Semangat Maal Hijrah
Banyak boleh dipelajari mengenai kedatangan Islam daripada Manuskrip Melayu
_____________________________________________________
Maal Hijrah ditakrifkan dengan penghijrahan penting oleh Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Ia merupakan peristiwa penting untuk perayaan dan kegembiraan, satu perayaan melambangkan pembebasan daripada penindasan.
Penghijrahan ini membuka lembaran baharu dan pada kurun seterusnya memulakan perkembangan agama Islam seluruh dunia. Terdapat fokus utama dalam mengejar pengetahuan serta mendorong kebangkitan cendekiawan dari kurun ke-9 ke ke-11. Kemunculan cendekiawan-cendekiawan seperti Ibnu Sina dan Al-Khwarizmi yang dikenali sebagai bapa Algebra menjadi bukti.
Ini tidak menghairankan kerana ayat pertama yang diturunkan seperti diterangkan dalam Al-Quran adalah Iqra yang bermaksud 'baca' mendorong kita ke arah pengetahuan dalam pelbagai cara. Contohnya, alat seperti astrolab yang dicipta oleh cendekiawan Islam membolehkan mereka mengembara jauh serata dunia seperti ke negara China melalui Laluan Sutera. Bidang sains dan matematik adalah bidang antara kecemerlangan cendekiawan Muslim.
Banyak petunjuk menunjukkan perubahan yang berlaku di kawasan ini dengan kedatangan agama Islam. Di Semenanjung Malaysia, umumnya, adalah melalui Batu Bersurat Terengganu, artifak terawal dengan tulisan Jawi yang dipercayai bukti awal kedatangan Islam ke negara kita. Inskripsi berbahasa Melayu ini dipercayai ditulis pada 22 Feb 1303.
Batu Bersurat Terengganu
Foto : Teratai MelurDaripada Hikayat Melayu
Mungkin agak menghairankan kedatangan agama Islam dibabadkan dalam Hikayat Melayu (dalam bentuk lagenda) tetapi Hikayat Melayu adalah bahan penting dan berupaya merakamkan perihal sejarah yang berlaku pada masa dahulu.
Bermula dengan Sejarah Melayu, cerita berikutnya mula berkait. Pada satu malam, Raja Kecil Besar, pemerintah Melaka bermimpi diarah Nabi Muhammad SAW untuk memeluk agama Islam. Dalam mimpi tersebut dinyatakan bahawa sebuah kapal laut dari Jeddah akan tiba dan para penumpang akan bersolat sejurus mereka menjejakkan kaki di tanah. Beliau menceritakan mimpi tersebut kepada bendahara beliau. Bendahara kemudiannya memberi Raja Kecil Besar sekiranya mimpi tersebut menjadi kenyataan, beliau harus memeluk agama Islam.
"Asar sekarang datang sebuah kapal dari Judah, turun orangnya itu sembahyang di pantai Melaka ini," katanya (Raja Kecil Besar).-Sejarah Melayu/Malay Annals.
Pada keesokan harinya, Raja Kecil Besar pergi ke pelabuhan dan sebuah kapal laut dari Jeddah benar-benar tiba. Apabila beliau bertanya siapakah mereka kepada lelaki yang berpakaian putih, mereka menjawab mereka adalah "Syeikh".
Sebuah globe samawi cakerawala Indo-Persian dengan tulisan puji-pujian kepada Hadi Isfahani yang bertarikh 1197 AH1783-3 AD daripada Sotheby.
Foto : New Straits Times - Life & Times - 26th October 2014
Raja Kecil Besar merupakan anak kepada Raja Tengah, keturunan Raja Iskandar dari Singapura menjadi Muslim dan rakyat Melaka turut memeluk agama Islam.
Foto : New Straits Times - Life & Times - 26th October 2014
Terdapat banyak cerita-cerita seperti ini dalam pelbagai tulisan. Contohnya, dalam Hikayat Patani, pemerintah Phaya Tu Naqpa mengidap penyakit kulit yang teruk dan disembuhkan oleh Syeikh Said apabila baginda berjanji untuk memeluk agama Islam. Akan tetapi, baginda enggan berbuat demikian dan apabila Syeikh Said enggan mengubati baginda barulah baginda memeluk agama Islam. Baginda menukar nama kepada Sultan Ismail Syah Zilullah Fil Alam dan ketiga-tiga anak baginda dipanggil Sultan Mudaffar Syah, Siti Aisyah dan Sultan Manzur Syah. Penduduk Pattani Dar al-Salam turut memeluk agama Islam.
Hal-hal Perundangan
Kita difahamkan melalui Manuskrip Melayu bahawa undang-undang pada masa dahulu dibentuk mengikut undang-undang Islam. Fakta menunjukkan undang-undang Berkanun berdasarkan undang-undang Islam dan membentuk kebanyakan undang-undang lain mengikut Islam, undang-undang Islam ini diguna pakai di seluruh kawasan pemerintahan.
Contohnya, "dia yang didapati mencuri dari sebuah rumah akan dipotong tanganya. Tetapi jikalau terdapat ramai pencuri dan hanya seorang di antara mereka yang memasuki rumah tersebut maka hanya tangan pencuri itu sahaja akan dipotong, yang lain akan dihukum dengan hukuman ta'zir.' (Undang-undang Kanun Melaka).
Pembebasan dan masyarakat celik huruf
Kemungkinan satu perkara penting berlaku dengan kedatangan agama Islam adalah kadar celik huruf di kalangan penduduk.
Selain daripada mempelajari Al-Quran, tulisan Arab digunakan sebagai asas bagi tulisan Melayu iaitu tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan untuk tujuan merekod kajian keagamaan, undang-undang, kesusasteraan dan lain-lain dokumen penting direkodkan dalam Manuskrip Melayu.
Berkurun lamanya Manuskrip Melayu membentuk pemikiran orang ramai dan selama itu kita telah didedahkan dengan pengajarannya yang lembut, amaran tajam dan kebijaksanaan serta memperingati peranannya sebagai penyimpan tradisi dan kebudayaannya. Di antara semua Manuskrip, Hikayat Melayu mempunyai sejarah kepopularannya yang panjang dan penceritaannya menunjukkan keadaan masa apabila kepercayaan bertunjangkan pelbagai amalan dan agama.
Maal Hijrah menandakan perpindahan ke arah lebih baik. Pemikiran yang lebih baik. Realisasi diri yang lebih baik. Selain daripada hadiah agama Islam itu sendiri, kelahiran tulisan Jawi adalah satu lagi hadiah Maal Hijrah tidak ternilai harganya. Kelahiran ini melahirkan pemikiran, kebijaksanaan dan pengetahuan baharu.
Ditulis : ninot Aziz
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Dear Teratai Melur,
ReplyDeleteExcellent translation. In fact, I love reading the article in Bahasa Melayu. Please keep up the good job and I will share this on my Facebook page and other groups of similar interest.
Let us hope this allows more readers and those interested in our ancient manuscripts and Hikayat appreciate the info shared.
Saya gemar membaca dalam BM Teratai Melur, Terima Kasih.
ReplyDelete