Friday, 26 August 2016

BAGAIMANA GULA MENJEJASKAN KESIHATAN GIGI

Gula merupakan salah satu daripada penyebab kerosakan gigi. Walaupun gula (sukrosa) adalah penyebab gigi rosak yang utama, tetapi ini tidak maksud ia merupakan satu-satunya punca. Semua gula boleh digunakan sebagai makanan bagi bakteria di dalam plak pada gigi. Bakteria tersebut mengeluarkan asid yang boleh merosakkan enamel gigi. Oleh itu semua jenis gula menjadi satu masalah di bawah keadaan yang sesuai, sama dengan makanan kanji. Kebiasaannya makanan manis atau makanan berkanji yang akan melekat pada gigi. Ini akan mudah mendatangkan kerosakan gigi.

OBESITI

Di Malaysia, terdapat enam juta orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes. Demikian menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kaji Selidik Pemakanan Orang Dewasa Malaysia 2003. Selain daripada lemak dan kolesterol, salah satu faktor utama yang menyebabkan obesiti ialah kalori, contohnya kalori daripada gula. Gula pasir itu menambah tenaga (kalori) tanpa menambah nutrien yang lain ke dalam diet anda. Jika anada makan lebih kalori daripada yang anda guna, lebihan itu akan disimpan sebaai lemak dan anda akan menjadi semakin gemuk. Gula berlebihan dalam badan akan ditukar kepada glikogen untuk kegunaan masa hadapan sebagai sumber tenaga, atau disimpan sebagai lemak.

KENCING MANIS

Walaupun tiada bukti yang boleh menunjukkan gula ada kaitan langsung dengan kencing manis, namun gula boleh membawa kepada obesiti, yang seterusnya boleh menggalakkan kencing manis. Pengambilan gula yang banyak akan meningkatkan risiko keobesan, dan seterusnya meninggikan risiko kencing manis.

BAGAIMANA UNTUK MENURUNKAN PARAS GULA DALAM BADAN?
  • Mengurangkan makanana atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Contohnya: minuman ringan, jus yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, kek, aiskrim dan gula-gula.
  • Sering mengambil makanan atau miniuma yang mempunyai kandungan gula yang rendah atau kurang manis.
  • Kurang makanan yang diproses. Kebanyakan makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Masak makanan sendiri. Anda sukar untuk mengetahui berapa gula yang dimakan jika makan di luar. Makan di rumah merupakan cara yang paling baik untuk mengawal pengambilan gula.
  • Kurangkan jumlah gula, susu pekat atau krimer yang ditambah ke dalam kopi.
  • Selalu minta untuk mengurangkan manis semasa makan atau minum di luar. Ini dapat membantu anda untuk mengurangkan pengambilan harian gula.
  • Baca jumlah kandungan gula pada label makanan. Dengan ini anda boleh mengira jumlah gula yang kita makan dalam hari tersebut.
  • Lakukan lebih banyak senaman. Ini dapat membakar gula (dalam kalori) di dalam badan anda.
  • Campurkan separuh air minuman ringan biasa dengan separuh air minuman ringan kurang manis. Lakukan ini selama dua minggu. Selepas itu cuba kurangkan lagi kepada rasa manisnya sehingga anda boleh menyesuaikan diri untuk rasa yang tidak manis.
  • Gantikan minuman manis seperti minuman tenaga dengan jus buah-buahan yang tidak mempunyai nsebarang gula tambahan.
  • Gantikan makanan dengan biskut, makanan ringan dengan buah-buahan yang segar.
  • Gantikan gula di dalam makanan dengan kemanisan buah-buahan atau madu
  • Kurangkan makanan manis dengan perlahan, contohnya, jika anda biasa mengambil dua biji gula-gula dalam sehari, cuba kurangkan kepada satu. Kemudian cuba kurangkan lagi kepada seminggu sekali.
Sumber : Buletin Pengguna
Tarikh : 28hb April 2015

HOW DOES SUGAR AFFECTS YOUR HEALTH TOOTH DECAY

Sugar is one of tooth decay causes. Even though sugar (sukrose) is the main tooth decay cause it doesn't mean is the main reason. All kind of sugar can be food supplement for bacteria in the plaque of tooth. The bacteria will release acid that can decay tooth enamel. Therefore, all kind of sugar is a problem in a suitable situation, for example, starchy foods. Normally, sweet and starchy foods will stuck on the tooth and makes it easier to cause tooth decay.

OBESITY

In Malaysia, six million adults are overweight and obese according to study conducted by Malaysia Health Ministry, Kaji Selidik Pemakanan Orang Dewasa Malaysia 2003. Apart from fat and cholesterol, another main factor causing obesity is calorie, for example, calorie from sugar. Coarse sugar increase energy (calorie) without increasing any other nutrient in your diet. If you consume more calorie than your body store, the excess will be kept as fat and you'll increasing your body weight. Excess sugar in the body will be converted to glycogen for future energy use or fat.

DIABETES

Although there isn't any proof linking sugar with diabetes but sugar will encourage obesity and diabetes. High sugar intake will increase risk of obesity which will increase diabetes risk.

HOW TO LOWER SUGAR LEVEL IN OUR BODY?

  • Reduce foods or drinks that have high level of sugar. For example: drinks, high level of juice, cake, ice-cream and sweets.
  • Increase the intake of foods or drinks that has low level of sugar content or less sweet.
  • Limit processed food intake. Most of processed foods have high sugar content.
  • Cook. It's hard to estimate how much sugar in your food when you eat out. Eating at home is the best way to control sugar intake.
  • Reduce sugar amount, condensed milk or creamer added into coffee
  • Always ask for low sugar when eating or drinking outside. This will help you to reduce daily sugar intake.
  • Read total amount of sugar on the label. This way you can count the amount of sugar on that day.
  • Exercise more. This can help burn sugar (in calorie) in your body
  • Mix half of your drink with half of less sugar drink. Repeat this process for two weeks. Then try to reduce more the sweet drink until you adjust yourself with less sugar taste.
  • Replace sweet drinks, such as, energy drink with fruit juices with no added sugar. 
  • Switch foods like biscuits, light foods with fresh fruits.
  • Replace sugar in the foods with fruits sweets or honey.
  • Slowly reduce sweet foods. For example, if you normally take two sweets in a day, try to reduce to a sweet a day. Then, try to reduce them to a sweet a week. 

Translated by : Teratai Melur
Email : terataigenius@gmail.com
**If you need translation service, kindly email via the email address above. Thank you.