Skip to main content
SEKATAN


1.   Dalam sebuah forum di UKM baru-baru ini, Dr Chandra Muzaffar membangkitkan isu mengenai sekatan di persada antarabangsa dan mencadangkan, agar, dengan kata lain, menyamakan sekatan dengan peperangan. Oleh hal yang demikian, sekatan harus diiktiraf sebagai jenayah dan kempen untuk mempromosikan peperangan adalah satu jenayah harus memasukkan juga sekatan.

2.   Saya benar-benar bersetuju dengan Dr Muzaffar bahawa sekatan adalah satu jenayah.

3.   Dahulu, dalam banyak peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah, salah satu senjata yang paling efektif adalah kepungan. Kepungan termasuk memutuskan sistem kominikasi sesebuah bandar dengan dunia luar dengan menempatkan askar-askar di sekeliling bandar supaya penduduk bandar tersebut mati kebuluran atau menyerah.

4.   Konsep ini telah 'ditingkatkan' supaya seluruh negara terbabit akan diputuskan sistem komunikasi dan perdagangan dengan negara-negara lain. Kesannya ialah membiarkan penduduk negara itu dalam kebuluran dan merampas makanan dan ubat-ubatan dari penduduk negara itu sehingga negara tersebut menyerah. Ini salah satu cara membunuh penduduk negara tersebut seperti membunuh rakyat dalam peperangan.

5.   Kita banyak bercakap mengenai kedaulatan undang-undang. Kita tahu bahawa untuk menegakkan keadilan semua orang harus dilayan sama rata mengikut lunas undang-undang. Tiada sesiapa terkecuali daripada tindakan undang-undang.

6.   Tetapi, sekatan hanya boleh dikenakan secara ekfektif oleh negara kuasa besar ke atas negara lemah. Tidak mungkin sebuah negara lemah mengenakan sekatan ke atas sebuah negara kuasa besar, ataupun ke atas sebuah negara lemah yang lain.

7.   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau seluruh dunia tidak dapat mengenakan sekatan ke atas sebuah negara kuasa besar. Negara kuasa besar tidak akan mempedulikan sekatan yang dikenakan ke atas negaranya. Tidak ada kesama rataaan mengikut lunas undang-undang. Maka, tidak ada keadilan. Kedaulatan undang-undang tidak boleh diguna pakai.

8.   Kesan yang membinmbangkan mengenai sekatan adalah bukan negara yang dikenakan sekatan akan dirampas hak mereka, malah negara-negara lain yang mengadakan hubungan perdagangan dan hubungan persahabatan akan turut merana di atas kehilangan perdagangan dan persahatan. Ini kerana jika negara lain meneruskan juga mengadakan perdagangan dengan negara yang dikenakan sekatan, negara kuasa besar akan menghukum negara yang degil dengan memutuskan perdagangan, menidakkan kemudahan perbankan dan lain-lain. Kesannya, negara-negara lain turut dikenakan sekatan juga.

9.   Kita bercakap mengenai perdagangan bebas. Kita bercakap mengenai negara tanpa sempadan. Kita bercakap mengenai hak asasi manusia. Tetapi, kuasa besar atau kuasa yang boleh merampas kesemua kebebasan negara-negara lemah, bebas daripada hukuman.

10.  Dengan kata lain, sekatan adalah peparangan. Ia adalah gambaran bahawa yang hebat selalunya betul. Ia adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ia menidakkan fakta bahawa kuasa besar mahu melihat semua negara menegakkan kebebasan. Ini bersongsangan dengan jaminan mereka bahawa perdagangan harus bersifat bebas.

11.  Maka, sekatan adalah peperangan, ia harus diiktiraf sebagai jenayah atau peperangan bentuk lain, berbentuk konvensional atau sebaliknya.


Sumber : Chedet blog
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 13hb,. Febuari 2015
Diterjemah oleh : Terati Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...