NASIHAT NAJIB "Perhimpunan jalanan bukan caranya. Jangan guna demonstrasi dan kempen tandatangan, desak PM". 1. Saya berterima kasih kepada PM diatas pelbagai mutiara kata yang diberikan kepada rakyat. 2. Betul, kita semua harus elak perhimpunan dan kempen tandatangan. 3. Jadi, apakah harus kita lakukan? Sudah tentu, kita laporkan kepada pihak polis. 4. Kemudian, pihak polis akan memanggil anda (dan peguam anda) untuk disoal siasat, menahan anda berdua dan mendakwa anda di bawah akta SOSMA ( Security Offences Special Measures Act) kerana keganasan. 5. Mengenai laporan polis yang dibuat oleh anda, PN akan menolaknya kerana beliau bertindak bukan sahaja sebagai pendakwa malah sebagai hakim juga. Beliau boleh mendakwa anda di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan rahsia. Anda akan didapati bersalah dan jika mengikut cara beliau, anda akan dijatuhkan hukuman seumur hidup. 6. Seingat saya Akta Rahsia Rasmi digunakan ...