Skip to main content
Beliau yang mengambil tanggungjawab

   Jarang sekali dilihat seorang pemimpin Malaysia - dalam politik atau dunia korporat - mengambil tanggungjawab apabila suatu kejadian tidak diingini berlaku. Apabila seseorang pemimpin mengambil tanggungjawab, ia menimbulkan keharuan. Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menerima pujian kerana meletak jawatan selepas kemalangan di tapak kerja yang meragut nyawa tiga orang pekerja Bangladesh. Ada juga berpendapat peletakan jawatan bersifat pentingkan diri sendiri. The Heat merungkai isu ini.

   Rakyat Malaysia tidak biasa dengan pemimpin meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab di atas kegagalan, maka apabila Ketua Pegawai Eksekutif MRT Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berbuat demikian, ia mengundang perdebatan.

   Kebiasaannya, apabila ekonomi atau demokrasi sesebuah negara telah matang, menjadi kebudayaan pemimpin negara dan korporat mengambil tanggungjawab apabila kejadian buruk berlaku atau pelan perniagaan yang tidak efektif memufliskan sesebuah syarikat.

   Contohnya, di Jepun, Perdana Menteri ketika itu, Naoto Kan meletak jawatan selepas bencana nuklear Fukushima pada tahun 2011. Juga, Perdana Menteri Korea Selatan, Chong- won meletak jawatan akibat sebuah feri karam yang mengorbankan lebih 300 orang, kebanyakannya kanak-kanak pada bulan April tahun ini.

   Pemimpin-pemimpin ini mengambil tanggungjawab ke atas kejadian yang berlaku dalam tanggungjawab mereka - kejadian yang boleh ditangani atau kesan daripada kejadian itu diurus dengan lebih baik.

   Azhar mendahului trend ini apabila beliau meletak jawatan Selesa lalu di atas kemalangan di tapak kerja projek MRT di Kota Damansara yang mengorbankan tiga orang pekerja Bangladesh.

   Tindakan beliau menerima pujian dari orang ramai walaupun kejadian ini bukan kejadian pertama berlaku di tapak kerja MRT. Pada 24 Jun sebuah papak logam (metal slab) jatuh di atas sebuah kereta yang sedang lalu di tapak pembinaan Pusat Bandar Damansara. Pemandu kereta tersebut mengalami cedera ringan.

   Dua hari kemudian, sebuah rasuk keluli (steel beam) dari kren jatuh ke atas sebuah kereta berhampiran tapak kerja di Jalan Lapangan Subang. Dua orang yang berada dalam kereta tersebut mengalami cedera ringan.

   Dalam kejadian terbaharu, yang berlaku pada 18 Ogos, satu konkrit rentang (concrete span) seberat 650 tan jatuh ke atas tiga orang pekerja yang menyebabkan mereka terbunuh.

Keselamatan diutamakan


   Azhar mengaku berlaku beberapa kejadian yang telah berlaku menimbulkan kecurigaan mengenai keselamatan berkata : "Saya telah melakukan sebaik mungkin tetapi tenyata saya telah gagal dan akan menyerahkan tugas saya."

   "Saya diberitahu beberapa ciri-ciri keselamatan tidak diikuti oleh subkontraktor dan jika itu yang berlaku, saya akan pastikan MRT Corp tidak akan berurusan lagi dengan mereka," beliau dilaporkan sebagai berkata.

   Bagi mereka yang mengenali beliau mengaku tindakan beliau meletak jawatan adalah ciri perwatakan beliau.

   Bekas rakan sekerja beliau sewaktu beliau memegang jawatan Pengarah Urusan di Sime Darby Plantation berkata Azhar merupakan orang tidak akan berkompromi jika ciri-ciri keselamatan diabaikan. "Beliau adalah seorang yang teliti dalam semua hal terutama sekali isu keselamatan. Beliau sentiasa bertanya isu keselamatan walaupun perkara kecil seperti pemakaian anak baju (vest) keselamatan. Jika kejadian tidak diingini berlaku di ladang, beliau mahukan respon dengan segera," menurut bekas rakan sekerja beliau yang ingin namanya dirahsiakan.

   Menurut sumber itu lagi, beliau adalah seorang yang berintegrasi dan tidak akan membenarkan sebarang perkara kecil melepasinya.

   Mungkin peletakan jawatannya adalah untuk menghadapi rasa hatinya kerana telah membenarkan sesuatu melepasinya tanpa disedari. "Beliau sudah tentu akan meletak jawatan tetapi saya harap beliau akan mempertimbangkan semula keputusannya. Hanya ada segelintir pemimpin yang berkaliber seperti beliau," kata sumber tersebut.

Berbeza reaksi


  Akan tetapi, reaksi berbeza diterima mengenai peletakan jawatan beliau. Satu pihak bersetuju ia adalah perkara yang tepat kerana ini menunjukkan kematangan dan rasa ketanggungjawaban .

   Ramai pengguna sosial media Twitter memuji beliau dengan seorang pengguna bernama"WH" menyatakan ini adalah kali pertama untuk mana-mana pemimpin di Malaysia berbuat demikian.

   Seorang lagi pengguna @DrAswmiAriffin, berkata Azhar adalah seorang yang berprinsip sementara ramai pengguna menyeru agar pemimpin lain mengikut jejak langkah beliau.

   Terdapat juga yang berpendapat sebaliknya dengan menyatakan beliau tidak patut meletak jawatan. Ada yang meminta agar beliau mengambil tanggungjawab dan memperbetulkannya. Ada pula yang menyatakan bahawa walaupun beliau meletak jawatan, beliau masih mempunyai kerja di tempat lain dan tidak akan menjejaskan kewangan beliau.

   Ada pula bertanya rasional di sebalik peletakan jawatan beliau seperti pengguna Alip@alipreeves bertanya:"Apa rasional CEO MRT  Corp Datuk Azhar ni letak jawatan? Kemalangan boleh berlaku di mana-mana terutamanya di tapak pembinaan.

   Ada yang menyatakan beliau melarikan diri daripada tanggungjawab beliau. Pengguna bernama @tyrazailan466 berkata: Kenapa dato Azhar ni nak resign plak. Ke nak lari drpd tanggungjawab?.

Isu utama


   Sama ada Azhar mempunyai kerja lain (beliau adalah pemegang saham dan pengasas Chelsea Capital Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan yang memfokuskan minyak kelapa sawit, hartanah dan industri makanan) bukan menjadi isu di sini.

   Tindakan beliau mengambil tanggungjawab di atas kematian tiga orang pekerja, memulakan satu tanda aras baharu untuk ketanggungjawaban, satu konsep yang disokong kerajaan untuk sekian lama yang selama ini tidak diendahkan.

   Apabila bekas pembantu politik Teoh Beng Hock dan pegawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamad mati di dalam premis pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tiada seorang pegawai atasan tampil mengambil tanggungjawab. Kematian Ahmad Sarbani disifatkan sebagai peristiwa buruk dan kematian Teoh pula sebagai membunuh diri, fakta menyatakan kedua-dua mereka sepatutnya berada di bawah pengawasan pegawai SPRM.

   Kematian banduan dalam tahanan polis telah mencapai kadar ratusan orang tetapi tidak ada seorang Ketua Polis Negara meletak jawatan untuk isu ini.

   Satu-satunya menteri yang meletak jawatan secara sukarela adalah bekas Presiden MCA selaku Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Soi Lek, tetapi itu melibatkan kes video beliau.

Langkah yang betul


   Tidak ada arah lain untuk melihat perkara ini, Azhar patut dipuji kerana menjadi teladan dan mengambil tanggungjawab. Ini telah meletakkan piawai baharu untuk ketanggungjawaban.

   Kita semua telah biasa dengan projek gagal atau terbengkalai dan jutaan wang pembayar cukai dibazirkan. Akan tetapi, tidak ada seorang pun tampil untuk mengambil tanggungjawab. Pada masa sama, media dipersalahkan kerana mensensasikan isu ini dan penafian sekeras-kerasnya dibuat.

   Tahun lalu, seorang menteri "meletak jawatan" di atas skandal yang melibatkan keluarga beliau. Akan tetapi, ini tidak dapat diambil kira kerana beliau hanya meletak jawatan sebagai senator. Lagipun, penggal beliau sebagai menteri telah pun berakhir.

   Kita sering dengar perbadanan berkaitan kerajaan (government link bodies) mengalami kerugian berbillion ringgit tetapi eselon atasan ini masih menerima gaji yang lumayan. Tiada sepatah perkataan pun dikeluarkan mengenai peletakan jawatan atau mengambil tanggungjawab.

   Apabila bencana berlaku dan mereka ini dibiarkan terkial-kial, tiada seorang pun bangun dan berkata "kejadian ini berlaku dalam tanggungjawab saya, saya akan meletak jawatan kerana saya telah gagal dalam tugas saya."

   Sesiapa yang menggantikan Azhar mempunyai tanggungjawab besar. Bagi pemimpin-pemimpin lain, mereka harus mengambil Azhar sebagai contoh kerana Azhar telah menunjukkan maksud sebenar ketanggungjawaban.


Sumber : The Heat
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is