PERSAINGAN BAIK 1. Persaingan baik, kata KPE Malaysian Automotive Institute (The Edge Malaysia, June 22, 2015) . Ia memberi kebaikan kepada pengguna dan menggalakkan pemain industri untuk menjelajah ke pasaran eksport. 2. Memang baik industri automotif Malaysia bersaing dengan kereta yang diimport dari Jepun, Korea, China dan Jerman. Secara kebetulan, negara-negara ini mengenakan syarat dan standard yang menghalang kereta Malaysia diimport ke negara mereka untuk bersaing. Jadi, pengguna di Jepun, Jerman, Korea dan China tidak dapat menikmati kebaikan persaingan seperti rakan sejawat mereka di Malaysia. 3. Kita dapat perhatikan dalam sukan, sebagai contoh, pertandingan diadakan di antara individu mengikut kategori umur atau dalam perlawanan bola sepak mengikut divisi. Dalam permainan golf, handikap diberikan bagi memastikan persaingan yang adil. 4. Dalam semua persaingan, keadaannya sama sahaja. Kita bandingkan buah epal dengan buah epal dan bu...