Skip to main content
Perubahan iklim - tiada sesiapa kebal
____________________________________________________________________________

Kesan negatif perubahan iklim sudah mula dirasai oleh setiap pelusuk dunia, akan tetapi kebanyakan negara masih belum bersedia untuk menghadapi kesan berskala besar terhadap keselamatan makanan, pembekalan air dan kesihatan manusia.

Dalam kajian menyeluruh yang diadakan mengenai kesan kenaikan tahap karbon dioksida dalam atmosfera, PBB dalam forum bertajuk Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) memberi amaran bahawa pemanasan global boleh melemahkan pertambahan ekonomi dan meningkatkan tahap kemiskinan.

Para saintis telah mengenal pasti negara Britain sebagai salah sebuah negara yang berisiko tinggi untuk menghadapi kesan negatif secara langsung jika dibandingkan dengan negara serantau yang terdedah dengan perubahan iklim ini. Negara UK dan bahagian utara Eropah telah diberi amaran akan berlakunya banjir di bahagian negara yang berdekatan dengan pantai, bahagian dalam negara pula akan berlaku gelombang haba dan kemarau.

IPCC mendapati kesan yang tidak diingini ini telah mengatasi sebarang manfaat yang mungkin boleh diperolehi daripada suhu yang semakin meningkat ini. Kesan negatif ini akan bertambah teruk jika suhu global yang meningkat secara sederhana ini terus meningkat malah lebih rendah daripada jangkaan 2oC menjelang 2100 dan berpotensi untuk menjadi bencana buruk jika suhu meningkat lebih daripada 4oC.

Penilaian yang terbuka dan selalunya pesimistik mengenai kesan perubahan iklim - penilaian yang kelima sejak 1990 - para saintis IPCC memberikan amaran malap jika suhu global terus meningkat seperti jangkaan tanpa sebarang mitigasi atau adaptasi.


Dalam dekad kebelakangan ini, perubahan iklim telah memberi kesan secara semulajadi terhadap sistem kemanusiaan dalam kesemua benua malah melangkaui benua, menurut laporan Climate Change 2014 Impacts, Adaption and Vulnerability yang disiarkan secara rasmi oleh IPCC pada hari Isnin di akhir mesyuarat editor di Yokohama, Jepun.


"Sepanjang kurun ke-21, kesan perubahan iklim ini telah menjadi tunjang utama dalam kelembapan pertumbuhan ekonomi, menyukarkan lagi kemiskinan, keselamatan makanan semakin terhakis, meningkatkan kemiskinan yang baharu serta mengekalkan kemiskinan. Kemiskinan baharu ini muncul di kawasan bandar dan di titik panas kelaparan," menurut laporan itu lagi.


Bukti konkrit serta paling kompresif dalam perubahan iklim ini adalah sistem semulajadi seperti cairan gunung glasier dan pola ais serta tanda-tanda ketibaan musim panas yang semakin awal. Juga, kesan ke atas sistem kemanusiaan seperti peningkatan dalam penyakit tropikal tertentu juga boleh dikaitkan dengan perubahan iklim ini.


"Kita berada dalam era perubahan iklim buatan manusia. Dalam kebanyakan kes, kita tidak bersedia untuk menghadapi risiko berkaitan iklim yang sedang kita hadapi'" kata Vincent Barros, rakan pengerusi dalam kumpulan bekerja IPCC II.

Kesan berkaitan iklim yang dikaji oleh IPCC termasuk :-

Keselamatan makanan

Menurut laporan tersebut, secara am, penghasilan pertanian telah meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini tetapi kadar peningkatan ini perlahan disebabkan oleh perubahan iklim. Petunjuk utama kenaikan suhu dan tekanan panas adalah menerusi hasil tanaman gandum dan jagung.

"Semua aspek dalam keselamatan makanan berpotensi untuk terjejas akibat perubahan iklim termasuk peluang makanan, penggunaannya serta kestabilan harga," katanya

Bekalan air tawar

Menurut IPCC, sebahagian kecil populasi manusia akan terjejas akibat peningkatan suhu global sama ada dari segi kekurangan air atau kebanjiran sungai. " Dalam kurun ke-21, perubahan iklim ini digambarkan akan mengurangkan air yang boleh diperbaharui dan air bawah tanah yang boleh didapati di kebanyakan kawasan subtropika yang kering".

Kepupusan spesies

Laporan itu juga turut menyebut bahawa risiko perubahan iklim ini termasuk peningkatan kepupusan tumbuh-tumbuhan dan binatang. Kadar kepupusan ini akan meningkat seiring dengan suhu tinggi. Kepupusan pokok serta hutan yang mempunyai pokok yang telah mati hingga ke pangkalnya akan menjadi masalah utama dalam bahagian dunia yang bersuhu tinggi.

Dalam dan selepas kurun ke-21, gambaran perubahan iklim adalah sebahagian besar spesies daratan dan air tawar akan menghadapi risiko kepupusan yang tinggi. Gambaran ini ketara kerana perubahan iklim ini berhubung kait dengan tekanan seperti pergubahsuaian habitat, eksploitasi secara berlebihan, pencemaran serta serangan species.

Lautan yang berasid

Dalam rantai makanan laut, terumbu karang dan binatang laut yang berkulit keras adalah binatang yang berada pada paras bawah menjadikannya binatang yang berisiko tinggi untuk terjejas akibat peningkatan kepekatan karbon dioksida. Kepekatan ini menyebabkan lautan menjadi semakin berasid dan alkali semakin berkurang. Maka, ia akan memberi kesan kepada populasi manusia yang bergantung kepada ikan laut sebagai sumber makanan.

Ekonomi global

Kerugian daripada segi ekonomi yang akan dihadapi akibat daripada perubahan iklim amat sukar dinilai. Kebanyakan penilaian terdahulu tidak mengambil kira kemungkinan perubahan bencana alam yang mununggu masa untuk berlaku. Kebarangkalian akan berlaku kerugian sentiasa ada tetapi kadarnya tidak begitu besar, mungkin lebih kecil daripada anggaran antara 0.2% hingga 2% daripada kerugian pendapatan global disebabkan oleh peningkatan suhu sebanyak 2oC.

Perlindungan untuk manusia sejagat

Laporan itu turut menyatakan bahawa secara tidak langsung perubahan iklim akan meningkatkan konflik keganasan seperti perang saudara yang berskala besar didorong oleh kemiskinan dan kejutan ekonomi.

Perubahan iklim ini juga turut meingkatkan proses pemindahan dan corak perpindahan yang berbeza.

Para saintis menyatakan bahawa terdapat kenyataan jelas mengenai ancaman akibat perubahan iklim dalam abad ke-21. Maka, mereka mencadangkan agar pengurangan gas rumah hijau dengan mengekalkan sumber tenaga yang boleh diubah suai mampu mengurangkan kesan akibat perubahan iklim. Cadangan ini boleh berjaya dengan penambahbaikan teknologi.

Professor Corinne Le Quere, Pengarah Tyndall Centre untuk Kajian Perubahan Iklim di Universiti of East Anglia berkata kajian ini bukan "satu lagi laporan" tetapi ini adalah kata sepakat saintifik yang dicapai oleh ratusan saintis.

Pengaruh manusia dalam perubahan iklim amat jelas. Atmosfera dan lautan menjadi semakin panas, lapisan salji semakin menipis, lautan ais di Artik menjadi cair, tahap air laut semakin meningkat, lautan menjadi semakin berasid, peningkatan cuaca melampau, ekosistem dan habitat semulajadi akan terganggu. Perubahan iklim ini akan mengancam keselamatan makanan dan ekonomi dunia," kata Professor Le Quere.

Maka, jika masih terdapat harapan untuk mencapai sasaran perubahan iklim, daging dan keju harus dikeluarkan dari menu makanan.

Kajian lain menunjukkan pengurangan pengeluaran gas rumah hijau daripada penggunaan tenaga dan kenderaan sahaja tidak cukup untuk mengurangkan peningkatan suhu global.

Kajian ini turut menyatakan pengeluaran daripada pertanian harus dikurangkan. Ini bermakna perlu ada pengawalan pengeluaran daging dan barangan tenusu untuk tujuan pemakanan. Jika tindakan di atas tidak diambil, maka, penghasilan nitrus oksida daripada pertanian dan metana daripada binatang mungkin akan meningkat dua kali ganda menjelang 2070 sekaligus menjadi sukar untuk mencapai sasaran PBB.

Ketua saintis, Dr. Fredrik Hedenus daripada Chalmers University of Technology di Sweden berkata " Kami telah menunjukkan bukti bahawa mengurangkan memakan daging dan barangan tenusu adalah kunci utama yang dapat merendahkan pencemaran iklim oleh pertanian ke tahap selamat."


Sumber : The Sun
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is