Skip to main content

Posts

Showing posts from November 7, 2015
SENI KAHERAH YANG KIAN PUPUS Pembuat khemah Kaherah sedang manghadapi kepupusan warisan yang berusia 400 tahun. Lihat kembali Kamu telah melihat hasil kerja yang cantik Lihatlah, bukti di hadapan kamu Di Mesir, seni yang terhebat dari segala seni Kisah ini akan mengambil Masa yang sangat panjang untuk diterangkan Puisi daripada hamparan dinding khayamiya bertarikh 1899 Pada musim panas tahun 2012, Dr Sam Bowker dari Universiti Charles Sturt di Australia sedang menyediakan nota kesenian Eropah yang mengisahkan mengenai pelukis yang bernama Henri Matisse untuk para pelajarnya apabila beliau menemui lukisan milik pelukis tersebut yang bertajuk Interior With Egyptian Curtain (1948) . Sebuah lukisan yang dilukis oleh Henri Matisse dan pensyarah dari Down Under merupakan dua dunia yang sangat berbeza dengan dunia pembuatan khemah Mesir. Bagaimanapun, latar belakang lukisan tersebut dengan jelas memasukkan corak khayamiya dan ini berdasarkan kepada tekstil yang di...