Skip to main content
MENCARI KAPAL TERBANG TERHEMPAS

Saya ingin menyampaikan rasa takziah saya pada keluarga semua penumpang dan anak kapal AirAisa Indonesia QZ8501

1.   Majalah Flight International bertarikh 14 - 20 Okt 2014 memaparkan sebuah rencana bertajuk "Searching for Answer". Bersama-sama dengan rencana itu disertakan sekeping gambar kecil kapal terbang MH370 yang disiarkan dalam rencana lain *.

2.   Rencana ini berkaitan rencana lain bertajuk "Another rift in the competitive landscape between Airbus and Boeing". Rencana ini mengutarakan bahawa Airbus bersedia maju ke hadapan dengan memasang data penerbangan letak atur (deployable flight data), sistem perakam suara pada kapal terbang komersil tetapi Boeing yang telah memasang perakam letak atur ini sekurang-kurang pada tiga armada kapal terbang tentera tidak bersetuju sama ada teknologi ini sesuai atau selamat digunakan untuk pengangkutan komersil.

3.   Konsep Airbus adalah mengeluarkan salah satu daripada dua set data penerbangan dan perakam suara kokpit jika berlaku pertembungan di udara atau kesan akibat pertembungan di darat. Alat letak atur ini termasuk lampu suar tanda lokasi (locator beacon). Alat ini direka untuk terapung jika kapal terbang terhempas di air.

4.   Bayangkan jika alat perakam dan alat letak atur ini dipasang pada kapal terbang AirAsia Indonesia atau pada MH370, kita tidak mencari kapal terbang-kapal terbang ini di seluruh lautan.

5.   Saya tidak boleh faham kenapa Boeing tidak bersetuju. Rencana itu diteruskan seperti berikut "jika salah sebuah kapal terbang Malaysia atau Perancis (terhempas pada 2009) dilengkapi dengan perakam penerbangan letak atur ini, sudah tentu naratif pencarian akan menjadi beza. (Rencana itu ditulis sebelum kapal terbang QZ8501 terhempas).

6.   Satu rencana yang dipaparkan di FlightGlobal.com** pada Dis 2006 melaporkan bahawa Boeing telah menerima sebuah sistem paten AS yang membolehkan sesebuah kapal dirampas dengan menggunakan alat kawalan jauh sebagai satu cara untuk melindungi kapal terbang tersebut dirampas oleh pengganas.

7.   Boeing tidak memberi sebarang komen mengenai kemampuan sistem berkuasa tinggi ini. Sehingga kini, kapal terbang MH370 belum ditemui. Dan kini, Boeing tidak sanggup memudahkan lagi pencarian kapal terbang yang hilang dengan lebih cepat dengan kemungkinan menyelamatkan nyawa juga. Kenapa??

8.   Misteri menjadi semakin misteri.


*Sila layari FlightGlobal.com dengan tajuk Diagram : Boeing patents anti-terrorism auto-land system for hijacked airlines

** Sila layari FlightGlobal.com dengan tajuk "Opinion : Why flight tracking philosophies must align


Sumber : Chedet blog
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamd
Tarikh ditulis : 1hb. Januari 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...