Skip to main content
Cabaran yang mencabar bagi Pengarah Urusan baharu MAHB
-  Pemegang saham minoriti mungkin harus menunggu lama sedikit untuk melihat jika Badlisham Ghazali dapat menunjukkan prestasi seperti Bashir
_____________________________________________________



Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) baharu, Datuk Badlisham Ghazali mengadakan ringkasan berita sulung beliau setelah 100 hari dilantik sebagai pengarah urusan dengan memperkenalkan penambahbaikan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2) baru-baru ini.

Beliau berjalan kaki di KLIA & klia2 selama dua jam sambil menunjukkan wadah stesen perkhidmatan buggy, kedai bebas cukai baru, tempat makan Urban dan Hotel Sama-Sama Express. klia2 akan mempunyai tiga buah pejalan kaki eletrik di Skybridge pada hujung tahun ini bagi menangani rungutan pengembara yang terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke pagar pelepasan mereka.

Semua kemudahan berada dalam keadaaan baik bagi penumpang yang akan menikmati pengalaman penambahbaikan di terminal baharu. Akan tetapi, pemegang saham minoriti di MAHB harus menanti lama sedikit untuk melihat sama ada Badlisham dapat menunjukkan prestasi sama seperti orang terdahulunya iaitu Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid. Tan Sri Bashir dihormati oleh rakan seangkatan serta dalam industri penerbangan. Bashir dikekalkan sebagai penasihat MAHB.

Jarang sekali bagi sebuah syarikat mengekalkan bekas Pengarah Urusannya sementara Pengarah Urusan baharu menjalankan tugasnya. Selalunya, keadaan ini boleh mengundang konflik.

Setelah menjadi Pengarah Urusan MAHB untuk 100 hari, beliau tidak diharap untuk mempelajari semua hal-hal berkaitan penerbangan, terutama sekali, beliau selama ini berada dalam industri yang berbeza. Badlisham, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC) menerajui inisiatif perkembangan ICT Nasional.

Keputusan Lembaga Pengarah mengekalkan Bashir sebagai penasihat MAHB mungkin tepat berdasarkan pengalaman luas dan reputasi beliau dalam industri penerbangan, tetapi adakah ini akan memberi kesan kepada Badlisham menjalankan tugasnya?

Badlisham dilantik sebagai Pengarah Urusan MAHB pada 23 Jun 2014, mengambil alih daripada Bashir yang bersara pada 6 Jun 2014 setelah menjadi Pengurus Urusan selama 11 tahun dan memperolehi pengalaman hampir 30 tahun dalam industri penerbangan.

Bashir telah memegang pelbagai kedudukan tinggi di Malaysian Airline System Bhd dan kini beliau adalah penasihat penerbangan untuk Kementerian Pengangkutan. Beliau juga ahli Lembaga Pengarah GMR Hyderabad International Airport Ltd, Delhi International Airport Private Ltd dan Istanbul Sabiha Gokcen International Airport Group dan pernah menjadi presiden Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa kawasan Asia Pasifik pada 2010.

Beliau juga terbabit dalam penstrukturan semula MAHB pada 2009 sehingga pengurusan kewangan lapangan terbang menjadi kukuh. Walaupun beliau dikecam disebabkan kos pembinaan yang tinggi dan tertangguh beberapa kali, beliaulah orangnya yang mengetuai pasukan untuk menyiap dan pembukaan klia2 yang bernilai RM4 billion.

Bashir adalah orang dalam membawa semula British Airways (BA) ke KLIA. BA pernah menjadi sistem penerbangan penting dan telah beroperasi di Malaysia untuk bertahun lamanya dan memainkan peranan penting menyediakan penerbangan bersambung ke Malaysia. BA telah memberhentikan penerbangannya ke KL pada 2001 dan Bashir telah membawa kembali BA untuk menyambung semula operasinya di klia2.

Besar kemungkinan Bashir akan terus menguruskan isu mengenai gantirugi yang ditentukan dan ditetapkan (LAD) dengan para kontraktor klia2 termasuk Bina Puri Holdings Bhd. MAHB telah menggunakan LAD lebih setahun lalu apabila pembinaan terminal kos rendah lewat disiapkan.

Keputusan mengenai lapangan terbang Turki

Berkemungkinan beliau akan menasihati menggunakan hak penolakan pertama (ROFR) bagi pembelian 40% saham di Istanbul Ssbiha Gokcen International Airport Investment Development and Operation Inc (ISG) di Istanbul berikutan cadangan TAV Havalimantan Holdings AS' membeli saham dua lapangan terbang di Turki dari Limak dan Limak Yatirim dengan harga €285 juta (RM1.18 bil).

Lapangan terbang tersebut adalah Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISG) dan LGM Havalimani Isletmeleri Ticaret ve Turizm.

MAHB, memegang 60% saham di ISG masih menimbangkan cadangan hak kedua (ROFR) setelah tawaran pertama berakhir pada 1 Oktober. Pengendali lapangan terbang mempunyai 10 hari berurusan dari 2 Oktober untuk menerima tawaran kedua ROFR dengan harga ditawarkan oleh TAV. Tiada sebarang pengumuman ROFR kedua ketika rencana ini diterbitkan.


Penganalisis tidak bersetuju jika pengendali lapangan terbang ingin membeli saham tersebut. Ini kerana pembelian saham ini akan menambah kesukaran untuk mengimbangi kunci kira-kira.

Maybank IB Research dalam satu nada pada 18 Sep berkata, jika MAHB menggunakan haknya untuk membeli saham tersebut maka MAHB terpaksa menambahkan hutangnya atau berkemungkinan membuka ekuiti baharu.

"Kita mengakui ISG adalah aset yang baik, akan tetapi MAHB kini tidak mempunyai kekukuhan imbangan kunci kira-kira dan kewangan. Tambahan pula, pemilikan penuh aset negara oleh orang luar selalunya mengundang penentangan dari dalam negara dan parti pembangkang'" ia menambah.

Pihak pengkaji masih bersetuju dengan cadangan MAHB dengan harga sasaran pada RM6.90 berdasarkan kepada 10.5 masa 2015 nilai/pendapatan sebelum faedah/cukai, susut nilai dan pelunasan, setara dengan keamatan kesederhanaan global. Pada Okt 15, kaunter ditutup pada RM6.58 dalam pasaran rendah.

Bagaimanapun, Maybank IB menganggap kemasukan TAV adalah positif memandangkan syarikat itu bertaraf dunia dengan pengalaman luas pengendalian lapangan terbang di Turki dan ini boleh membantu menjadikan ISG menjadi lapangan terbang yang lebih baik.

CIMB Research juga bersetuju dengan pendapat ini dengan menambah perkembangan ini negatif bagi pemegang saham minoriti MAHB kerana jika syarikat pengendali penerbangan bersetuju menggunakan haknya, ia harus menaikkan ekuitinya dengan nilai sehingga ke RM1.2 billion dan mengembangkan tapak saham paling kurang sebanyak 11%.

Menjadikan ISG 100% milik penuh MAHB, MAHB harus menggabungkan hutang ISG yang akan menyebabkan ia berlanggar perjanjian hutang tidak melebihi RM125% hutang-kepada-ekuiti kasar.

Syarikat pengkaji tidak mengharap ISG akan mendapat pulangan modal sehingga 2017, bermakna MAHB tidak mendapat tambahan pendapatan untuk diimbangi.

CIMB Research mengulangi panggilan terus pada MAHB untuk berhenti pada RM7.77 dengan harga sasaran pada RM7.20.

Syarikat pengkaji menambah bahawa TAV bukan rakan kongsi yang ideal untuk MAHB bagi ISG kerana TAV mengoperasi lapangan terbang Ataturk Istanbul hingga tempoh konsessinya berakhir pada akhir 2021, atau hingga lapangan terbang ketiga siap pada 2017 atau 2018.

"IST adalah 100% milik penuh TAV. IST seperti batu pertama mahkota TAV. Apabila ada persaingan di antara Lapangan Terbang Sabiha Gokcen dan IST, TAV berkemungkinan akan mementingkan IST daripada Lapangan Terbang Sabiha Gokcen. Ini akan menjadi masalah besar bagi MAHB kerana TAV akan mengambil alih kuasa veto Limak untuk sebarang keputusan ISG," jelas syarikat pengkaji.

CIMB Research menganggap MAHB mempunyai banyak kelebihan untuk menggunakan haknya penolakan pertama untuk membeli saham Limak dan menghalang kemasukan TAV yang akan mengganggu pengurusan ISG.

Penurunan kesesakan penumpang

Badlisham diharap dapat memainkan peranan penting untuk menghadapi cabaran permasalahan terbuka di antara MAHB dan AirAsia juga penurunan kesesakan penumpang sejak kebelakangan ini.

MAHB melaporkan jumlah pergerakan penumpang bulan lepas menurun sebanyak 1.4% tahun-ke-tahun (yoy) dan sebanyak 4.1% bulan-ke-bulan (mom) ke 6.6 juta yang diterajui penurunan sebanyak 1.6% yoy dan 2.6% penurunan mom dalam pergerakan penumpang dalaman dan 1.3% penurunan yoy dan 5.7% penurunan mom dalam pergerakan penumpang antarabangsa.

Penurunan pergerakan penumpang pada bulan September menandakan penurunan yoy tahun kedua secara berturut-turut sejak bulan Ogos

Pengendali lapangan terbang berkata penurunan kesesakan penumpang dari China, Macau dan Hong Kong berterusan dari bulan lepas dan terdapat penurunan penumpang dari Netherlands dan United Kingdom. Ini menambahkan secara keseluruhan sektor kesesakan menurun sebanyak 3.4% pada bulan September.

Dalam tahun-ke-sekarang (YTD), kesesakan penumpang MAHB bertambah sebanyak 6.8% iaitu sebanyak 61.2 juta orang daripada 57.3 juta orang pada tahun sebelumnya. Sektor antarabangsa dan dalaman masing-masing bertambah sebanyak 6.5% dan 7.2%.

Seramai 36.1 juta penumpang mengembara melalui lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur dalam tempoh YTD mewakili peningkatan 5%. Sektor kesesatan dalam dan antarabangsa masing-masing meningkat sebanyak 5.9% dan 0.5%. Pergerakan kapal terbang meningkat sebanyak 7.2% bagi tempoh masa sama.

TA Securities telah mengurangkan penilaian aliran tunai terdiskaun ke RM7.49 untuk satu saham daripada RM7.82 sebelumnya berdasarkan kadar diskaun sebanyak 8.6% dan telah mengekalkan panggilan saham untuk jualan. Ia juga telah mengurangkan anggaran pergerakan penmpang tahun kewangan bagi tahun 2014-2016 sebanyak 86.4 juta - 93.6 juta dan telah menurunkan anggaran pendapatan bagi tahun kewangan pada 14,15 dan 16 masing-masing sebanyak 38.7%, 12.4% dan 9%.

"Melihat kehadapan, dianggarkan sentimen pengembaraan akan berada di tahap rendah disebabkan oleh sentimen negatif kejadian MH370 dan MH17 yang masih kuat,' kata TA dalam satu nada baru-baru ini.  


Sumber : The Edge
Diterjemah oleh : Teratai Meluri
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...