Skip to main content
SPRM : TIADA PEMBERI, TIADA PENERIMA

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa sektor swasta agar proaktif dalam menangani rasuah dengan tidak menawarkan rasuah.

"Jika tidak ada pemberi, maka tidak ada penerima. Dengan ini, pesanan saya kepada mereka yang berada di sektor swasta adalah berhenti memberi rasuah walaupun sektor awam meminta daripada sektor swasta, jangan beri, kata Pengarah SPRM Bahagian Forensik, Datuk IG Chandran di sesi kedua 2014 CPA Kongress dalam 'Driving a Competitive Future'.

"Pihak syarikat harus bersedia untuk kehilangan beberapa kontrak, jika mereka mendapati terdapat elemen rasuah. Akhirnya, prinsip beretika akan berjaya," katanya.

Panel ini dikendalikan oleh penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group Ho Kay Tat. Dua lagi panel adalah pengarah utama kumpulan AMMB Holdings Bhd Ashok Ramamurthy dan Ketua Displin Pemasaran Monash University Malaysia Associate Professor Brian Low.

Chandran mengakui ketiadaan garis panduan untuk menangani rasuah dalam Keperluan Penyenaraian Dalam Bursa Malaysia (Bursa Malaysia's Listing Requirement).

"Terdapat satu bahagian dalam pengurusan korporat (di dalam Keperluan Penyenaraian) tetapi ia tidak menyentuh mengenai rasuah," katanaya.

Bab 15 dalam Keperluan Penyenaraian Bursa menggariskan cara pengurusan korporat menyentuh perilaku lembaga pengarah, juru audit, pendedahan dan audit dalaman.

Chandran menegaskan kekurangan pendedahan mengenai polisi anti memberi rasuah dan anti menerima rasuah serta langkah-langkah untuk menanganinya dalam laporan tahunan kebanyakan syarikat yang disenaraikan di bursa saham.

Beliau berkata, syarikat-syarikat multinasional harus mengambil polisi tidak memberi hadiah untuk menangani amalan memberi rasuah sambil memberi contoh Petroliam Nasional Bhd (Petronas). "Petronas telah memperkenalkan polisi tidak memberi hadiah di pejabatnya...... tahun ini menyaksikan tiada hadiah dihantar dan diterima."

Chandran juga mengecam sikap beberapa syarikat menutup kes rasuah yang berlaku dalam syarikat mereka demi untuk menjaga imej mereka.

Banyak hal berkait rapat dengan kepimpinan syarikat (dalam menguruskan amalan anti rasuah). Kebanyakan syarikat menyekat maklumat mengenai kes rasuah kerana mereka tidak mahu mencemari imej mereka," beliau berkata sambil menambah terdapat pihak bank dan peguam membantu pihak syarikat mempermudahkan amalan rasuah ini.

"Mereka inilah mengokestra dan mereka dokumen yang memudahkan pengaliran wang," beliau menambah.

Sehingga hari ini, SPRM telah menerima 12,000 hingga 14,000 aduan dengan 1,000 aduan dilabelkan sebagai "penyiasatan yang boleh diteruskan" bermaksud kes-kes mempunyai bukti kukuh dan boleh dipercayai.

Ashok berkata beliau optimistik mengenai perkembangan sektor perbankan  negara, cabaran dalam mengekalkan bakat, latihan dan pelaburan dalam teknologi.

"Strategi sekarang adalah mengekalkan bakat yang terbaik dalam industri terutama sekali bakat keusahawanan yang boleh memacu bank ke tahap yang lebih tinggi. Pekerja adalah aset syarikat yang terbaik," kata Ashok.

Beliau juga menegaskan kepentingan pelaburan dalam teknologi terbaharu kerana pelanggan sekarang membuat pelbagai saluran transaksi.

Sementara itu, Ho berkata kemahiran dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu kunci utama memacu persaingan ke tahap lebih tinggi. "Contohnya, kriteria utama yang saya cari apabila menemuduga calon adalah kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang sukar jika kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris tidak menepati tahap yang diperlukan," katanya.


Sumber : The Edge
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...