Skip to main content
PRIMA akan membina pembangunan berorientasikan pengangkutan

3,196 unit rumah bertingkat tinggi di Seremban Sentral akan dijual di bawah 20% nilai pasaran
_____________________________________________________________________________

 Seremban: PRIMA Malaysia Corp mencadangkan pembangunan projek Seremban Sentral sama seperti KL Sentral yang akan menggabungkan perumahan dan kemudahan berulang-alik untuk penghuninya.

Pengerusi PRIMA Tan Sri Dr Jamaludin Mohd Jarjis berkata, pembangunan ini adalah usaha sama antara KTM Bhd (KTMB) dan Brunsfield International Group yang akan memperlihatkan 3,196 unit rumah bertingkat tinggi dibina di bahagian belakang stesen KTM.

Projek ini meliputi tanah seluas 57 ekar (23.1ha) milik KTMB dan akan menyediakan kemudahan keretapi dan perkhidmatan bas. Terdapat juga pusat membeli-belah runcit, kemudahan kesihatan dan perubatan, sebuah kampus pendidikan, tempat letak kereta dan sebuah hotel bersebelahannya.

"Ia seperti KL Sentral," beliau memberitahu di sidang media sebelum upacara pecah tanah di Seremban Sentral.

"Bagi sesiapa yang tinggal di luar KL tetapi bekerja di KL boleh tinggal di Seremban dan berulang alik menggunakan KTM (Komuter). Mereka boleh berjimat dalam perbelanjaan ulang alik seperti pembayaran tol dan bahan api," beliau menambah.

Ia juga akan menempatkan kawasan meletak kereta dan menggunakan kemudahan kepada penduduk Seremban Sentral dan mereka yang sering berulang alik, berdasarkan kepada permintaan KTMB, kata Jamaludin.

Beliau berkata keluasan unit adalah antara 805 kps dan 1,214 kps akan dijual 20% di bawah harga pasaran sambil menambah PRIMA masih belum memutuskan harga jualannya, berdasarkan kemampuan bakal pembeli.

Projek ini dibangunkan menerusi Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia dijangka siap pada 2017. Hampir 8,000 orang telah memohon untuk membeli rumah di projek Seremban Sentral - pembeli yang berjaya akan dipilih menerusi undian. Hanya mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 layak untuk memohon membeli rumah yang dibangunkan oleh PRIMA.

Jamaludin berkata PRIMA juga bercadang untuk menjalankan skim perumahan mampu milik di Port Dickson, Jempol dan Kuala Pilah dan sedang bekerja rapat dengan kerajaan Negeri Sembilan untuk mengenal pasti kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

Sehingga kini, seramai 12,000 pembeli berpotensi telah mendaftar dengan PRIMA. Jamaludin berkata PRIMA akan membina perumahan mampu milik di Teluk Intan, Perak dan Simpang Renggam, Johor. Beliau juga berkata PRIMA bercadang untuk menggabungkan unit pejabat kecil-rumah pejabat (small office-house office (SoHo)) ke dalam pembangunannya. Ini berikutan permintaan tinggi untuk unit seperti ini daripada orang dewasa yang belum berkahwin dan ibu-ibu tunggal seperti yang boleh dilihat dalam projek Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur.

"Agak mengejutkan kerana kami hanya memperuntukkan 30% (daripada jumlah unit) untuk SoHo tetapi permintaanya sama dengan 50%.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan upacara pecah tanah berkata dalam ucapannya bahawa Seremban Sentral akan mendapat tambahan 2,000 unit mampu milik di tanah berkeluasan 40 ekar. Tanah tersebut pernah dijadikan depot KTMB tetapi beliau tidak hurai lebih lanjut.

Beliau berkata Sime Darby telah menawarkan sebuah kawasan di Labu, juga di Negeri Sembilan yang berukuran lebih kurang 1,000 ekar kepada PRIMA untuk tujuan pembinaan perumahan mampu milik.

Najib berkata kerajaan telah menyediakan skim sewa dan milik bagi pemohon yang gagal memperolehi pinjaman bank yang akan menukarkan bayaran sewa ke bayaran ansuran untuk rumah mereka. "Setelah 20 hingga 30 tahun, rumah itu akan menjadi milik mereka."


Sumber : The Edge
Diterjemah : Teratai Melur
Emel :terataigenius@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...