RUSIA
Sumber : Chedet blog
Ditulis : Tun Dr Mahathir Mohamad
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
1. Saya sering menonton berita Al-Jazeera
2. Laporan berita pada hari itu adalah mengenai Presiden Putin sedang berucap di Parlimen Rusia.
3. Dalam ucapan beliau, beliau berkata Amerika dan Barat sedang cuba menghapuskan Rusia seperti mana yang pernah dilakukan terhadap Yugoslavia. Beliau memberi amaran kepada rakyat Rusia supaya bersiap siaga.
4. Pembaca berita wanita kemudian muncul di kaca tv untuk bertanya soalan kepada seorang penganalisis berita Rusia. Dia bertanya kepada penganalisis berita itu kenapakah Putin memberi ancaman kepada Barat.
5. Penganalisis berita itu berkata Putin tidak memberi ancaman malah beliau hanya memberi reaksi balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Obama bahawa Rusia adalah ancaman kepada dunia, ancaman kedua selepas Ebola.
6. Pembaca berita tersebut mengulangi soalannya "tetapi kenapakah Rusia memberi ancaman kepada dunia?"
7. Nampakaya pembaca berita tersebut manganggap jika Rusia digambarkan sebagai ancaman kepada Barat maka Rusia harus berkata,"ya, kami memberi ancaman kepada dunia" dan pemimpinnya harus meminta maaf dan kami tidak akan berkata apa-apa lagi.
8. Ini sukar untuk dibayangkan. Barat sedang melakukan segala-gala untuk meregangkan hubungan di antara negara-negara blok Timur untuk menambah bilangan ahli Nato. Memang ini adalah ancaman kepada Rusia.
9. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat Ukraine terpaksa meletak jawatan akibat demostrasi jalanan kerana menolak penyatuan dengan Kesatuan Eropah. Kini, Rusia dituduh menyokong rakyat Rusia di Ukraine untuk keluar dari Rusia. Sokongan Barat untuk melantik kerajaan pro-Barat yang tidak demokratik boleh diterima tetapi Rusia tidak patut melakukan perkara sama kepada rakyat pro-Rusia di Ukraine.
10. Apabila kapal terbang MH17 ditembak jatuh, sebelum sebarang penyiasatan dilakukan, Amerika telah menuduh Rusia yang membekalkan peluru berpandu kepada pihak penentang untuk melakukan serangan. Kini, kita tidak pasti. Ukraine, Rusia dan pihak penentang masing-masing memiliki peluru berpandu. Jadi bagaimana Amerika dengan yakin mengetahui siapakah yang menembak kapal terbang MH17 dan peluru berpandu telah digunakan.
11. Tetapi, jangan risau. Ini adalah alasan munasabah untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia.
12. Amat jelas, niat sebenar mereka adalah untuk mewujudkan masalah bagi rayat Rusia supaya mereka akan menjatuhkan Putin.
13. 50% daripada pendapatan luar negara Rusia adalah menerusi penjualan gas ke negara Eropah. Sekarang Rusia telah kehilangan pendapatan ini. Ini sudah cukup untuk menimbulkan masalah.
14. Jadi, Rusia menjual gas tersebut ke Turki. Inilah provokatif. Ini satu ancaman.
15. Sepatutnya, rakyat Rusia berdiam diri dan menanggung kebuluran serta membenci Putin.
16. Tetapi, Putin kini lebih popular dalam kalangan rakyat Rusia.
17. Soalnya, siapa mengancam siapa? Ya, Rusia telah menduduki Crimea. Tetapi, ini berlaku setelah kerajaan yang dipilih dijatuhkan menerusi demostrasi jalanan.
18. Rusia telah menolong penentang Rusia di Ukraine. Bukankah ini yang telah dilakukan oleh Barat dan Amerika di banyak negara untuk menjatuhkan kerajaan sesebuah negara dan menjadikan negara tersebut kelam-kabut dan huru-hara. Dari manakah pihak IS memperolehi senjata jika bukan dari Syria yang memulakan perang saudara dan Barat sedang sibuk memberi senjata dan wang.
19. Dunia tidak memerlukan satu lagi perang dunia. Tetapi kali ini jelas sekali Barat menjadi provokatif dengan mengenakan sekatan dan menghalang Rusia daripada pasaran negara Eropah yang amat berharga.
Sumber : Chedet blog
Ditulis : Tun Dr Mahathir Mohamad
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment