Skip to main content

Posts

Showing posts from December 24, 2014
RUSIA 1.   Saya sering menonton berita Al-Jazeera 2.   Laporan berita pada hari itu adalah mengenai Presiden Putin sedang berucap di Parlimen Rusia. 3.   Dalam ucapan beliau, beliau berkata Amerika dan Barat sedang cuba menghapuskan Rusia seperti mana yang pernah dilakukan terhadap Yugoslavia. Beliau memberi amaran kepada rakyat Rusia supaya bersiap siaga. 4.   Pembaca berita wanita kemudian muncul di kaca tv untuk bertanya soalan kepada seorang penganalisis berita Rusia. Dia bertanya kepada penganalisis berita itu kenapakah Putin memberi ancaman kepada Barat. 5.   Penganalisis berita itu berkata Putin tidak memberi ancaman malah beliau hanya memberi reaksi balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Obama bahawa Rusia adalah ancaman kepada dunia, ancaman kedua selepas Ebola. 6.  Pembaca berita tersebut mengulangi soalannya "tetapi kenapakah Rusia memberi ancaman kepada dunia?" 7.   Nampakaya pembaca berita tersebu...