Skip to main content

Posts

Showing posts from November 2, 2015
SABOTAJ 1.   Saya keliru dengan kenyataan Peguam Negara bahawa Dato Seri Khairuddin dan Matthias Chang didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan sistem kewangan negara. 2.   Saya merasakan bahawa laporan yang dibuat oleh mereka kepada berkuasa di UK, di Switzerland, di Hong Kong, di mana berlakunya transaksi berkenaan merupakan asas tuduhan sabotaj ini yang jika didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun. 3.   Tetapi, surat khabar luar negara telah lama menerbitkan tipu helah mengenai pelaburan oleh 1MDB, lama sebelum Khairuddin membuat laporan. Laporan-laporan ini bukanlah laporan biasa tetapi penerangan teliti mengenai apa dan siapa yang terlibat. Mereka melaporkan apa yang diketahui seluruh dunia. 4.   Kenapakah laporan-laporan surat khabar ini tidak ditangkis oleh 1MDB atau Kementerian Kewangan sedangkan mereka telah mewujudkan bayangan mengenai penyalahgunaan kewangan dan sistem perbankan Malaysia boleh menyebabkan kehilangan kepercayaa