Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017
Jangkitan 'MFD' amat ditakuti peneroka gua Rambli tahan sakit lapan jam lengkapkan ekspedisi singkap misteri Whiterock Dalam komuniti peneroka dan penyelidik gua antarabangsa, Gua Mulu tidak sekadar dikenali sebagai gua terbesar dan tercantik di dunia, malah turut digeruni berikutan wujudnya jangkitan 'Mulu Foot Diseases' (MFD). Bagi mana-mana individu yang terkena jangkitan itu, ia tidak berbahaya, namun cukup menyakitkan kerana boleh membuatkan kulit dan tapak kaki menjadi nipis, sebelum bertukar menjadi tompok kemerahan yang memedihkan. Malah, apabila terpijak sebarang objek keras, kesannya seolah-olah terkena renjatan elektrik, sekali gus membataskan pergerakan sehingga boleh menyebabkan misi penerokaan terpaksa ditangguh atau dibatalkan. Ia diakui penjelajah veteran, Rambli Ahmad,54, yang terpaksa menahan sakit lebih lapan jam selepas terkena jangkitan itu ketika menyertai ekspedisi Gua Whiterock di Taman Negara Mulu, sebelum ini. Malah