Sogo KL akan ditukar nama? Sogo KL, telah beroperasi di Malaysia lebih dari 20 tahun mungkin akan melalui penukaran jenama kerana pemilik Malaysia sedang melihat kemungkinan mengakhiri perjanjian franchise dengan Sogo Jepun yang membenarkan penggunaan nama Sogo. Sumber menyatakan bahawa pemilik pusat membeli -belah itu sedang mencari nama baharu yang dapat menjimatkan jutaan ringgit yang dibayar kepada pihak Jepun kerana menggunakan nama Sogo. Royalti tahunan atau pembayaran yuran sebanyak 3% adalah daripada keuntungan Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd yang berkemungkinan Sogo telah membayar sebanyak RM18.9 juta bagi tahun berakhir pada 31 Mac 2013 apabila pihak syarikat menyenaraikan hasil sebanyak RM631.6 juta bagi tahun 2013. Royalti atau pembayaran yuran kepada Sogo Jepun hampir sama dengan keuntungan bersih Sogo KL sebanyak RM20 juta pada tahun 2013. Sogo dimiliki penuh oleh Sogo Jepun sehingga kumpulan Jepun itu jatuh disebabkan oleh hutang yang menggunung tinggi. Pad...