat dan ditolak oleh orang ramai.

12.  Jika Peguam Negara ingin mengembalikan semula kredibilitinya, beliau harus menjelaskan mengenai jenayah dilakukan oleh pegawai Kerajaan akan dianggap sebagai rahsia Kerajaan, boleh disembunyi dan dilindungi dalam Akta Rahsia Rasmi atau tidak.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 7hb. Mac 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com