HANG TUAH : BELIAU DAN MITOSNYA
Pada masa dahulu, beliau pernah menjadi hero yang dihormati tetapi kini legasi Hang Tuah dicemari dengan kontroversi.
Apa pendapat anda mengenai Hang Tuah? Adakah beliau wujud?
Terdapat pelbagai tekaan dan analisis, dakwaan dan anggapan mengenai kewujudan hero legenda, Hang Tuah. Di kaca tv, Facebook dan di tepi-tepi jalan raya di Melaka, ramai bertanyakan soalan ini.
Lebih penting lagi, apa kaitannya Hang Tuah dengan kita hari ini? Pernah suatu ketika, dalam fikiran kita Hang Tuah adalah hero yang terhebat di seluruh dunia, lebih penting bagi kita semua adalah beliau merupakan hero rakyat Malaysia. Akan tetapi, tanpa disedari, beliau telah dipadamkan daripada fikiran kita. Ditambah pula, beliau pernah terbabit dalam kancah kontroversi. Setiap aspek dalam kehidupan beliau daripada kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Sultan kepada keturunan beliau menjadi perdebatan. Malah, lebih menyedihkan, ia dipersendakan. Tidak dapat dijelaskan fenomena ini apabila kebanyakan msayarakat menghormati legenda dan hero mereka, ramai rakyat Malaysia memutuskan untuk tidak mempedulikan legenda masing-masing. Kebenaran ini terbukti dengan persoalan kewujudan Hang Tuah.
Terdapat pelbagai tahap kewujudan
Hang Tuah telah berada dalam minda manusia berkurun lamanya. Kehadiran beliau tidak dapat disangkal. Beliau hadir dalam fikiran kita. Dalam deria kebanggaan kita. Dalam diri kita. Maka, apabila kita mendengar ada orang berkata,"Hang Tuah bukan orang Melayu" atau "Hang Tuah tidak pernah wujud", kita dapat merasakan kehilangan yang mendalam. Sayugia, untuk menutup kehilangan ini, ada pihak menafikan kenyataan di atas.
Ini mendorong banyak pihak menyokong serta tanpa usul periksa, tanpa berfikir lebih mendalam, terus mengaku dengan berkata, "Ya! Saya tidak percaya kepada legenda dan cerita tradisi rakyat. Benar, Hang Tuah tidak pernah wujud. Ini benar-benar satu tragedi. Kenapa? Dalam penafian kita mengenai hal ini, kita telah kehilangan nilai sebenar dan kesempatan untuk belajar daripada Hang Tuah - seorang legenda atau hero, serta melalui sejarah yang membentuk kepentingan yang signifikant untuk negara kita.
Terdapat dua sumber utama yang mengutarakan eksploitasi dan kejayaan Hang Tuah. Maklumat dari sumber ini tidak lengkap tetapi ianya sangat penting. Salah satu sumber tersebut adalah Sejarah Melayu (ditulis sekitar tahun 1500 ke 1611) dan satu lagi adalah Hikayat Hang Tuah (ditulis sekitar tahun 1712-1758). Kedua-dua buku ini amat terkenal, diakui oleh Unesco dalam Registrar of Memories of the World.
SEJARAH MELAYU
Dalam Sejarah Melayu, Hang Tuah merupakan salah satu tokoh yang diutarakan. Beliau adalah subjek yang penting kepada Sultan tetapi beliau bukan fokus utama dalam Sejarah Melayu. Ini kerana, Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin adalah Book of Kings. Tujuan buku ini ditulis adalah untuk merekod kebangkitan dan kejatuhan Kesultanan Melayu. Ia ditulis dengan tujuan untuk merekod walaupun dalam gaya memperhebatkan para raja. Hanya tokoh penting yang terlibat dalam membentuk sejarah - sama ada baik atau jahat - berhak disebut dalam Sejarah Melayu seperti Demang Lebar Daun, Tun Perak, Tun Pepatih Putih dan sudah tentu, Hang Tuah.
Pertama sekali, persoalan mengenai gaya penulisan dan tujuan Sejarah Melayu ditulis. Sejarah Melayu ditulis untuk merekod kejadian penting. Naratif dalam Sejarah Melayu ini adalah himpunan kejadian yang hampir tepat. Maka, Hang Tuah tidak mendapat perhatian khusus apabila dibandingkan dengan watak-watak lain dalam Sejarah Melayu. Watak-watak setia dan tidak setia turut disebut. Ada watak yang mendapat hadiah atau dalam kes tertentu dihukum, dibunuh dan seluruh keluarga dibunuh untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain. Ini mencadangkan walaupun Sejarah Melayu tidak mencatatkan tarikh kejadian, ia adalah rekod sejarah seperti yang sering ditegaskan. Tiada kesinambungan antara bab memberikan kepentingan melapor walaupun dalam bentuk naratif. Hang Tuah hanyalah sebahagian daripada rekod sejarah tersebut.
HIKAYAT HANG TUAH
Ini berbeza dengan perihal Hikayat Hang Tuah (HHT). Epik ini ditulis dengan gaya sebuah Hikayat, di mana hasil penulisannya dikhususkan dengan gaya klasik yang penuh kesusasteraan yang menakjubkan. Ditambah pula, dengan fakta dan rekaan, ia menyambung kepada nilai kredibiliti dan estetika kepada buku tersebut. Ini mempunyai persamaan dengan genre fiksyen sejarah hari ini. Kassim Ahmad menulis pada tahun 1962: "Apakah pandangan kita terhadap Hikayat Hang Tuah hari ini?.... Ia sebuah karya sastera Melayu lama, sebuah karya yang asli.... kita tidak dapat menyangkal bahawa dalam Hikayat Hang Tuah, adakalanya perasaan kemanusiaan dan semangat kepahlawanan yang dilahirkan dan dilukiskan di dalamnya menimbulkan perasaan kagum, ghairah dan hormat di dalam sanubari kita...... sifat-sifat ini yang membenarkan Hikayat Hang Tuah digelar sebuah klasik."
Dalam HHT, cerita klasik ini bermula dengan permulaan romantik kerajaan Melayu di Bukit Seguntang. Ia menceritakan secara mendalam zaman kanak-kanak Hang Tuah dan pendidikan awal yang memfokuskan kebolehan beliau bertutur dalam 12 jenis bahasa, permulaan beliau dengan sikap rendah diri dan pengembaraan beliau dengan empat orang sahabat iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Akhirnya, keberanian Hang Tuah mendapat perhatian Bendahara - kemudian mendapat perhatian Sultan. Tujuan utama Hikayat Hang Tuah adalah untuk mewujudkan seorang lelaki Melayu yang hebat atau hero. Kita akan kaji hal ini kemudian. Apa yang perlu diperhatikan adalah kejadian yang menyumbang kepada kejayaan kejadian lain yang berlaku dalam Sejarah Melayu ditujukan kepada Hang Tuah. Contohnya, kejayaan penculikan Tun Teja ditujukan kepada Hang Nadim, kejayaan memikat Puteri Gunung Ledang ditujukan kepada Tun Mamat dalam Sejarah Melayu. Kisah-kisah ini diceritakan semula sebagai kehandalan Hang Tuah dalam HHT.
Pertempuran di antara Hang Tuah dengan Hang Kasturi dalam Sejarah Melayu asli dikembangkan sebagai sebuah epik pertempuran di antara Hang Tuah yang setia dengan Hang Jebat yang mempersoalkan perkara yang betul dalam lebih 8,000 patah perkataan. Persoalan mengenai penerimaan semua perkara oleh Hang Tuah meliputi Daulat dengan hak Hang Jebat untuk mempersoalkannya.
Bahagian kedua dalam Hikayat Hang Tuah menggambarkan Hang Tuah sebagai seorang negarawan yang berusia, seorang cendiakawan yang diplomasi dan seorang pengembara. Beliau lebih mengembara ke negara Turki, India dan China dan secara meluas dalam negara. Akhir sekali, hari-hari yang mencabar dengan serangan pihak Portugis dan kedatangan pihak Belanda diterangkan dalam epik ini.
KURUN KE-18
Terdapat keperluan untuk meneliti minda orang Melayu dan pihak istana pada kurun ke-18 untuk memahami pendapat ini. Tanah Melayu terbabit dengan perebutan kuasa di antara Portugis dan Belanda dengan Sultan Melayu berusaha menuntut kembali tanah mereka. Maka, seorang hero Melayu diperlukan - tetapi hero yang bagaimana diperlukan? Atau mungkin - raja-raja Melayu mencari hero yang memiliki kedua-dua ciri ini? Ini jelas menunjukkan Hikayat Hang Tuah ditulis berdasarkan rekod terdahulu maka terdapat keperluan pada kurun ke-18 untuk mewujudkan seorang hero. Berdasarkan keperluan ini, maka Hikayat Hang Tuah digubah semula.
BELIAU SEMEMANGNYA WUJUD
Bagaimanapun, terdapat bukti jelas yang mencadangkan kewujudan Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah adalah benar. Ini berdasarkan Hang Tuah yang sebenar serta kejadian-kejadian yang diceritakan dalam Sejarah Melayu yang dipercayai benar-benar berlaku turut menyumbang kepada pendapat ini.
Sering kali, terdapat juga pihak yang ingin memadamkan nama Hang Tuah. Dalam Sejarah Melayu, semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur terdapat Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Khelembak, Hang Ali dan Hang Iskandar bersama-sama dengan Hang Tuah. Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud pula, terdapat Hang Isa Pintas, Hang Hassan Cengang, Hang Usuh dan Hang Nadim yang terkenal. Terdapat kenyataan yang menjadi titk perbalahan dalam bahasa Melayu bahawa nama-nama yang tidak diturunkan mengikut keturunan. Maka, ini menyangkal fakta bahawa Hang Tuah adalah anak Hang Mahmud. Kenyataan ini tidak benar.
Nama-nama seperti Nik, Megat, Wan dan Tun, Teuku, Tengku dan Raden adalah nama-nama keluarga yang diturunkan dari generasi ke generasi. Ini bersamaan dengan orang Melayu di kawasan lain seperti di Champa, nama-nama mereka didahului dengan nama Po. Jika kita kaji dengan lebih mendalam nama Mon iaitu orang Melayu Indonesia di Selatan Thailand dan boleh menemui banyak lagi contoh,
Penulisan rencana ini berharap dapat menggalakkan pemikiran rasional dan analisis mengenai Hang Tuah. Sekali lagi apabila ditanya mengenai kewujudan Laksamana Hang Tuah, penulis ini dengan cepat menyatakan bahawa Hang Tuah adalah seorang yang hebat. Dua orang ikon hebat iaitu Kassim Ahmad yang terkenal merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan semula Hikayat Hang Tuah kepada pembaca moden dan Prof. Dr. Sulastin Sutrisno dari Indonesia yang menulis Hikayat Hang Tuah - Analisis struktur dan fungsi mengutarakan bahawa Hang Tuah adalah ikon lelaki Melayu di dunia.
Dalam dunia korporat mega yang sanggup menghabiskan jutaan ringgit untuk mencipta, mempromosi dan menjenama ikon selebriti mereka, kita harus berbangga dengan hero kita yang bersejarah serta unggul dengan nilai-nilai tinggi dan bijaksana.
Hang Tuah digambarkan sebagai seorang cendiakawan yang berpendidikan, diplomat, pahlawan yang berada di peringkat tertinggi, berprinsip dan memiliki perwatakan yang diperlukan mengikut peredaran masa. Maka, Hang Tuah adalah contoh sempurna lelaki universal bagi semua rakyat Malaysia yang bercita-cita ingin menjadi seperti beliau.
Sumber : New Straits Times
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
,
Dear Teratai Melur
ReplyDeleteWould appreciate it if you can list ninotaziz as the original writer of this article. Thank you!